Assalam duhai teman.. Pejam celik pejam celik lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan akan mula berpuasa.. Bila bercakap pasal puasa .. Antara isu yang akan bermain di fikiran sudah pastinya apakah juadah untuk bersahur dan berbuka.. Dan antara isu yang femes juga pastinya baju raya!!!!!!

Kini rasanya rata rata kita semua membeli baju raya siap.. Ada yang membelinya di kedai di butik tak kurang juga yang membeli secara online bukan.. Tapi Mak Dara tetap oldfashion dah lebih suka jika dapat menempah baju raya dengan tukang jahit.. Emmm ok lah oklah.. sebab utama mak dara suka menempah pakaian dari tukang jahit adalah kerana keGEBUan Mak Dara yang amat terserlah.. Maka susah nak caari baju raya siap yang sesuai dengan potongan "kerengga" mak dara ni hehehe.. Maka jalan selamat untuk tidak memperlihatkan lemak lemak tepu dan mengelakkan lemak terjojol dan membonjol bonjol apabila mengenakan baju raya maka mak dara selesa untuk menempah..
Ya sekarang bukan mudah untuk mencari tukang jahit.. Kalau ada pun tukang jahit pakaian pengantin.. Makanya upahnya pun mahallll le jugak kan.. Namun alhamdullilah Makcik Ratna iaitu ibu mertua kepada adik Mak Dara adalah seorang tukang jahit maka kami sekeluarga pasti menempah baju raya darinya.. Dan upah yang dikenakan juga amat berpatutan.. Almaklumlah keluarga hehe..
Makcik Ratna
Jadi mak tertanya juga pada Makcik Ratna.. Bilakah masa yang sesuai untuk seseorang itu untuk menempah pakaian raya .. Katanya seelok eloknya dua atau tiga bulan sebelum raya. Ini memberikan mereka ruang dan masaa yang mencukupi untuk menyiapkan tempahan tanpa perlu tergesa gesa.. Kalau kasi dalam sebulan atau kurang dari sebulan maka dikhuatiri jahitan yang dilakukan tidak sebaik dan sekemas seperti yang diharapkan.. Ye lahhh nak cepat maka ketelitian tu kurang le..
MASA YANG DICADANGKAN UNTUK MENEMPAH PAKAIAN RAYA?
2 atau 3 BULAN SEBELUM RAYA!!
Jadi sebaik mendengar aja cadangan Makcik Ratna untuk menempah baju raya 2 atau 3 bulan sebelum raya, maka mak pun cargassss dan terus ke JAKEL bersama adik beradik Mak Dara .. Mauuu rambang mata melihat kain kain yang terdapat di sana.. Bertambah meroyan mak dara dibuatnya haha..


Kain ela di JAKEL KL
hasil tangkapan Mak Dara dan adik adik di Jakel ;p
Kain untuk baju raya Mak Dara tahun ini.. Amacam ok ke?
Fesyen yang ditempah oleh mak
pic oleh encik ggogle
Puas jugak cari fesyen yang sesuai dengan kain lace yang Mak beli. Tapi akhirnya jatuh cinta dengan fesyen di atas.. Harap harap bila dah siap nanti segala lemak lemak tepu mak tak menonjol muahaha...
Jadi pada teman teman mak dara yang nak menempah baju raya tu.. Sekarang dah bulan April... Bulan puasa insyaallah pada bulan Jun.. Jadi apa tunggu lagi ini lah masa yang amat baik untuk mula menempah.. Selamat menempah pakaian Rayaaaaa....