BELLA MENCARI CINTA
Siapa Bella.. Kenapa dia harus mencari CINTA? Haaa semua itu akan terjawab di dalam drama yang bertajuk BELLA MENCARI CINTA ..
Drama BELLA MENCARI CINTA ni adalah hasil nukilan skrip oleh adik Mak Dara Adza Emie.. Yaa selain Mak Dara yang memilih kerjaya sebagai seorang penulis skrip .. Adik bongsuu mak juga telah terjebak dalam kerjaya yang memenatkan otak ini haha.. Dia telah mula berjinak dalam dunia penulisan lebih dari sepuluh tahun dan drama Bella mencari cinta ini mungkin dramanya yang ke berapa puluh entah..
Ok Moh le Mak Dara nak khaborkan sikittttt jer tentang drama ni..
JUDUL : BELLA MENCARI CINTA
TARIKH / MASA : Isnin, 21 November 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : M Nazir Juhan
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
TARIKH / MASA : Isnin, 21 November 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : M Nazir Juhan
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
SKRIP : ADZA EMIE ADENAN
PELAKON : Aeril Zafrel, Elvina Mohamad, Chacha Maembong, Nadzmi Adhwa, Fazlina Ahmad Daud, Ika Nabila
Sinopsis ringkas Bella Mencari CInta
Mengisah kan tentang seorang gadis bernama Bella, seumur hidupnya tidak pernah didekati oleh mana-mana lelaki. Hinggalah suatu petang, Bella terkena panahan kilat dan dia mendapati dirinya seperti 'guy magnet'. Bella disukai oleh semua lelaki yang dijumpainya.
Memaang lain dari yang lain drama hasil nukilan adik mak dara ni.. Jadi jangan lupa untuk menonton drama BELLA MENCARI CINTA dan jangan lupa hashtag #bellamencaricinta . SELAMAT MENONTON..!!!!