Saturday, August 13, 2016

KISAH JANDA DAN SEBUAH VILLA

KISAH JANDA DAN SEBUAH VILLA? Fuhhh kisah apakah itu? Haaaa kalau nak tahu kenalah tunggu ya.. Ini sebenarnya adalah projek skrip drama bersiri terbaru Mak Dara.. Ok mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga masih ada yang tak tahu bahawa pekerjaan mak dara selain meroyan di blog kecintaan Mak ini.. Mak sebenarnya adalah seorang penulis skrip drama.. Mak dara telah 20 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan skrip dan telah menghansilkan lebih 70 buah skrip drama yang telahpun di tayangkan di kaca TV.. Pada yang nak tahu apakah antara drama drama yang pernah mak hasilkan bolehlah ke blog kerjaya Mak Dara iaitu di blog ADZA IRDA ok..

Ok berbalik kepada kisah JANDA dan Villa.. Ia merupakan sebuah projek yang sedang mak jalankan.. Dan drama itu adalah sebuah drama bersiri bertajuk VILLA JANDA..


Orang yang bertanggungjawab dalam memberikan idea asal untuk drama ini ialah Serina Datuk Redzuawan.. Alaaa Serina anak Chef Wan tuuuu.. Yaa dialah orangnya yang banyak berikan idea untuk drama ini.. Mak Dara cuma akan menulis skripnya berdasarkan idea asal beliau.. Dan penerbit yang bakal menerbitkan drama ini nanti adalah Serina sendiri dan Abang Yusuf Kelana dari syarikat YKS FILM MAKERS SDN BHD.


Drama bersiri ini adalah sebuah drama komedi.. Mak Dara tak dapatlah ceritakan  sinopsis drama ini takut nanti dicopy oleh orang lain pulak.. Haaa jangan ingat dalam dunia penulisan blog aje artikel anda boleh di plagiatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.. Perkara begitu juga boleh berlaku dan selalu pun berlaku dalam dunia penulisan skrip.. Tapi cuba anda bayangkan bagaimana kecohnya sebuah VILLA yang disewakan oleh beberapa orang wanita yang berstatus JANDA.. fuhhh kompom haru biru dan meroyan dibuatnya...

Doakan semoga proposal Mak Dara ini diterima oleh pihak stesen TV dan seterusnya dapatlah mak dara menulis skrip drama ini seterusnya ditayangkan di kaca TV anda.. 

Haaa selain dari tajuk isteriku.. suamiku.. kita buat kisah pasal janda pulak.. Atau korang ada tak idea untuk buat drama selain dari topik topik suami , isteri janda bagai ni? Cer tinggalkan cadangan anda di ruangan kotak komen.. Mana lah tahu kalau idea anda kebabomm bestt mungkin mak boleh jadikannya drama.. Amacam? 




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK