Saturday, May 14, 2016

Mak Dara Di Majalah Mingguan Wanita Mei Issue 2016

Assalam duhai teman.. Waduh waduhhh gumbiranya dalam hati gambor mak kuor majalah lagi ahaks.. Alhamdullilah ada juga wartawan yang sudi untuk interbiu mak untuk di masukkan ke dalam majalah mereka.. Ingatkan kisah ibu tunggal macam mak ni takde yang istimewa untuk dikongsi bersama pembaca tapi siapa sangka Majalah Wanita sudi untuk memasukkan sedikit cebisaan kisah Mak yang bergelar balu dan ibu tunggal ini dalam satu artikel di majalah hebat seperti MINGGUAN WANITA.. Rasa sungguh terharu dan honored.. Terima kasih kepada wartwan Akmar yang telah menghubungi Mak Dara dan menyampaikan hasratnya untuk menemubual Mak di rumah.. Ok mari Mak Dara berkongsi gambor mak di majalah mereka dan sesi disebalik tabir di rumah Mak Dara ye..




Haa inilah ghopenye Mak Dara di dalam Majalah Mingguan Wanita untuk issue bulan Mei 2016. Antara yang dihighlightkan dalam artikel ni mengenai kerjaya dan penglibatan Mak Dara sebagai penulis skrip drama selama dua puluh tahun, tentang cabaran dan dugaan setelah kehilangan arwah suami Mak Dara Martias Ali kerana sakit Lymphoma (kanser darah stage 4) pada 29hb mei 2014 yang lalu, tentang bagaimana mak dara lalui hari hari sebagai balu dan ibu tunggal dan kisah tentang Mak Dara membesarkan anak anak seorang diri.. 

Hmmm sebenornye memang artikel ini menyentuh perasaan Mak Dara . Kerana selama ini mak sering sahaja mendengar tentang kisah ibu tunggal dan anak anak yatim dan tidak pernah terlintas dikepala Mak bahawa mak juga akan menerima nasib yang sama pada usia mak 37 tahun dua tahun lalu.. Kini menceritakan kisah mak sebagai ibu tunggal amat amat susah untuk diluahkan semasa sesi temuramah bersama wartawan akmar namun mak cuba gagahi walaupun ada beberapa ketika berderai juga air mata di pipi tatkala menceritakan saat saat terakhir arwah suami mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Dan saat saat Allah swt memberikan mak dara "petunjukNya" di sujud mak yang terakhir.. Hmmm panjang kisahnya kalau nak ceritakan di sini.. Tapi kalau ada yang sudi nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan MAJALAH MINGGUAN WANITA keluaran isu mei ye.. Cover depannya ialah Rozita Che Wan dan anaknya yang chomeyyy loteeyyy si ecah tu..

cover untuk isu mei 2016

Ok mari mak kongsikan beberapa keping gambor disebalik tabir semasa sesi interview bersama wartawan Akmar dan jurufotonya dii rumah Mak Dara ya..

sesi interview Mak Dara bersama wartawan Akmar 

Mak tengah dok pikir apa nak jawab hehe

time ni jenuh tahan nafas kasi nampak slim hehe

sesi bergambor di bilik dan juga dimana juga adalah home office mak

tudung tudung dari jenama mak dara iaitu ADORABELLE
yang akan mak dara keluarkan pada bulan puasa nanti


Jutaan terima kasih kepada wartawan Akmar , jurufoto kerana sudi menemubual Mak Dara dan terima kasih tak terhingga kepada MAJALAH MINGGUAN WANITA kerana mengongsikan perjalanan dan kisah hidup Mak Dara ini.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi nanti in syaa allah.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK