UPSR .. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH.. UPSR 2016 .. RESULT UPSR 2016..
Haishhh itu sajalah yang asyik berlegar dalam kepala Mak dara sejak dua tiga hari ni.. Adoiiii macam Mak Dara pulak yang ambik UPSR kekdahnya.. Namun sebenarnya yang telah menduduki ujian UPSR adalah anak ketiga Mak Dara iaitu Adza Kasih..
Mak Dara dan Adza Kasih
Ya besok 17hb November adalah tarikh yang amat mengerikan pada pelajar dan ibubapa kepada pelajar yang menduduki UPSR.. Dan Mak Dara antara ribuan ibubapa yang nervous tak hengatttt menjelang keluarnya result upsr esok.. Tapi yang geramnya.. Mak nengok anak mak si Adza Kasih relaxxxxxx jer.. Macam takde apa apa.. Ehhhhh... Dia yang UPSR aku pulak yang panasssss... Bila ditanya kenapa relax sangat result nak keluar esok.. Dia selamba jer cakap.. Kasih dah buat habis baik dah.. Tunggu jer la esok. Mak aiiii dari cara jawab tu macam dah konfiden boleh dapat lima A .. Adoiii la anak.. Kalau zaman mama dulu semua kami yangambik exam akan nervous tahap dewa.. Nak tau kenapa sebab kami akan diugut oleh mak mak dan bapak bapak sekalian alam kalau tak lulus exam mak akan kahwinkan kami .. Hampir 99% dari semua yang diugut pasti akan kecut perut menunggu result UPSR.. Namun ada jugak yang 1% suka bila diugut begitu kekeke..
Walau apa apapun Mak Dara doakan agar semua para pelajar yang menduduki UPSR termasuklah anak Mak Dara Adza Kasih semoga tabah dan redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterima esok.. Selamat berjaya anak anak.. Dan selamat bertenang buat ibubapa sekalian ya...