Thursday, April 28, 2016

Selamat Hari Lahir Tuan Denaihati

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN TUAN DENAIHATI
ALLAH SELAMATKAN KAMU...


Mak Dara ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Tuan Haji Amir aka Tuan Denaihati.. 


Sebenarnya ulang tahun Tuan Haji Amir adalah pada semalam 27hb April tapi dek kerana Mak Dara agak sibuk untuk menyiapkan sebuah sinopsis untuk skrip drama terbaru Mak Dara jadi hari ini barulah sempat untuk membuat ucapan.. 

Tuan Amir dan blognya yang hebat iaitu blog Denaihati telah banyak membantu Mak Dara dalam dunia blog.. Banyak sokongan yang diberikan kepada mak dara dan blog meroyan ini.. Dan hampir setiap tahun Mak Dara pasti akan memeriahkan acara tahunan anjuran Tuan Amir iaitu Sepetang Bersama Blogger dan hampir setiap tahun itu juga Mak Dara berjaya memenangi dan membawa pulang hadiah hadiah yang sungguh hebat dari majlis SBB ini.. Ucapan terima kasih tidak terhingga pada Tuan Amir . 

Semoga Tuan Haji Amir dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. In Syaa Allah.. Aamin



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK