Saturday, December 9, 2017

12 RESIDENCE PENGINAPAN TERUNIK DI TENGAH BANDARAYA MELAKA

12 RESIDENCE 

Anda mahu bercuti ke Melaka? Bosan asyik tinggal di hotel? Anda mahu cari satu kelainan dan menginap di sebuah penginapan yang unik dan berbeza maka 12 RESIDENCE adalah jawapannya.. 

Rumah tamu yang mempunyai susun atur yang unik.. perabotnya memgingatkan kita kepada zaman kanak kanak dahulu

Jika anda minat membaca terdapat buku buku untuk dibaca

Basikal juga disediakan bagi mereka yang mahu bersiar siar sekeliling melaka

Ruang bacaan


Ruang makan yang sangat unik dan dari perabot kayu lama

12 RESIDENCE , adalah sebuah rumah tamu di Melaka yang menjemput anda untuk mengalami seni dalam cara yang tidak disengajakan dan tidak dijangka. Rumah ini dalam jarak 5 minit berjalan kaki ke Jonker Street & kira-kira 300 meter ke Hard Rock Cafe. Mudah diakses dan berjalan kaki ke kawasan pelancongan dan pusat membeli-belah (Dataran Pahlawan & Mahkota Parade). Nikmati hidup dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Di sebelah ruang tamu adalah tangga untuk ke tingkat dua dan ke bilik

Tangga untuk ke tingkat atas


Rumah yang cukup dan private dan amat sesuai untuk pasangan dan sekumpulan kecil kawan. Bilik selesa dan kemas. Selain bilik tidur utama, terdapat 2 lagi katil dan salah satu daripadanya adalah bilik yang terletak loteng di bawah langit. Anda boleh menikmati tinggal di tengah tengah di bandaraya Melaka .


Susun atur rumah berkonsepkan klasik.. dari kerusi ke meja makan ke katil semuanya membawa anda ke era zaman kanak kanak anda.. 12 RESIDENCE amat sesuai kepada pecinta photografi kerana terdapat pelbagai sudut untuk dijadikan lokasi penggambaran.. 

Harga untuk menginap di sini antara RM310 ke atas untuk sehari bergantung kepada tarikh tarikh yang anda pilih .. Jadi jika anda ingin mencari kelainan dalam percutian pilihlah 12 RESIDENCE memang berbaloi baloi.


SHARE | TAG | COMMENT teman anda yang mahu bercuti ke Melaka


3 comments:

  1. klasik dan sangat kemas tempat ini... tenang rasanya kalau stay kat sini..

    ReplyDelete
  2. menggamit memori betul lah... huhuhu...nak balik kampuong!!

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK