Tuesday, April 26, 2016

Bila Anak Hingusan Menjadi Anak Teruna

Rasanya seperti baru semalam mak dara melahirkan anak sulung mak dara .. menyusukannya.. membesarkannya.. masih lagi bayi dan masih berhingus.. Dan tup tup aje dari anak hingusaan itu anak kesayangan mak Adza Haiqal telah bertukar menjadi seorang anak teruna.. Apa ciri ciri yang membuatkan anak mak ni dah menjadi anak teruna.. Well pertama sekali opkoslah kalau dia berhingus dia dah boleh lap sendiri muahahaha.. tak lah.. Mak menyedari hal ini beberapa hari yang lalu apabila menghantar Haiqal untuk menjalani sesi temuduga untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) @ Universiti Teknologi Mara (UiTM).. Fuhhhhhh kejaaaaap saja masa berlalu dan kini Haiqal bakal melanjutkan pelajarannya ke pringkat Universiti.. Insyaallah itu pun jika dia berjaya dalam temuduga itu dimana jawapannya hanya akan diketahui tidak lama lagi huhu.. 

Adza Haiqal dari anak hingusan

Aloloooooo rindunyaaaa saat saat dia masih lagi baby.. Pegi mana mana mesti nak pegang tangan kita.. Dah sejak dah teruna dan bujang ni kalau jalan nak pimpin tangan mak pun dah segan segan huk huk huk.. 

Dari anak hingusan ke anak Teruna.. Tak mengejutkan bila tup tup tiba tiba aje tak lama lagi anak mak dara ni akan berumahtanga dan lepas tu akan jadi ayah.. Ooohhhhh janganlah cepat sangat membesar wahai anakku.. terasa diriku sungguh kertu kini muahahaha

kini telah menjadi anak teruna.. 

Adza Haiqal sebelum memasuki bilik interview di UITM Puncak Perdana

beratur bersama calon calon yang bakal diinterview

lebih 200 calon yang datang untuk interview

Anak mak dara relax aje.. Tapi Mak pulak yang nebes ;p

Selesai interview

Hampir 200 lebih calon datang untuk sesi interview namun dengar khabarnya pihak UITM Fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) hanya memperuntukkan hanya untuk 60 sahaja calon untuk intake tahun ini.. Apa apapun Mak Dara hanya mampu tawakal dan berdoa agar anak mak berjaya dan menjadi antara 60 calon pelajar itu Insyaallah...

Mak Dara dan anak terunaku ku Adza Haiqal

Namun apa pun yang terjadi.. baby ke, bujang ke, teruna ke, laki oraang ke , ayah orang ke.. Kau tetap anak manja mama sampai bila bilaaaaaaaa.. Sayang hingga ke janah.. Insyaallah

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK