Wednesday, March 29, 2017

Int3Tree serbuk DARK COKLAT untuk KECERGASAN EQ,EMOSI dan MINDA

Assalam duhai teman.. Haaa hari ni mai Mak Dara nak habaq mai kat hangpa semua terutama pada para ibu ibu bapak bapak sekalian.. Anda ada masalah dengan pembelajaran anak anak.. pening pala bila tiap kali dapat buku report card .. banyakkkkk nawww tanda merah dari yang biru.. Fail sana fail sini.. Ada juga ibu bapa yang mempunyai anak anak yang semakin membesar dan beralih dari kanak kanak ke alam remaja.. Haaa time ni paling mencabar keimanan betul tak???

Haaaa alhamdullilah kini ada cara untuk menyelesaikan masalah itu.. Mak perkenalkan sebuah produk bernama Int3Tree


Bagaimana Int3Tree Dapat Membantu Perkembangan Kanak-Kanak?


Int3Tree membantu perkembangan minda dan fizikal pelajar dengan khasiatnya yang tinggi seperti di bawah.

Membantu Perkembangan Minda
Int3Tree mempunyai 10 bahan makanan tambahan lengkap yang dapat membantu perkembangan minda pelajar. Isu paling banyak di Malaysia adalah pelajar gagal fokus semasa belajar dan situasi ini akan menyebabkan pelajar banyak ketinggalan dalam subjek. Int3Tree membantu merangsang fokus pelajar menjadi lebih baik. Selain itu, ia juga menyuntik elemen pemikiran mood positif dalam diri pelajar agar minda mereka seimbang dengan perasaan.

Perkembangan Fizikal
Int3Tree bukan ubat tetapi kandungan Int3Tree membantu perkembangan fizikal pelajar terutamanya pelajar dan anak-anak yang sering sakit. Dengan Int3Tree, ianya membantu meningkatkan uminiti daya tahan penyakit kepada anak kesayangan anda. Badan sihat maka otak akan sihat. Ia dapat membantu perkembangan gigi, tulang dan sebagainya di badan untuk lebih sihat.

Mengurangkan Rasa Keletihan
Aspek fokus dan dapat menumpukan perhatian di kelas 100% bergantung dengan tenaga. Dengan aktiviti luar bilik darjah memberi pelajar rasa keletihan dan mengantuk maka dengan Int3Tree ia dapat membantu memberi tenaga secara semulajadi kepada pelajar. Jika anak anda selalu nampak lesu dan tidak bertenaga Int3Tree merupakan pilihan terbaik untuk mereka.

Menstabilkan Metabolisma Badan
Vitamin b complex dan mineral adalah penting dan ianya membantu menstabilkan metoblisma dalam badan pelajar. Ia penting untuk menyingkirkan logam dan bahan yang tidak berguna dalam badan dan seterusnya meningkatkan kesihatan dan kecerdasan mereka.





Dan kalau nak tau lebih lanjut tentang produk Int3Tree bolehlah menonton video di atas.. Atau anda nak dapatkan produk ini boleh la ke page Kak Nor Ashikin Nawardin di PAGE FBnya @ https://www.facebook.com/AshikinInt3Tree/ atau boleeh hubungi beliau whatsapp di 01116992011 .. Atau boleh hubungi partner in crimenya Kak Maizura Adnan di talian 0166020774... 

Mak Dara akan mula mencuba produk ini pada anak anak Mak Dara mulai hari ni.. Dan insyaallah mak akan berkongsi perkembangan mereka menggunakan produk Int3Tree nanti ya.. Jadi jangan tunggu lagi jom dapatkan Int3Tree sekarang!!!!!!


Monday, March 13, 2017

Kempen Kawalan Pembiakan Di Dom's Pet & Care Veterinary Klinik

Kempen Kawalan Pembiakan Di Dom's Pet & Care Veterinary Klinik 


Haiwan peliharaan.. Baik kucing , burung , kura kura atau apa sahaja kini lebih dianggap sebagai ahli keluarga pada sesetengah keluarga. Perhatian kepada binatang peliharaan kini lebih terjaga dan diutamakan. Kalau pet anda sakit terasa seperti ahli keluarga anda sakit.. Maka pastinya anda akan cepat cepat nak cari klinik untuk mendapatkan rawatan bagi pet anda bukan? Tapi klinik mana yang bagus? Haaa itu persoalannya kan...

Ada yg tengah ushar mengusar nak cari klinik haiwan yg bukak sampai MALAM dan dibuka pada HARI AHAD?? Atau tau ada member member yang tengah usha nak bawa haiwan diorng pegi klinik tapi tak tau nak bawak dekat mane area USJ Subang Jaya ?  Tapi, sebelum tu..baca dulu
-----------------------------


APA YG BEST SGT DKT DOM'S PET & CARE NI?


-----------------------------


Uolls tau tak mereka buka sehingga pkl 8.30pm dan HARI AHAD? Jadi uolls tak payah dah nak terkejar2 balik dr ofis sbb takut klinik haiwan tutup,so bolehlh rileks skit




Diorang ada buat service HOUSECALL maknanya if uolls ada byk sgt kucing dkt rumah lps tu ssh nak tangkap utk bwk jumpa vet atau ssh nk bwk carrier byk2 sorng2, tak pun utk owner anjing of anjing besar sgt tak dpt nk msk kereta then call je klinik booking. We olls bole dtg rumah uolls utk rawatan ke vaksin

Bukan takat tu ja.Mereka nie mcm ONE STOP CENTRE utk si comel anda sbb selain klinik ada jg servis petshop mcm grooming,boarding dgn pet taxi


Utk boarding plak,kesihatan si comel akan dipantau oleh vet mereka yg mmg frendly terlajak dgn si bulus nie semua

APA LAGI YG BEST??
Servis housecall dgn pet taxi kami cover seluruh Lembah Klang bukan setakat area Subang Jaya je

Bagi pemilik yg bwk binatang lebih dari 2 EKOR utk VAKSIN,layak dapat REBATE RM10 utk kucing ke 3 dan seterusnya *tertakluk pd terma & syarat
Jgnlh risau sbb diorang merawat semua jenis haiwan selain kucing. So apa tunggu lagi?? Artis pn dah hntr kucing diorng dkt sini, ??


Mark Adam pun hantar petnya di sini


Ery Putra pun hantar petnya di sini


PROMOSI PROMOSI...

Kadang-kadang mereka ni ada buat promosi harga kasih sayang mcm:
1. Promo vaksin
2. Promo neutered sempena Kempen Kesedaran Pemandulan kpd haiwan kesayangan
3. Promo Pakej Geng Bas Sekolah


So kena pastikan uolls aware dkt iklan-iklan promo yg akan mereka up di page FB mereka @ Dom's Pet & Care Veterinary Clinic utk grab harga promosi nie

Dan promo terbaru untuk bulan mac ini ialah 

PROMOSI KEMPEN KAWALAN PEMBIAKAN
(dengan harga kasih sayang)

Antara terma & syarat:


1. Memiliki rekod vaksin yg sah & telah divaksin sekurang-kurangnya SEKALI


2. Tubuh badan yg sihat & memiliki berat bdn tidak kurang dr 2kg



PART PALING PENTING!!

Sila booking slot pemandulan nie bg mendapatkn tarikh yg anda kehendaki..Slot pemandulan adalah terhad pd setiap hari

Promosi sampai 18/3
Sebarang pertanyaan atau nk booking slot boleh call

 03-80259016
📱 016-6114647



Since promosi sampai 18/3 je, kot la ada readers Mak Dara yang nak book slot tapi tak sempat, takpa, call or whatsapp no yg ada tu, letakkankeyword mak dara, Insya Allah masih bole booking date walaupunpun date promo dah habis... Haaaaa terbaekkkk kannnn...

Jadi silalah dtg ke:
9-1,Jln USJ 21/7,47640 Subang Jaya (bersebelahan MAIN PLACE)

Masa operasi:
10.30am - 8.30pm (Selasa - Jumaat)
10.30am - 5.30pm (Sabtu)
10.30am - 3.30pm (Ahad)
No. Tel:
03-8025 9016

Atau ke FB PAGE DIORANG at Dom's Pet & Care Veterinary Clinic boleh pm tepi.. Diorang memang aktif reply mereply mesej ni.. Meh Mak share peta kat korang yang takmo guna waze hehehe..


COME | HEAL | STAY

Psssttt... Jangan lupo sobut namo Mak Dara boleh dapat diskaun ker .. Itu kena tanya tuan ampunya klinik k.. 

Saturday, March 4, 2017

Adik Beradik BLOGGER

Adoiiiii adik beradik Mak Dara ni kan memang jelesss naw naw dengan Mak.. Tak leh nengok Mak Dara glemer skit (glamour ke hahahaha) sebagai blogger diorang pon nak jugak.. Jadi terpaksalah hakak membuka blog blog baru untuk mereka.. 

Blog pertama yang Mak Dara create tadi adalah untuk adik Mak Adza Tuty. Blognya bertajuk D ADZA FITNESS  yang lebih menjurus kearah senaman dan kesihatan


Adza Tuty merupakan seorang ELIT INSTRUCTOR untuk senaman PILOXING .. Haaa selalu korang dengar tentang senaman ZUMBA sajakan.. Senaman PILOXING ni baruu juga masuk ke Malaysia.. Ia adalah sebuah senaman gabungan senaman PILATES dan BOXING.. Haaa pada yang berminat untuk join kelas kelas yang diadakan oleh adik mak si Adza Tuty ni bolehlah ke blog beliau @ http://adzatutyfitness.blogspot.my/ dan di sana ada jadual untuk semua kelas kelas piloxingnya.

Mak Dara juga berbangga dengan pencapaian adik Mak dara ni kerana telah kerap kali dijemput untuk menunjukkan senaman PILOXINGnya di beberapa rancangan TV dan yang paling kerap di rancangan MALAYSIA HARI INI MHI di siaran TV3. Dan dia juga pernah berPILOXING bersama KJ uolss.. The tall , Dark and Hensome menteri sorang tuu.. adoii jelesss mak tauuu hehe

Adza Tuty @ MHI

Ok habislah kisah pasal Adza Tuty dan Blognya. Kita ke seorang lagi adik Mak Dara yang baru nak berjinak jinak dengan dunia blog iaitu si Adza Rina . Dan blognya yang bertajuk FREAK2CHOC . Jangan ditanyalah kenapa pelik benor nama blognya.. Al kisahnya si adik mak dara ni memang kakiiiiii dan gilaaa makan cokelat.. jadi freak2choc tu ala ala menggambarkan bertapa dia obses dengan cokelat.. 


Ok Adza Rina ni pun seorang pengamal ilmu hitam.. Ehhhh idok le lawak jer.. hahaha.. Ok adik mak sorang ni pun kaki senaman juga dan dia adalah seorang instruktor untuk senaman ZUMBA.. Dia telah mengajar ZUMBA lebih dari empat tahun lamanya.. Maka dalam blognya nanti akan dimasukkan segalla kisah dan pengalamannya mengendalikan kelas ZUMBA. Dan dia juga akan kongsikan jadual kelas kelasnya . Berlainan dengan Adza Tuty yang sering keluar untuk rancangan untuk siaran TV3. Adza Rina ni pula ada mengajar untuk kakitangan RTM pada setiap minggu. Haa berlawan la adik beradik seorang RTM sorang TV3 hahaha.. ok kalau anda antara anda memang suka berzumba maka bolehlah ke blog beliau @ FREAK2CHOC ye.. Dan bukan saja dia seorang instruktor zumba adik mak ni juga pandai meniaga.. Dan dia meniaga LIPBALM KOLOGEN.. Dan nama produk lipbalmnya ialah D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR


Tapi tadi Mak hanya sempat tolong dia buat satu entry je dan entry tersebut tentang lipbalm yang dijualnya.. Terdapat banyak punca punca yang boleh menyebabkan warna bibir anda nampak kusam, kurang menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR, masalah bibir pasti tidak berlaku lagi.

KEBAIKAN D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR

1. Apabila digunakan ia akan menjadi penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
2. Boleh menjadi pelembab dan melembapkan bibir yang kering dan merekah.
3. Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
4. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Jom dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR
Whatsapp : 01111384641
Ehhhhh sempat lagiiiii Mak tolong pomot produk adik mak kan.. Alaaa kasi cannn laaa.. Kalau bukan kakak yang tolong siapa lagi kannnn..

Jadi kalau ada antara korang yang dah letih melayan meroyan Mak Dara bolehlah ke blog adik adik mak ADZA TUTY @ blog D ADZA FITNESS  dan ADZ RINA @ blog FREAK2CHOC ya.. Tapiiii kalau boleh tu diharapkan takde la yang letih layan meroyan makkkkkk.. sedihhh tauuu nanti mak bertambah meroyan siapa yang susah??? Mak je laaa kannn hahaha..

Ok harap harap penyakit ni tak menular ke adik beradik yang lain.. jenuh jugak kalau kenaa bukak blog untuk 6 adik beradik.. mau biol dibuatnya nengok semua coding coding semua haha.. Ok lah take care uols.. mak lovessss you so muchh.. sambil lambai lambai ala ala miss world hahaha


Wednesday, March 1, 2017

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Terkejut tatkala mendapat mesej di whatsapp group sebentar saja tadi dengan berita pulangnya ke rahmatullah sebutir bintang seni negara iaitu Tan Sri Jin Shamsudin. 


Difahamkan bahawa allahyarham telah meninggal dunia di sebuah klinik yang terletak di Taman Melawati. Dan dari sumber Berita harian kematian allahyarham adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat tercekik apabila sedang makan dan minum petang dirumahnya..

Pada mulanya Mak Dara macam tak percaya mendapat berita ini tapi bila baca kenyataan media oleh persatuan seniman dan juga artikel di BH maka benarlah berita itu.. 


Subhanallah kita baru sahaja kehilangan allahyarhamah Erin Malik semalam dan hari ini kita kehilangan sebutir lagi bintang iaitu Tan Sri Jins Shamsudin. 

Mak masih teringat lagi suatu ketika dahulu apabila arwah suami Mak Dara pernah melawat Tan Sri dan sempat menemubualnya . Kata kata nasihat Tan Sri kepada para pelakon pada masa kini amat amat dalam maknanya.. 


Salam takziah Mak Dara ucapkan pada keluarga Tan Sri. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat aamin. 

AL FATIHAH


Wednesday, February 15, 2017

RABU TANPA KATA



Musim Demam Burung Merpati

Musim Demam Burung Merpati 

Bahaya!!! Sangat Bahaya!!! Hampir 50% peratus teman teman FB Mak Dara telah terkena Demam Burung Merpati ini!!!! Korang juga terkena dengan virus ini? Nak tahu bagaimanakah rupa Demam Burung Merpati ini?? Mari mak berkongsi dengan anda.. Rupanya adalah seperti dibawah..


FB COMMENT - DOVE

APEKAHHH?? APEKEHENYER? Burung merpati ni memenuhi hampir kebanyakan timeline di FB.. Hampir kebanyakkan teman teman memuat naik status dengan disertai oleh burung merpati ni.. DEMAM BURUNG MERPATI benor kome sekalian yer.. Takpe lah .. teruskan dengan dengan demam burung merpati ni asalkan korang happy.. Errr sebenornyer mak pon dah terjebak sama.. hampehhh betul.. Pantang nampak benda yang baru semua nak cuba hahahahaha


Monday, February 13, 2017

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Di Kutuk Keras

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Di Kutuk

Hari ni kecohhhhh naw naw tentang sebuah buku yang  berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin. Sampai VIRAL dibuatnya.. Tapi yang kesiannya hampir 99% semua mengutuk dan mengecam buku itu..

Ok sebagai penulis yang telah bergelumang dalam bidang penulisan skrip lebaih 20 tahun. Mak pun mula mula pun punyai reaksi yang sama dengan para netizen yang lain. Terfikir di kepala.. "Aku yang teruk teruk tulis skrip 20 tahun pun susah nak terbit buku.. mamat ni yang tak banyak pengalaman menulis boleh terbit buku dan hanya memasukkan quotes dan gambar selfie yang di muat naik olehnya di laman social dan diadaptasi menjadi sebuah buku. Like seriously?? Dah tu harga buku yang dijual tu pun boleh kata agak lumayan iaitu RM 58 .. Perghhhhh...

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin

Tapi itu riaksi pertama Mak Dara laaaa... Tapi lepas mak dok baca semua artikel yang keluar mak ada second thought about the book and about Fattah Amin him self..

antara post mengenai Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin

Melihat pada penglibatan awal Fattah Amin ke bidang lakonan. Banyak yang mengecam bahawa lakonannya "kayu" . Rasanya bukan setakat :kayu" sahaja malah banyak lagi kata kata yang negatif dilemparkan pada beliau.. Tapi apa yang Fattah buat.. Dia relax dan maintain cool dan memperbaiki bakat lakonannya sehingga dia berjaya menjadi antara pelakon yang menjadi permintaan kebanyakkan producer dan pihak TV stesen..

Begitu juga rasanya dalam kes ni.. Memang bagi mak apa yang dimuatkan dalam buku 99 Kata Kata Fattah Amin memang seperti sebuah buku dari seorang penulis amature .. Namun mak rasa kalau diberikan lebih masa dan jika Fattah benar benar berminat dalam bidang menulis dia akan lebih mendalami ilmu penulisan dan mungkin akan mengeluarkan buku yang lebih matang dan lebih memberi manfaat pada semua pembaca..

Tapi bila kita lihat dari sudut pandangan perniagaan.. Hey.. orang tengah "hangat" apa sahaja yang dilakukan pasti akan mendapat sokongan dari para peminat. Kenapa nak lepaskan peluang begitu saja.. Selagi ada permintaan selagi tu terus mencari peluang untuk menambahkan pendapatan.. At least dia mencari rezeki yang halal bukannya mencuri atau merompak .. Lagi pun kalau Allah swt dah tetapkan salah satu dari rezekinya adalah dari terbitnya buku ni.. Siapalah kita untuk menidakkannya.. Betul tak? 

Alahhhh kak kiah, Kak Bedah , Bang Long , Bang Ngah kat luaq sana ponnn.. Tipuuuu laaa kalau korang boleh jadi femessss seperti Fattah Amin dan korang tak nak grab apa sahaja peluang yang datang depan mata korang kannnn??? Baik ngakuuu.. Entah entah korang pun akan keluaqkan macam macam produk dari frozen food sampaila ke kosmetik bagai dengan menggunakan nama korang yang tengah meletop tuuu. Dan besar kemungkinan korang pun akan terbitkan buku macam ni , malahan mak tak terkejut kalau korang terus adaptasi buku ni jadi drama kemudian menjadi filem kalau dah ada orang yang sudi terbitkan betul takkkk hehe

Namun apa apapun .. Semua mempunyai pendapat masing masing.. Bagi mak pulak.. Tidak la SUKA ataupun TAK SUKA dengan terbitnya buku ini. Takde memberi kesan atau impak dalam kehidupan seharian Mak pun.. Dan tujuan Mak menulis entry ni pun bukan sebab nak kutuk atau backup si Fattah ni.. Mak hanya nak luahkan pendapat mak dara semata mata.. Dah kalau rezeki dia kat situ biaqla diaaa. Buat apa nak melatah atau sakit hati dengan rezeki orang.. Lagipun lagi dok kena kutk rasanya lagi dok murah rezeki dan bertambah kebabom si Fattah ni.. Almaklumlah doa orang yang teraniaya tiada hijabnya.. Apa pun kiita doakan saja kejayaannya. 

Korang yang keyboard warior di luar sana tuuu.. Haaa Mak Dara ada idea hebat untuk korang!!!! Apa kata korang compile kan semua quote quote korang terhadap semua artis atau individu yang korang tak suka atau nyampah dan cuba terbitkan sebuah buku.. Haaa mana tau buku quote ngutuk korang tu akan lebih hebat dari buku si Fattah ni.. Ada beran.. Hahahaha.. Adoiiiiii mak melawak jer.. Tolong jangan kecam Mak ok..

OK Mak pun tengah nak compile kan quotes Mak Dara di instagram.. Harap harap dapat dibukukan jugak nanti.. Jemput singgah ke IG mak ye hahahahahaha.. Adehhhhh



Sunday, February 12, 2017

Tarikh Harijadi Kekasih VS Ibubapa

Tarikh Harijadi Kekasih VS Ibubapa

Tarikh Harijadi kekasih? Hahhh kacang semua celah gigi saja. Jangan kata tarikh harijadi, tarikh pertama kali jumpa , tarikh pertama kali tengok wayang sama sama , tarikh minum kopi kat setarbak , tarikh pertama kali ucap I LOVE YOU , tarikh declare official jadi boyfriend girlfriend KOMPOMMMM semua hangpa hafal habih kan.. Ni mak dara nak habaq.. Baguihhhh .. Memang terbaekkkk laaa hangpa semua ingat semua tarikh tarikh penting si Dia tu.. Kalau tak ingat mampoih menjawab la hangpa dengan si dia tiga hari tiga malam.. Kang ada pulak yang mintak break kannnn... Tapi dalam dok ingat dan dok sambut annyversary semua tarikh tarikh penting bersama si dia tu hangpa ingat tak tarikh harijadi mak pak hangpa???? Haaaa mesti ada yang berenti sat dari baca entry mak ni sambil mata dok lippok lippok pikiaq nak cari surat beranak nak tengok tarikh hari lahir mak pak hampa kannnnnn...



Tarikh hari jadi Mak pak.. Yaaa mak pak yang menyebabkan anda lahir dan dan hidup di dunia ni.. Ingat ka???? Kalau ada yang ingat alhamdullilah!!! Kalau yang tak ingat.. mai mak nak beletiaq sattttt kat hangpa!  

Sedihhhh tauuu kalau anak anak dok kalut ingat tarikh dengan kekasih depa saja.. Tarikh penting mak pak boleh dok buat lupa.. Haaa la ni mungkin tak terasa laaa sebab tak dak anak lagi.. Tunggu bila dah beranak pinak nanti dan bila anak anak buat lagu tu kat kita.. Fuhhhh mesti sayu rasa hati.. Mau nak lari masuk gua macam cerita batu belah batu bertangkup tu kekdahnya..

Hargai kekasih tu tak salah.. Tapi rasanya lebih afdal la kalau kita menghargai ibu bapa kita melebihi yang lain.. Tanpa ibubapa siapalah kita.. betoi dak.. Pahalaaa woiii menggembirakan hati ibu bapa .

Jangan sampai mak pak hangpa ungkit tarikh tarikh penting depa dengan hanpa macam .. tarikh hangpa dok sakat tendang menendang dalam perut mak hangpa tu.. tarikh sakit 38 jam saat nak melahirkan hangpa.. ingat tarikh kena bayaq bil hospital , bil klinik , tarikh beli susu beli pampers , tarikh beli baju sekolah , tarikh bayaq yuran tusyen, tarikh bagi hangpa masuk universiti , tarikh hantaq hangpa sambung belajaq luaq negara.. dan macam macam jenih tarikh yg lain lagi.. Haaa jenuh wei kalau depa nak ungkit tarikh istimewa depa dengan hangpa.. Jadi at least ingatlah tarikh birthday mak pak kita lepas ni naaaaaa...

Adoiii tiba tiba teruih dahaga nak makan ABC siap ada eskrem kat ataih dia tu.. Dahaga rasa bila dok pot pet pot pet kat hangpa haha.. Ok mak pekena abc dulu.. Haa jangan dok sengih lagi cepat plan nak sambut bday mak pak tu lekaihhhh sebelum mak piattt telinga tuuuuu..


Friday, February 10, 2017

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Sedihhhh betul kekdahnya bila kasut yang baruuuuu saja dibeli telah dicuri oleh penyagak kasut . Kasut yang masih ada bau kedai yang tak sempat mak pakai kaw kaw dengan senang senang jer telah dicopek.. Memang gerammmmm Mak Dara dibuatnya..

Memang sejak dua menjak ni kejadian kecurian kasut semakin berleluasa di kawasan condo tempat mak tinggal ni.. ramai penghuni di sini merungut tentang kasut mereka yang telah dicuri..

Tapi macam biasalah.. Mak antara orang yang konfiden bahawa semua yang dibaca atau didengar merasa terlalu yakin bahawa perkara itu takkan terjadi pada diri ini.. Namun sangkaan ku SALAH!!! Akibat cuai akhirnya mak pun tergolong dengan mangsa yang lain.. Dah le lama mak nyimpan menabung dan ngidam nak beli kasut tu.. Mak ni jenis kalau beli kasut , selagi tak terkoyak tapak kasut atau berlubang , mak akan pakaiiiiii tanpa berhenti. Kadang kadang satu kasut boleh lebih dari dua tiga tahun.. Maknanya selagi boleh jalan dengan kasut tu selagi tu lah mak belasah pakai.. Tapi ni tak sempat belasah pakai ada mangkuk hayun yang belasah curi .. Ni yang buatkan my blood goes ups stairs niiii..

Tapi takpe setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Kasut je pun kan.. Alhamdullilah hari ni kasut dicuri telah pun berganti.. Bak kata pepatah Patah Tumbuh Hilang Berganti.. Gitulah kekdahnya dengan kasut mak tu pun..

cik pinky pink loafer.. lm luvvin it muahhhh

Walaupun warna dan style kasut baru mak ni berlainan dengan kasut mak yang telah dicuri tu tapi brand yang sama .. Mak memang suka dengan hush puppies sebab kasut yg dibuat dari kulit ni memang tahan lamaaaaaaaaaaaaaaa.. Maka memang berbaloi baloi kalau dibeli.

Mak akan lebih berhati hati kali ini dan takkan lagi simpan kasut di tempat kasut luar rumah.. pengajaran sungguh.. Tapi apa apa pun mungkin ada hikmah disebalik kehilangan tu.. Dapat pulak cik pinky yang comelll niiii terubat rasa sakit hati.

Pada penyangak kasut.. Takpe mak maafkan kome.. Tapi berentilah dari terus mencuri tu dik oiii.. Kalau ada lah hukum hudud kat mesia ni mau kene potong tangan kome wei.. bertaubat lah.. Ok mak nak jalan jalan dulu dengan cik pinky.. Jalan sampai hilang kerasnya tu hehe.. tatatititutu..







Thursday, February 9, 2017

Pencarian 5 Calon Hebat Untuk Projek "INSAN TERPILIH"

Pencarian 5 Calon Hebat Untuk Projek "INSAN TERPILIH"


Assalammualaikum..
Adakah anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang telah kematian isteri atau suami? Adakah anda atau mereka bergelar seorang BALU/DUDA akibat dari kematian pasangan hidup? Pertama sekali terimalah ucapan TAKZIAH dari saya untuk anda dan keluarga.. Saya juga merupakan seorang balu yang baru kehilangan arwah suami tiga tahun yang lalu. Jadi saya amat memahami apa yang anda/mereka alami. Sesungguhnya kita adalah "INSAN TERPILIH"

Adakah anda atau mereka mahu berkongsi tentang kisah kehidupan sebagai seorang Balu/Duda? tapi sebelum itu pasti anda tertanya tanya..

KENAPA ANDA HARUS SETAI PROJEK AWARENESS "INSAN TERPILIH" ini?


Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kita hadapi setelah kehilangan insan yang kita cintai.. Yang lebih menyedihkan bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu/duda.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu/duda akibat dari kematian pasangan bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . Terdapat juga balu yang masih tidak dapat move forward dalam kehidupan sehingga membuatkan mereka mengalami masalah depresi yang kronik. Keadaan ini bukan hanya akan menggugat balu/duda itu sahaja, malah ia akan turut dirasai oleh anak anak dan ahli keluarga terdekat mereka.. Jadi adakah kita hanya mahu berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan? Namun bantuan seperti apa yang boleh kita berikan sedangkan kita juga senasib dengan mereka?

Jadi dengan berkongsi kisah anda kepada teman teman yang senasib dengan kita diharapkan dapat memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk meneruskan hidup sebagai seorang BALU/DUDA. Kita harus sering memberi sokongan kepada satu sama lain.. Semoga dengan berkongsi kisah anda juga dapat menyelamatkan teman balu kita di luar sana untuk berjaya .

NOTA: ini adalah projek awareness "INSAN TERPILIH" ini adalah NON PROFITABLE AWARENESS maka tiada sebarang bayaran akan diterima atau diberikan kepada saya atau kepada anda yang decide untuk menyertai projek ini.. jadi tiada paksaan untuk anda menyertai/tidak menyertai awareness ni. Maka yang mahu menyertai projek ini atas dasar ikhlas untuk membantu teman teman balu kita yang lain.


Jika anda dah faham tujuan dan matlamat projek AWARENESS INSAN TERPILIH ini.. Maka boleh teruskan dengan step yang seterusnya..

KRITERIA 
1) Seorang Balu/Duda akibat kematian pasangan
2) Sudi berkongsi kisah anda kepada orang ramai

Jika anda mempunyai kriteria di atas dan dengan rela hati maka anda boleh ke step yang seterusnya iaitu dengan merakam video kurang dari 5 minit dan jawab soalan soalan dibawah
SOALAN SOALAN


1) Perkenalkan diri anda
2) Describe tentang arwah suami anda
3) Saat saat arwah suami anda meninggal dunia

4) Bagaimana kehidupan anda setelah bergelar BALU

5) Apa yang paling anda rindukan tentang suami anda
6) Apakah rintangan yang anda hadapi 
7) Bagaimana anda hadapai dugaan itu
8) Apakah rancangan masa depan anda
9) Apakah pesanan positif anda kepada teman teman balu di luar sana


Setelah selesai. Hantarkan video anda ke email saya mrs_martias@yahoo.com atau PM saya di FB saya @ FB ADZA IRDAWATI ADENAN



Akhir kata.. Terima kasih kerana sudi/tidak sudi untuk menyertai projek awareness ini. Semoga kita dapat membantu teman balu kita di luar sana.. Insyaa Allah.. Dengan izin Allah swt.
Salam sayang
Adza Irdawati Adenan



Tuesday, February 7, 2017

PROMOSI LIPBALM TERLAJAK MURAH

Bibir anda kusam? Kurang merah ? Kering ? Gelap? Pucat ? Hilang keyakinan kalau tak bermekap? Dah macam macam anda cuba untuk menjadikan bibir anda MUNGIL kembali namun tiada yang berkesan? Jangan menangis di bucu katil terlebih dahulu!!!! Mak Dara ada cara untuk selesaikannya.. Memperkenalkan lipbalm hebat lagi kebabom D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR


Yessss dengan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR insyaallah dapat mengembalikan kemungilan bibir anda.. Dan berita lebih baik untuk anda apabila sekarang sedang berlangsungnya PROMOSI KAW KAW untuk clearance stock. Ni bukan sebab pengasas produk ni dah meroyan macam Mak Dara tapi sebabkan dia nak habiskan semua stok yang ada dalam gudang dia tu sebelum dia keluarkan produk terbarunya.. Produk apa? Haaa nantikan entry yang seterusnya.. 

Pasti ada yang tertanya tanya D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR.. ADZA?? Adakah ini produk dkeluaran Mak Dara.. Oh no nooo.. Mak belum lagi berkesempatan nak buat produk kecantikkan sendiri almaklumlah diri pun kurang cantik huhuhu.. Tapi produk ini adalah dari keluaran adik Mak Dara iaitu Adza Rinawati Adenan.

Adza Irdawati (Mak Dara) & pengasas produk Adza Rina

Ok mak nak habaq mai.. Lipbalm D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR  ni bukan hanya untuk gugurl jer tapi juga untuk lelaki.. Jangan tak percaya kalau mak habaq lipbalm ni lebih banyak dibeli oleh pelanggan lelaki berbanding perempuan kerana kebanyakkan mereka adalah perokok tegar dan berbibir kering dan gelap. Selepas pakai jer lipbalm ni alhamdullilah dah kembali kemerahan namun natural sikit bibir mereka yang dulunya seperti dracula kekdahnya . Tak percaya meh mak kongsikan dengan anda beberapa testimoni dari pelanggan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ..

sesuai untuk lelaki dan wanita


 


Adza Edie mengenakan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR
pada hari pernikahannya

Jangan tak tahuuu.. Saatu satunya adik lelaki Mak Dara si Adza Edie juga mengenakan hanya D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR pada hari pernikahan dan persandingannya.. Terus nampak fresh dan berseri seri dibuatnya..

isteri dan anak JOE WINGS

Dan jangan tak tahu antara penggemar D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR adalah isteri dan anak kepada pemain gitar legen malaya JOE WINGS!! Dan kalau anda nak tahu lipbalm D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ni akan berubah mengikut PH DARAH secara individu.. Contohnya seperti pasangan anak beranak di atas . Si maknya bila pakai jadi peach dan bila anak pulak pakai jadi warna pinky pinky gitew.. Unik bukan??!!

Jadi berbalik kepada PROMOSI LIPBALM TERLAJAK MURAH yang mak mention di atas.. Untuk setiap pembelian dua batang lipbalm D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ke atas para pelanggan akan menikmati free postage dan free gift! Sebatang lipbalm ini berharga RM25 dan postage RM7 SM RM9 SS.



Macam mana nak dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR.. Sila jerit nama mak tiga kali kat luor tingkap tu.. Haaa kalau tak berjaya barulah anda whatsapp nombor yang tertera di bawah atau boleh melawat IG atau FB page D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ok hehehe

Whatsapp 01111384641 - Adza Rina

Jadi apa tunggu lagiiiiii.. Moh le dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR beramai ramai.. memang sangat berbaloi.. It will not call magic for nothing you know... Haa dont make mak skipping london hehe.. Selamat mencubaaaaa....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK