Tuesday, October 27, 2015

Rumah Ronald Mcdonald PPUKM

Mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat dan memerlukan rawatan amatlah menguji diri pesakit dan juga kepada ahli keluarga itu sendiri. Mak Dara pernah melalui saat-saat seperti itu apabila arwah suami Mak Dara iaitu Martias Ali yang menghidap LYMPHOMA iaitu sejenis kanser darah stage 4 pada tahun lalu.  Semasa berada di wad selama hampir sebulan Mak Dara banyak bergaul bersama pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Terdapat ramai juga mereka yang tinggal jauh dari hospital dan terpaksa menumpang tinggal di rumah saudara dan ada juga yang terpaksa menyewa di hotel . Namun bagaimana jika pesakit harus mendapatkan rawatan bertahun lamanya? Mampukah pesakit dan ahli keluarga untuk terus menumpang di rumah saudara ataupun mampu membiayai kos sewa hotel selama bertahun-tahun itu? Sudah tentu tidak mampu bukan..


Prihatin terhadap masalah itu maka salah satu program unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald (Ronald McDonald House - RMH) yang menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk keluarga semasa  anak-anak mereka  menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM).



Rumah Ronald McDonald telah dibina pada Februari tahun 1990 oleh Ronald McDonald House Charites (RMHC) sebagai sebuah organisasi NGO. Antara program unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald Program Biasiswa Ronald McDonald , Bilik Sensori Ronald McDonald,  dan Ronald McDonald Gift of Smile.


Rumah Ronald McDonald

Mak Dara merasa amat bertuah dapat meluangkan masa untuk melawat ke Rumah Ronald McDonald di PPUKM pada beberapa hari lepas. Setibanya di sana Mak Dara dan beberapa teman disambut mesra oleh Puan Idayu Mukti iaitu Pengurus Rumah Ronald McDonald.

Mak Dara bersama Puan Idayu Mukti 
Pengurus Rumah Ronald McDonald 

Puan Idayu dengan baik hati membawa Mak Dara dan teman teman untuk tour sekeliling rumah Ronald McDonald ini. Mak Dara rasa amat teruja dengan semua kemudahan yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald. Pasti anda juga nak tahu apa yang terdapat di Rumah Ronald McDonald itu kan? Mari Mak Dara kongsikan bersama anda..

Bilik tidur sesuai untuk 4 ahli keluarga


Ruang Makan

 Ruang Dapur




Surau 





Kawasan permainan 


Mak Dara amat teruja dengan apa yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald itu. Kebersihan pada tahap  amat maksimum dan kemudahan yang amat mengagumkan. Rumah Ronald McDonald yang bernilai RM2 juta itu mempunyai 19 buah bilik dengan pelbagai kemudahan. Semua bilik mempunyai tiga katil dilengkapi dengan bilik air, dapur, bilik mainan kanak-kanak, bilik membasuh kain, surau dan ruang televisyen dan banyak lagi. RMH mempunyai 19 buah bilik yang mampu menampung keperluan harian sesebuah keluarga dengan kadar bayaran hanya RM5 sehari!

Adik Adam bersama keluarga

Sementara itu salah seorang pesakit yang sempat Mak Dara temui iaitu Adik Mohd Adam kelihatan amat seronok bermain di bilik permainan yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald sementara menunggu waktu rawatan yang akan dihadirinya, Ibu Adam berkata, ahli keluarganya berasa amat selesa semasa menginap di RMH sejak dua tahun lalu ketika Adam menjalani rawatan di PPUKM.
Mak Dara bersama teman dan Adam sekeluarga

Sehingga kini, RMH telah menempatkan lebih daripada 450 buah keluarga dengan anak-anak yang memerlukan rawatan di PPUKM. Bayangkan betapa ramai keluarga yang telah dibantu oleh mereka.




Terbaru RMHC bakal menganjurkan sebuah event iaitu kempen Show Your Stripe bertemakan #Demi RMHC – I’m For The Kids yang akan bermula di semua restoran McDonalds Malaysia pada 7 November 2015. Stoking berjalur jalur merah dan putih ini dijual sehingga stok masih ada.



Sebahagian daripada usaha mengumpul dana adalah melalui Kempen Show Your Stripe yang akan mendorong orang ramai untuk membeli dan memakai stokin berjalur-jalur merah dan putih bagi menunjukkan bahawa mereka peduli dan prihatin. 


Stokin red and white striped atau berjalur-jalur merah dan putih akan mula dijual di semua cawangan McDonald's mulai 7 November 2015 dan  semua sumbangan akan diserahkan kepada pihak RMHC. Marilah kita bersama sama menyertai kempen Show Your Stripe ini dan membantu mereka yang memerlukan. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk menawarkan diri menjadi sukarelawan di rumah ini. Saya amat percaya dengan melakukan kerja-kerja amal 


begini dapat menyemai sifat kasih sayang dan saling membantu di kalangan masyarakat kita. Untuk maklumat lanjut boleh ke link ini http://rmhc.org.my/causes/ronald-mcdonald-house-ppukm/


RMHC juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari orang ramai yang ingin menderma atau menjadi sukarelawan. Hubungi RMHC di talian 012 365 7324 atau layari www.rmhc.org.my


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK