Monday, December 4, 2017

Orang Dah SAH Korang Yang Panas 

As salam duhai teman.. Hari ni Mak Dara terpanggil untuk kongsi dengan anda perkara yang membuatkan angin meroyan mak datang .. Kisah apa tu.. Ok macam ni.. Baru baru ni Mak ada terbaca pelbagai caci maki tak kurang juga sumpah seranah para netizen dengan isu “bukan perampas cuma ingin menumpang kasih” wowww I’m speechless .. sebagai wanita saya amat amat memahami apa yang membuatkan hampir 10000% mereka yang “angin” dengan apa yang berlaku.. saya pernah menjadi isteri dan bila dengar saja suami yang akan , telah or even baru pasang niat untuk berkahwin lagi boleh membuatkan saya dengan sepantas halilintar menyinsing lengan baju sambil mengasah pisau di dapur... Hehhhh gataiiiii nyaaaaa , perampas!! takde laki lain ke, eh Aku ni bini dia masih hidup , masih sihat, masih lawa, masih boleh melayan zahir batin, masih mampu nak berikan zuriat walaupun sedozen .. jadi apahal nak buka satu lagi cawangan... 


yea saya salah seorang dari mereka... bagi saya SUAMI ADALAH HAK MUTLAK SAYA!!!!!! HAK MUTLAK? hmmm.. tapi saya lupa.. suami bukan hak mutlak saya.. anak anak yang saya kandung 9 bln 10 hari dan yang saya tanggung sakit melahirkan selama berbelas jam dan membesarkan dari kaki sebesar dua jari hingga dah berkasut saiz 7 bukan hak saya.. ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan saya juga bukan hak mutlak saya, segala harta diusahakan , kekayaan , kerjaya BUKAN milik saya.. malah SAYA dan NYAWA SAYA.. BUKAN HAK MILIK MUTLAK SAYA .. Tetapi MILIK HAK MUTLAK ALLAH SWT.. but I have to learn it the hard way.. setelah kematian suami baru saya sedar semua itu, tapi dah terlambat.. kalau lah Allah masih panjangkan usia arwah suami saya.. jujur.. saya rela berkongsi.. sekurang kurangnya walaupun benci, rasa dikhianati , rasa macam nak cekik cekik dan nak potong lumat dia dan bini muda tu dan tanam kat belakang rumah sebelah pokok betik.. namun sekurang kurangnya saya masih dapat menatap wajah insan yang bergelar suami , walau saya akan berbalah dan akan ada adengan serang menyerang sekurang kurangnya saya masih dapat mendengar suara yang bergelar suami.. walaupun saya terpaksa bergilir gilir ikut turn dengan perempuan tak guna , pemecah rumah tangga tapi saya dapat juga bersama lelaki yang bergelar suami.. Sumpah!!!! Saya sanggup lakukan dan korbankan apa saja jika Allah swt berikan saya sesaat lebih untuk bersama arwah.. sekali saja lagi untuk mengajarnya mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. I would even give everything just to hear his voice again.. I would sacrifice the world just to feel his touch once again.. sesaat pun jadilah... tapi saya takkan dapat lagi kesemua itu.. saya telah kehilangan suami buat selama lamanya.. 

but that’s me.. that’s what I feel.. Ini hanya apa yang saya rasa jauh sekali mewakili mana mana wanita ... anda nak marah nak benci nak kutuk nak caci nak maki nak doa agar karma merosakkan perkahwinan mereka silakan.. u have the right to ur own opinion.. semoga anda puas dan berbahagia atas segala cacian dan makian dan maybe setelah meluahkan api kemarahan anda yang membuak buak itu will make u a better person, can make you happy, can make you feel good about yourself and your life.. by all mean... silakan.. apa pun saya doakan semoga Allah swt memberikan kebahagian kepada anda.. dan semoga perkara seperti ini tidak akan sekali kali berlaku pada anda, pada keluarga, teman ataupun kenalan anda.. semoga anda berbahagia bersama HAK HAK MUTLAK anda SELAMA LAMANYA insyaallah .. dengan izin Allah swt Assalammualaikum.. peace ✌šŸ»


1 comment:

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK