Tuesday, September 1, 2015

Impian Terakhir Pengarah Allahyarham Martias Ali Untuk Filem KAPSUL Tercapai

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang akan menemui penonton pada 17hb September 2015 nanti kan. Haa pada yang belum pernah dengar tentang filem ni moh Mak Dara nak khaborkan pda kalian.. Sebenarnya arwah Somi Mak Dara, Allahyarham Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses promotion kaw kaw punya. Pada beberapa hari lalu team KAPSUL telah pun menjalani jelajah ROAD TOUR ke beberapa buah negeri termasuk Melaka JB. Tak lama lagi akan ke beberapa lokasi lagi bagi mempromosikan filem ini. 



Pihak penerbit iaitu Two Tones juga telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan Trailer filem KAPSUL ini ya..



Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Bertambah gempak bila Tun Mahathir juga turut membintangi filem ini kan.. Malangnya, cita-cita Allahyarham suami mak untuk melihat sendiri filem ini di layar perak tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada 29 Mei 2014 ketika usianya 46 tahun, setelah terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat penyakit kanser darah. Masih ingat lagi semasa di dalam wad di hospital Ampang.. Arwah Somi mak asyik bertanya kepada producer En Amru supaya menemui dan memujuk Tun M untuk membintangi filem ini. Ini kerana arwah memang telah menulis watak dan dialog khas untuk Tun M. Dan filem ini juga diinspirasi dari kapsul yang ditanam oleh Tun M . Tun M memang menjadi idola arwah somi Mak sejak dulu.. Maka itu menjadi antara impian terakhirnya..


Arwah somi Mak Dara dan Penerbit di lokasi penggambaran KAPSUL 
tahun lalu

Allahyarham suami Mak Dara hanya sempat terlibat dalam proses penggambaran serta suntingan awal sahaja dan filem ini kemudiannya berjaya disiapkan oleh pihak penerbit hampir 14 bulan selepas ketiadaan beliau. Namun walauapapun.. Mak Dara sebagai isteri amat amat bangga dengan hasil karya beliau. 

Penerbit En Amru bersama Tun M semasa penggambaran filem KAPSUL

Jutaan terima kasih kepada pihak penerbit TWO TONES Sdn Bhd , Encik Amru Najmi, En Fizi dan semua yang terlibat kerana akhirnya mereka telah berjaya memujuk Tun M untuk membintangi filem ini .Tun M berminat untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut kerana jalan ceritanya mengisahkan mengenai perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu demi menuntut sebuah kemerdekaan. Selain itu, cerita ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadibirannya. Terdetik di dalam hati Mak dara, jika arwah somi mak masih hidup pasti dia akan gembira kerana salah satu impian terakhirnya tercapai. Alhamdullilah.. TWO TONES memang terbaikkkk..

Ok di sini Mak Dara terfikir juga untuk buat giveaway atau contest filem KAPSUL.. Tapi masih dalam proses merangka. Kalau jadi nanti Mak khaborkan pada semua ye. Maybe kasi tiket wayang ke.. Atau pemenang tu duduk kat KL ke boleh le nengok wayang sama sama Mak Dara dan anak anak ke..Atau Tshirt KAPSUL ke.. Nanti mak pikiorkan ye..


Ok mak mohon teman teman blogger untuk bantu Mak mempromote filem KAPSUL ni di blog anda ya.. Pada yang ada buat entry mengenai filem KAPSUL ini Mak akan review entry dan blog anda dan masukkan ke dalam bloglist mak.. Ribuan terima kasih kepada yang semua menyokong KAPSUL. 


Buat suamiku allahyarham Martias Ali.. Tak sabar untuk bersama anak anak kita menonton karya terakhir mu.. Al Fatihah buatmu sayang...

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK