Sunday, January 1, 2017

Ucapan Selamat Tahun Baru Buat Sahabat

As salam duhai teman.. Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan dan ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua yang mengenali, yang mengenali dan juga yang mungkin juga tidak mahu mengenali diri Mak yang senget ini hehe.. Mak tak pandai nak bermadah.. Jadi mak kongsikan video ucapan selamat Tahun Baru Buat Sahabat oleh Irama Nada Cinta khas buat anda.. 



Tahun baru tiba lagi
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari , 

hari berganti bulan dan kini..

tahun juga bakal diganti lagi
Apa yang telah kau kecapi dan nikmati pada tahun yang lalu
Adakah kau belajar dari kesilapan
Atau kau semakin berani bersama pengalaman
Adakah duka menemanimu selama itu
Atau kau lena diulit kebahagian yang tiada berbucu
Apakah azammu telah tertunai
Atau punah bersama harapan
Selamat tinggal duka, sedih , pilu dan cita yang tidak kesampaian
Akan ku titipkan segala impian ku di tahun mendatang
Semoga menjadi kenyataan
Selamat tahun baru sahabat
Walau apa yang menanti kita nanti.. harus tabah menghadapi

Mak Doakan semoga tahun 2017 akan membawa lebiih sinar kebahagian untuk kita semua insyaallah...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK