PLUS SIZE .. Terdengar saja perkataan ini pasti terdetik di hati dan di minda orang akan "gemuk" "Tidak sihat" "orang yang tidak pandai menjaga badan".. Yaaa itulah antara yang akan bermain di fikiran hampir semua manusia normal .. Namun tahukah anda yang bergelar "PLUS SIZE" juga mempunyai perasaan .. mempunyai hati yang bisa tergores dengan anggapan sebegitu? Tidak semua yang berbadan PLUS SIZE tidak berjaya.. Tahukah anda bahawa terdapat ramaiiiiiii yang berbadan PLUS SIZE yang terdiri dari peguam, Doktor, CEO Syarikat and even menteri dan macam mmacam lagilah.. Yaaaa kebanyakkan mereka semua berjaya dan mungkin juga lebih berjaya dari mereka yang berbadan normal.. Jadi janganlah berat dan ukuran badan menjadi ukuran.. Jika Allah swt menjadikan semua manusia itu semuanya sama..normal , slim melim dan kurus.. Maka tiada keistimewaan antara kita lagi.. Tiada manusia yang unik .. And life would be boring jika semua kelihatan seragam dan sama bukan??
Haaaa panjang naw naw celoteh pembukaan mukadimah mak pagi ni.. Al maklumlah.. Sebab Mak Dara juga tergolong dalam kategori PLUS SIZE ni maka over sensitif hehe.. Ok berkenaan dengan tajuk yang mak utarakan.. AKU JURI DAN PLUS SIZE MODEL.. Apa kisahnya?
Ok kisahnya semalam Mak Dara telah dijemput untuk menjadi Juri bagi sebuah pertandingan pencarian PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia . Macam tak percaya saja bila Mak mendapat panggilan dari teman Mak iaitu Datin Amyra Kay yang mahu Mak menjadi juri bagi pertandingan dan search ini.. Bak kata orang rezeki jangan ditolak. Dan Mak Dara pun menerima jemputan itu. Maka itu merupakan kali pertama Mak Dara menjadi juri untuk pertandingan seperti itu.. Moh Mak kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil semalam ye..
JURI
ADZA IRDAWATI (MAK DARA), DATO HAROON & DATIN AMYRA KAY
Antara peserta PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia
Fuhhh kusyuk tak Mak Dara LOL
Haaa itu adalah antara gambar yang sempat diambil semalam.. Ada bakat tak Mak jadi Juri hehe.. Terdapat tiga juri untuk PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia ini iaitu terdiri dari Mak Dara , Dato Haroon dan Datin Amyra Kay.. Dan para peserta yang datang semalam juga bukan calang calang peserta.. Kesemua mereka mempunyai bakat bakat dan kelebihan masing masing.. Ada juga peserta yang sanggup datang jauh dari penang semata mata mahu menyertai pertandingan ini.. Semangat betul mereka semua.. Dan semalam merupakan hari pertama untuk PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia.. Hari ini adalah hari kedua .. Dengar khabarnya hari ni ramaiiiiiii peserta.. Fuh semoga majlis ini berjalan lancar hendaknya insyaa Allah.. Nak tahu siapakah bakal memenaangi PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia ini tunggu nanti mak kasi hupdate ok.. Bye.. Assalammualaikum..