Saturday, July 28, 2018

AKU BALU

AKU BALU

BALU.. walaupun hanya satu perkataan namun ia memberi seribu satu makna yang amat mendalam dan memilukan..

Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama saya.. Ketika saya sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat utk saya move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37.. Bila saya mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan saya mulai merasa yang saya terlalu cepat "MOVE FORWARD" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah saya dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui ttg hal saya.. Saya dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Saya dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau..


Bertapa "BERDOSANYA" saya pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan saya.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE FORWARD.. Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..

Dan selama hampir tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa... "MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


21 comments:

  1. Sungguh benar Irda. Insan terpilih yg Allah tahu dia mampu untuk menggalas segala ujian ini diberikan. Semoga para balu semua diberi kekuatan. Kakak juga percaya akan ada pelangi indah menanti di hujungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin terima kasih kak... semoga semua yg senasib dengan saya dapat terus tabah dengan ujian ini insyaa Allah..

      Delete
  2. kak...kami tau kakak kuat,so teruskan hidup demi anak²..betul mereka takde kat tempat kita,jadi mereka takkan faham keadaan yang akak lalui sehari-hari..keep strong!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihhhhhh Siti... terima kasih kerana kata kata siti memberi semangat untuk akk terus hadapi semua dugaan ini insyaa Allah..

      Delete
  3. Move on salah tak move on pon salah. Klau tak move on kata plak kita ni x ingat tuhan...x redha dgn pemergian insan yg kita syg.

    Abaikan mereka. Kak kuat...kak tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tuuuu laaaa... kdg kdg depa ni cakap ikut sedap ja.. yg menanggungnya kita hehehe.. takpa semuani pun kira ujian jugak.. jadi akk redha dan senyum dan menanti pelangi.. hehehe

      Delete
  4. setiap org ada jalan ceritanya tersendiri..move on itu adalah pilihan yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. semua org tak sama dan ada caranya sendiri kannnnn...

      Delete
  5. keep strong and positive mindset

    ReplyDelete
  6. Mulut orang boleh berkata apa saja kak irda. Teruskan move forward, jangan biarkan anasir jasad terus menghasut dirimu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqqqqqqqqq dikkkkkk.. gtruly appreciate ur supporttttt ...

      Delete
  7. Terima kasih kak atas tulisan ini.. Memang orang senang memandang & mengata tapi disebaliknya hanya kita yang tahu betapa peritnya menanggung derita RINDU. Rasa macam baru lagi kak update pasal pemergian arwah suami akak, tup2 dah 3 tahun ye.. Kini saya pulak yang merasa walaupun dia baru pergi 5 bulan lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Syani... Salam takziah dari akak.. Semoga syani tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini.. yaaa memang bukan mudah tapi insyaallah akk akan selalu doakan utk adik.. :(

      Delete
  8. Biarkan apa pun persepsi orang kak..dijatuh bangun kita hanya kita dan Allah saja yang tahu..

    ReplyDelete
  9. Abaikan kata-kata mereka tak memahami keadaan tu, kak. Teruskan hidup dengan cara sendiri asal tidak menyusahkan orang lain. Itu yang terbaik

    ReplyDelete
  10. Its Your Life. Only you know what is the best for you and Your children. How you lead your life is Your own. No one have the right to decide what is best for you, only you do. May Allah Always Protects and shower His blessings on you and family. Take care (^=^)/

    ReplyDelete
  11. Its Your Life. Only you know what is the best for you and Your children. How you lead your life is Your own. No one have the right to decide what is best for you, only you do. May Allah Always Protects and shower His blessings on you and family. Take care (^=^)/

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng Amazon, mua đồng hồ trên amazon cũng như chia sẻ kinh nghiệm mua hàng trên amazon cùng các dịch vụ tiện ích gửi hàng đi nhật, gửi hàng đi úcvận chuyển hàng trung quốc giá rẻ uy tín.

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK