Monday, May 16, 2016

AKU DAN 11 BUAH SEKOLAH


Sempena Hari Guru hari ni Mak Dara terpanggil untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang pernah mengajar Mak Dara dahulu.. Tapi ada masalahnya.. Masalahnya ialah Mak Dara tak dapat nak ingat nama kesemua cikgu Mak Dara itu kerana Mak Dara telah bersekolah  11 buah sekolah semuanya.. Yup 11 BUAH SEKOLAH! hehe. Mak dara ni pesyen suka tukar tukar sekolah.. hampir tiap tiap tahun tukaq sekolah.. Ini mungkin juga berpunca kerana sejak Mak Dara dilahirkan kami sekeluarga tinggal di rumah guru. Ini kerana ayah Mak Dara seorang guru.. Boleh dikatakan siang malam pagi petang 24/7 Mak Dara akan berada di sekolah.. Sejak bersekolah pun Mak Dara akan ke sekolah dan kemudian bila balik akan pulanag ke rumah guru yang berada dalam kawasan sekolah. 

Pendek kata buka mata nampak sekolah nak pejam mata pun nampak sekolah.. Abah kemudian telah dinaikkan pangkat menjadi Nazir Sekolah yakni menjaga hampir 36 buah sekolah dibawahnya dan Mak Dara yang boleh dikatakan "nakal" kerana mungkin sudah lali dengan sekolah akan meminta abah menukarkan Mak Dara dari satu sekolah ke sekolah yang lain hampir setiap tahun . Ada saja alasan yang saya berikan pada abah untuk abah menurut permintaan saya menukar sekolah..Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara  belajar ialah...

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1
2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2
3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3
4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)
5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5
6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6
7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1
8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2
9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3
10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4
11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5


Hehe.. banyakkan? So memang susah untuk  Mak Dara mengingati guru guru mahupun kawan kawan sekolah Mak. Cuba bayangkan kalau satu kelas ada 30 orang pelajar kalau dikali dengan 11 buah kelas/sekolah dah berapa.. Tu kalau kenal satu kelas je kalau kenal dua tiga kelas..?  Tapi alhamdullilah lah anak anak  Mak Dara tak ikut macam peel mak. Tak bertukar tukar sekolah. Bila difikirkan pening juga arwah abah membesarkan  Mak Dara hehe. Ayah mak dara memang marah sangat dengan kelakuan mak dara tu tapi diturutkan juga kata arwah , asalkan belajar... Dan kenangan paling manis ialah bersekolah di sekolah yang ayah Mak Dara mengajar.. Mula mula ingat boleh le mengulat tapi rupanya lagi teruk.. Ayah mak dara selalu marah dan ambil tindakan yang lebih keras kepada Mak Dara berbanding pelajar yang lain sebab dia tak mahu dikatakan berat sebelah pada anaknya.. Tahun seterusnya Mak Dara tukar sekolah lagi hahaha..

Kepada semua yang bergelar guru, SELAMAT HARI GURU mak dara ucapkan kepada anda semua!! Anda memang istimewa dan segala jasa kalian tak terbalas banyakknya.. Terima kasih Cikgu!! Dan Al Fatihah kepada Arwah Ayah Mak Dara dan semua guru guru Mak Dara yang telah kembali ke rahmatullah .. AL FATIHAH...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK