Saturday, November 12, 2016

ZISTERS HOW TO BE SINGLE AGAIN | BIKIN PANAS DI HARRODS KLCC

Assalam duhai teman.. Pada 6 hb Nov yang lalu THE  ZISTERS iaitu  Zay , Irda (mak Dara) dan kak Siti  telah bikin panassss di Restoran terkemuka HARRODS KLCC.. Maunya tak panasss. The  ZISTERS mengadakan sebuah majlis Hi Tea.. Haaa THE  ZISTERS sakan minum minum teh yang panas dan mengeteh bersama hampir 30 orang jemputan ekslusif.

HI TEA Bersama ZISTERS diadakan semata mata untuk mengukuhkan ukhwah antara ZISTERS teman teman dan kenalan kami. Tidak ketinggalan juga ia bagi menunjukkan penghargaan ZISTERS kepada para sponsor yang telah sudi menaja ZISTERS untuk majlis yang sungguh berprestij itu.. Ok apa kata Mak Dara kongsikan gambar gambar yang sempat kami snap semasa berlangsungnya majlis itu ya..

ZISTERS dari kiri Irda (mak Dara) , Kak Siti & Zay

Hi Tea - Minum petang

tetamu yang hadir

servis terbaik dari staff Harrods








Memang benar benar meriah majlis HI TEA bersama ZISTERS ini   ZISTERS .  Suasana bertambah meriah dengan adanya "cabutan bertuah" itu.. Memang tak dapat disangkakan bahawa majlis itu telah berlangsung dengan jayanya dan semua para tetamu yang hadir menyatakan bahawa mereka lebih bersemangat untuk mneruskan hidup sebagai seorang "single" ..

Nantikan kemunculan ZISTERS bersama VLOG dari kami di Youtube Channel .. YOUTUBE ZISTERS . Mari sama sama menonton VLOG dari kami mengenai pengalaman dan kisah hidup setelah single kembali.. Plaese subscribe and follow our social media for new update.. Bye selamat tinggal








No comments:

Post a Comment

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK