Salam duhai teman.. Sejak kebelakangan Mak Dara terlibat bersama dua orang lagi teman Mak Dara iaitu Zay dan kak Siti untuk mengadakan sebuah VLOG di youtube Channel kami .. Kami telah bertemu dengan ramai teman teman lama dan tidak kurang juga kenalan baru.. Namun antara kenalan yang paling melekat di hati kami bertiga ialah hubungan ukhwah dan kasih sayang dari Puan Zaiti Noordin iaitu pengasas produk Magis Aura Mawar kepada kami..
Alhamdullilah Puan Zaiti bukan sahaja menjadi sahabat kepada ZISTERS namun telah juga berbesar dan bermurah hati untuk menaja Majlis Hi Tea bersama ZISTERS baru baru ini..
Dengan itu kami juga dengan berbesar hati mengadakan temuramah kami bersama beliau. Dan kami bernasib baik kerana Puan Zaiti sudi untuk menyertai rancangan VLOG kami iaitu HOW TO BE SINGLE AGAIN dan sekali gus menjadi ikon jemputan pertama di dalam episod kami yang pertama.. Ok mari mak dara kongsikan video Puan Zaiti ketika sedang ditemuramah oleh krew kami itu..
Ucapan terima kasih ini tidak ada penghujung atas kedalaman penghargaan yang kami rasakan dalam hati kami. Semoga Allah membalas kebaikan kalian setiap satunya dengan rezeki yang berlimpah, kebahagiaan yang sebenar dan kesihatan yang berpanjangan.Jutaan terima kasih pada Puan Zaiti Noordin kerana sudi bersama sama ZISTERS .. Dan bersama kita menuju kejayaan In Syaallah
Nantikan kemunculan ZISTERS bersama VLOG dari kami di Youtube Channel .. YOUTUBE ZISTERS . Mari sama sama menonton VLOG dari kami mengenai pengalaman dan kisah hidup setelah single kembali.. Plaese subscribe and follow our social media for new update