Dari pagi sampai sekarang baru sampai rumah.. Misi mencari pakaian sekolah untuk ketiga tiga puteri saya Adza Danina (tingkatan 5) Adza Kasih (tingkatan 2) dan Adza Isabella (darjah 5) hampir selesai.. fuhhhhhh pening kepalaaaaaa juga nak settlekan kelengkapan sekolah anak anak untuk tahun depan sorang diri ni .. tapi no problem I can do it.. slowly but surely la.. sebab tu la sekolah belum mula bercuti lagi tapiiiiiii... hakak dah mulakan persiapan sekolah utk tahun depan.. gigih betul hakak kannnn.... Itu belum kena siapkan kelengkapan untuk anak bujang saya di U tu... biasa la bila kena jadi ibu dan ayah sekaligus bukanlah semudah yang di sangka tapi saya pasti , saya dan semuaaaaa ibu tunggal yang lain pasti dapat hadapinya.. kerana SINGLE MOTHER IS AWESOME 😎
Thursday, November 23, 2017
Kisah Balu - Rindukan Pertolongan Pasangan
Kisah Balu - Rindukan Pertolongan Pasangan
Pagi ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai kisah balu dan "rindukan pertolongan pasangan". Apa kaitan antara kedua ini? Haa baca dulu baru anda akan faham antara dugaan yang harus dihadapi oleh kami. Ya baru baru ini saya mengalami beberapa masalah yang membingungkan. Antara masalah yang saya rasa pening untuk saya selesaikan sendiri ialah apabila paip bocor di sinki rumah, suiz wayar dirumah rosak, tombol pintu rosak dan saya anak beranak terperangkap lama dalam rumah, kereta rosak, dan bila tiba di bengkel dek kerana ceteknya pengetahuan saya mengenai kereta maka pomen nak cekik darah dan macam macam lagilah.. dan terbaru saya ada terbaca seorang teman saya yang juga baru kehilangan suaminya bertanyakan pada teman teman bagaimana cara untuk menjaga anak yang baru lepas bersunat.. Dan teringat juga teman saya , seorang lelaki yang kematian isteri dan terpaksa membesarkan anak anak yang kesemuanya gadis gadis. Teringat lagi dia pernah bercerita bertapa paniknya dia bila anak gadisnya pertama kali datang haid. Paniknya mengalahkan wanita nak bersalin. Ini kerana dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Habis sedara wanita dia call minta tolong dan pendapat. Kelakar juga dengar pengalaman dia bergegas ke 7Eleven nak beli pad haha.
Maka pada saat saat begini terdetik "jika arwah pasangan masih ada pasti diaorang dapat selesaikan semua masalah ini dengan mudah sekali". Time ni la kita palinggggggg rindukan pertolongan pasangan kita.. Tapi kami sedar bahawa itu tak mungkin berlaku.. Maka we reach for help..
Yaaa pada waktu waktu beginilah kami amat perlukan bantuan dan pendapat . Dalam sesetengah perkara, wanita perlukan pendapat lelaki dan yang lelaki perlukan bantuan dan pendapat wanita. Bukan tak boleh settlekan sendiri tapi kalau ada yang menolong atau sekadar memberi pendapat itupun sudah memadai dan dapat meringankan masaalah yang kami hadapi itu. Bukan mudah untuk memikul dua tanggungjawab sebagai ibu dan ayah atau tanggung jawab sebagai isteri atau suami sekaligus .. it’s not easy..
Jadi janganlah pula bila ada mengetahui atau membaca orang orang seperti kami meminta tolong atau meminta pendapat bahawa kami ni semua "manja" / "mengada" . Kalau sudi hulurkan bantuan atau pendapat. Kalau tak sudi hulurkan pendapat jauh sekali pertolongan takpe doakan sahaja agar Allah swt permudahkan urusan kami pun dah syukur alhamdullilah...

Wednesday, November 22, 2017
Saturday, November 18, 2017
Senarai Blogger Paling Awesome 2017
Selama bertahun tahun Mak Dara memasuki dunia BLOGGER ni dah bermacam macam jenis Blogger dah Mak Dara jumpa dan boleh dikatakan semuanya yang memang AWESOME. Belum lagilah berjumpa dengan blogger yang kerek Al hamdulillah. Tapi hari ni Mak Dara nak kongsikan dengan anda 15 orang BLOGGER yang sangat sangat AWESOME pada Mak Dara. Jom mak kenalkan Senarai Blogger Paling Awesome 2017...







![Miss Nadya [Personal Blog]](https://3.bp.blogspot.com/-x-wWt7uoqSE/WUjvG9BxgJI/AAAAAAAAIT4/sqdMKoSBRPQkKuRP4HfS4UDg5QWMrMl-gCK4BGAYYCw/s320/header.png)



Friday, November 17, 2017
Malam Jumaat Dan Solat Jumaat
Entry Kali ni Mak Dara tujukan pada kaum lelaki , bapak bapak sekalian.. amboiiiii kome.. pantang tibanya hari khamis mula lah penuhhhhh di timeline korang update status mengingatkan pada teman teman tentang “malam jumaat” ... haaaa baguslah saling ingat mengingati.. Sapa kata salah.. tak salah.. Tapi.......................
Janganlah asyik ingat dan asyik exited tentang “malam jumaat” saja... Solat Jumaat pun harus diingatkan juga tauuuuuuu.... Haaaa barulah balance dunia dan akhirat .. Betul tak? Jangan marahhhhhh arrrrr hehehee
Salam Jumaat Barokah buat semua teman teman sekalian.

Thursday, November 16, 2017
15 BLOGGER SPORTING 2017
Selama bertahun tahun Mak Dara memasuki dunia BLOGGER ni dah bermacam macam jenis Blogger dah Mak Dara jumpa dan boleh dikatakan semuanya yang memang AWESOME. Belum lagilah berjumpa dengan blogger yang kerek Al hamdulillah. Tapi hari ni Mak Dara nak kongsikan dengan anda 15 orang BLOGGER yang sangat sangat SPORTING pada Mak Dara. Jom mak kenalkan 15 blogger yang SPORTING habis ni...








