Monday, October 17, 2016

TASBIH CINTA DI ABU DHABI

TASBIH CINTA DI ABU DHABI .. 
sebuah kisah percintaan sepasang suami isteri yang agung.. 
Kisah yang menguji kesetiaan sang pencinta.. 

Assalam duhai teman.. Pada yang lama mengenali mak dara pasti sudah maklum akan pekerjaan sebenar mak dara selain meroyan di blog ini kan.. Namun rasanya ramai juga yang tak tau apa la keje sebenar perempuan psiko ni kan kan kan.. Hehe.. Baiklah meh mak nak refresh balik kepada pembaca lama di blog mak dara .. dan mak nak kongsikan tentang kerja mak dara pada yang baru mengenali mak.. 

Mak Dara sebenarnya adalah seorang PENULIS SKRIP DRAMA .. Mak Dara mula menulis skrip sejak berumur 19 tahun lagi.. Dan kini sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan skrip dan telah menghasilkan lebih 70 buah skrip drama yang telahpun di tayangkan di kaca TV. Nak cerita lebih tentang kerja mak dara mau patblas hari patblas malam tak habis habis.. Kalau nak tahu profile keje mak dara dan 70 buah drama hasil kerja Mak.. boleh la ke blog serius mak yang satu lagi iaitu @ http://adzairda.blogspot.my/

Ok berbalik kepada tajuk yang post mak dara di atas iaitu TASBIH CINTA DI ABU DHABI. Ia merupakan sebuah karya skrip terbaru yang bakal mak dara tulis bersama dengan adik Mak Dara yang juga merupakan seorang penulis skrip iaitu Adza Emie.. Skrip ini adalah skrip yang ke 73 dari mak..


Telemovie TASBIH CINTA DI ABU DHABI ini akan mengisahkan kisah konflik sebuah perkahwinan sepasang suami dan isteri.. Bermula dengan pertemuan yang tak disengajakan.. sehingga percintaan jarak jauh.. kepada alam perkahwinan.. sehingga menerima kurniaan cahaya mata .. akhirnya terlibat dalam kancah kecurangan dan pelagai lagi badai yang melanda perkahwinan mereka.. Namun adakah perkahwinan itu dapat diselamatkan? Haaa tu kena tunggu laaa  bila drama ni siap nanti..

Namun yang seronoknya idea asal bagi drama ini adalah daripada penerbit drama ini sendiri iaitu Puan SURAIYAH ABDUL GHANI sendiri . Haaa hebatkannn.. Selalunya penerbit hanya menerbitkan drama sahaja.. Namun kali ini penerbit memberikan idea asal untuk drama terbitannya.. Memang luar biasa penerbit ini hehe..

Dan lebih membuatkan Mak Dara lebih teruja ialah pengarah yang bakal mengarahkan drama ini adalah BFFFF mak dara iaitu Zay Basalie..

Mak Dara dan Zay Basalie

Adza Emie, Zay Basalie dan Mak Dara

Mak Dara dan Zay sebenarnya telah mengenali satu sama lain lebih dari 11 tahun lamanya.. Dan kami pernah berangan bahawa kami mahu berkerja sama dalam sebuah projek drama bersama di mana dia akan mengarah dan mak dara akan menghassilkan skripnya.. Dan alhamdullilah setelah 11 tahun impian kami menjadi kenyataan..

TASBIH CINTA DI ABU DHABI bakal menjalani penggambaran di London dan Abu Dhabi.. Haaaaa kauuuuuu... Hebat kannnn.. Dan khabarnya puan penerbit mahu melamar pelakon berbakat dan award winning actress si Nabila anak Amy Search tuu.., Fuhhh kalau dapatlah beliau melakonkan watak sebagai heroin drama ini pasti meletop kebabom babom laaa.. hehe

Baiklah mohon anda doakan agar perjalanan dan pembikinan drama TASBIH CINTA DI ABU DHABI ini dipermudahkan olehNya ya.. Insyaa Allah..




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK