Burppppp... Alhamdulilah... Hehe malam ni Mak Dara bersiaran secara live dari sebuah kedai western di Kampung Baru.. Nama kedai ini HR WESTERN FOOD.. Haaa selalu asyik makan nasik dengan sambal belacan ja kadang kadang nak jugak tukor selera dan pekena western pulak..
Almaklumlah sejak single mingle singlet ni siapala nak mak ajak dating kalau bukan adik bongsu mak dara iaitu Adza Emie.. Nasib baiklah dia layankan aje permintaan meroyan kakak dia ni nak mencekik western di malam malam buta macam ni..
Mak Dara dan chicken chop
Adik Mak Adza Emie dan lamb chopnya
Haaa nampak tak tahap kelaparan Mak Dara dan adik mak apabila hanya teringat nak snap pic bila kedua dua pinggan dah licin.. Gambor sebelom masa pinggan tak menyempat nak ambik dek kelaparan kami berdua malam ni hehe
Ok lah lamb chop dan chicken chop dah selamat menari nari dalam perut kami sekarang masanya untuk pulang..
Pada yang gemor makan makanan western mak dara syorkan datang dan makan di sini sebab harganya amat murahhh dan sangat berpatutan dari kedai yang lain dan servis pun amat amat lajuuuuu.. Memang puas hati insyaallah..
Bertempat di Hard Rock Cafe telah berlangsung sebuah pelancaran Album oleh seorang artis Hip Hop Baru iaitu SHAZZWAN . Tajuk album yang dilancarkan itu adalah TITIPAN BANDUAN MUDA. Dan Mak Dara rasa sungguh teruja untuk turut sama memeriahkan majlis yang sungguh hebat dan berprestij sekali. Kenapa Mak Dara berkata berprestij? Ini kerana majalis ini turut dihadiri oleh kerabat di Raja Selangor.
Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran penaung Yayasan Raja Muda Selangor sendiri iaituDuli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.P.M.S, S.S.I.S, S.P.M.K. Manakala Pelancaran album Shazzwan pula telah dilancarkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.S.I.S.
Shazzwan lahir dari sebuah program yang dianjurkanYayasan Raja Muda Selangor iaitu program ''Talent for the World'' .
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah
Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima momento hadiah dari Shazzwan
Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj melancarkan album Shazzwan
Shazzwan membuat persembahan yang sungguh hebat
Shazzwan ditemuramah oleh TV3
Kulit album Shazzwan
Pasti ada yang tertanya tanya kenapa tajuk album Shazzwan bertajuk TITIPAN BANDUAN MUDA kan? Jika anda nak tahu Shazzwan pernah dipenjara dan ditahan di pusat tahanan juvana. Namun nasibnya sungguh bertuah kerana mendapat peluang kedua apabila telah terpilih sebagai pemenang dalam program Talent For The World dan berjaya mengeluarkan album dan bertambah bernasib baik kerana mendapat artis hebat seperti Yogi B menjadi mentornya.
Mak Dara dan Shazzwan
Mak Dara bersama Yogi B
Mak Dara sembat bertemu berbual dan berselfie bersama Shazzwan dan juga Yogi B. Ternyata mereka berdua sungguh humble . Melihat persembahan Shazzwan semalam mak dara pasti dia akan berjaya dalam industri muzik. Rap dan Lagunya memang sesuai dengan muzik pada masa kini.
Majlis diteruskan dengan sesi Q&A oleh pihak media kemudian jamuan dihidangkan kepada para tetamu. Dan pada masa itulah Mak Dara sempat bertemu beberapa teman blogger yang lain seperti Ben, Bro Framestone, Shirley, Parizan, Mrsyanie, Kid dan ramai lagi.
Mak Dara bersama blogger Sherly dan Kid
Bersama Blogger Bro, Shirley dan Ben
Akhir sekali Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Shazzwan semoga menjadi artis yang berjaya satu hari nanti. Dan semoga Yayasan Raja Muda Selangor dapat melahirkan lebih ramai bakat bakat baru. Sebelum Mak dara mengakhiri entry ini jom ramai ramai kita menonton video klip oleh Shazzwan di youtube .