Wednesday, September 30, 2015

Digi WWWOW Awards Kembali Lagi



Anugerah Digi WWWOW kembali! Siapa yang tak tahu tentang Award yang sungguh berprestij ini kan.. Anugerah yang amat dinantikan oleh para blogger dan pengguna media sosial. Mak Dara sendiri pernah tercalon dan pernah menjadi TOP 5 FINALIS dalam anugerah ini pada tahun 2012 yang lalu.. Banyak kenangan semasa menyertai Digi WWWOW award ni tapi yang paling bermakna buat Mak Dara ialah bertemu dengan para blogger yang hebat hebat dan blog picisan Mak ini semakin dikenali.

Namun bagi yang belum mengetahui tentang DIGI WWWOW AWARD ini ada sedikit info dari official website diorang @ http://www.wwwow.my/


Digi WWWOW Awards..
Siapa Yang Mereka Cari?



Digi WWWOW Awards..
Di Mana Anda Patut Berada


DiGi WWWOW Awards..

Apakah Kebaikannya Kepada Anda?


Mak Dara dan anak anak di sebuah majlis Malam Gala Premier FIlem KAPSUL
Sebuah filem skrip dan diarahkan oleh Arwah suami Mak Dara MARTIAS ALI

Mak Dara dan anak anak bersama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. 
I feel sooo honored bila Tun M turut berlakon dalam filem arahan suami Mak Dara dan juga telah sudi datang ke majlis Malam Gala Premier Kapsul Di E Curve dua minggu yang lalu

Rasa amat terharu apabila penerbit memperkenalkan Mak Dara dan anak anak
kepada Tun M dan Tun Siti Hasmah


Mak Dara sempat snap pic bersama Tun M di dalam pawagam.
Tun M dan Tun Siti Hasmah turut menonton filem KAPSUL pada malam itu.. Hmmm
bukan semua orang boleh menonton wayang bersama Tun M kan.. Im soo blessed.

Dengar khabarnya terdapat beberapa kategori dipertandingkan dan setiap pemenang di setiap kategori itu akan memenangi RM10 000 .. RM 10 ribu tuuuuuuuu... Rugiiiiii kalau tak join!! Dengan 10 ribuu macam macam boleh buat.. Nak pergi Umrah pun boleh..Haaaa jadi apa tunggu lagi Mak Dara syorkan semua untuk join dan kalau baik hati apa kata anda calonkan rakan rakan anda ataupun lebih baik lagi calonkan Mak Dara ye hehe.. Ok jangan lepaskan peluang keemasaan ini!!!!!

Pada tahun ini Digi WWWOW Awards mempertandingkan sebanyak 8 kategori. Dan kategori kategorinya adalah seperti berikut..

1) Videos & Photography 
2) Social Influencers 
3) Independent Publishers
4) Web commerce
5) Mobile app commerce
6) Social media commerce 
7) Social impact 
8) Social 

Dalam 8 kategori yang dipertandingkan yang paling menarik minat Mak Dara adalah kategori SOCIAL IMPACT


Bagi sesetengah orang, meminta bantuan bukan pilihan. Itulah sebabnya organisasi atau projek dapat membantu meningkatkan kesedaran dan dana atau misi utama untuk mengubah masyarakat menjadi lebih baik. Daripada membantu kanak-kanak pelarian untuk menyelamatkan anak kucing berkaki satu, Social Impact boleh membantu anda membantu mereka yang amat memerlukan!

~ Pertubuhan bukan kerajaan
~ Social Enterprise
Projek Sosial

Terfikir juga Mak Dara.. Jika Mak Dara ingin sertai kategori SOCIAL IMPACT ini apa yang akan Mak Dara lakukan. Hmmm memandangkan anak anak Mak Dara sendiri kini telah bergelar anak yatim setelah arwah suami Mak Dara kembali ke rahmatullah pada tahun lalu jadi Mak Dara tanpa perlu berfikir panjang sudah tentu mak akan terlibat dengaan projek yang melibatkan anak anak yatim. Mak Dara tahu betapa susahnya anak anak yatim untuk meneruskan kehidupan mereka setelah kehilangan ibu atau bapa masing masing.. Dengan bantuan yang sedikit diharap dapat membantu meringankan beban mereka.


Submission Date and Nomination 14 Sep till 12 Oct 2015
Vote for People’s Choice Award 19 till 30 Oct 2015
Judges and Selection 13 Oct till 12 Nov 2015
Award Night and Winner Announcement 20 November 2015


Sebelum Mak Dara mengakhiri entry ini apa kata Mak Dara kongsikan bersama anda video pendek yang Mak Dara buat pada tahun 2012 semasa Mak Dara menyertai Digi WWWOW Award pada tahun 2012 yang lalu.. Haa memang kay poh sangat hehe .. 





Jom sertai dan vote teman teman kita yang menyertai pertandingan ini dan kongsikan di media sosial dengan hashtag #DGWWWOW. Untuk mengetahui Maklumat lanjut mengenai DiGi WWWOW Awards klik di link ini http://www.wwwow.my/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK