Wednesday, January 4, 2017

Throwback WORDLESS WEDNESDAY




Viral Kisah Peniaga Paling Jujur

Viral Kisah Peniaga Paling Jujur Di Malaysia

Assalam duhai teman.. Sungguh Mak Dara tak sangka perkongsian Mak Dara tentang pengalaman Mak Dara bersama seorang peniaga yang paling jujur dan status Kisah Peniaga Paling Jujur menjadi Viral di FB. Di bawah adalah nukilan yang mak tuliskan di FB Mak..

Subhanallah.. masih wujud peniaga yang benar benar jujur sejujurnya seperti adik Safwan ni.. Tempoh hari saya telah call dia utk dtg dan repairkan dua buah hp saya.. Bukan saja harga repairnya sangat sangat sangat berpatutan tapi servisnya juga sangat cepat dan bagus.. siap dapat free gift tempered glass.. Repair depan mata so takde la kes kes macam hantar di kedai repair lain dan barang ori dicuri dan di ganti dengan barang tipu.. setelah selesai harga yg perlu dibayar ialah RM420 ( utk repair dua buah hp hokayyy murahhh kannn) bila nak dibayar RM450 adik ni takde duit balance jadi saya minta anak utk transfer Rm20 ke maybank2u beliau.. Tup tup pagi ni dpt msg dari adik safwan ni cakap anak saya dah tersalah bankin sepatutnya hanya RM20 tapi dibankinnya RM420 full amout.. Jadi dia nak pulangkan balik duit pada saya.. Subhanallah jujurnya kau dik.. Boleh jer kalau dia nak buat diam sebab saya pun tak perasan langsung.. Kau memang peniaga yang sangat jujur dan rare dik.. Akk doakan semoga Allah swt memberkati usaha dan perniagaan adik yg sangat jujur ini.. Aamin..


Tak sangka pula kisah ni mendapat beribu ribu like dibeberapa buah group FB seperti group Iphone User Malaysia dan yang terbaru telah menjadi Viral di page Aliff


Mak Dara tak sangka pulak perkongsian Mak tu bakal menjadi viral.. Rasa rasanya adik Safwan ni lagi lah tak sangka kan.. Apa apapun kisah baik kalau dikongsi tak salah rasanya mungkin dapat memberi semangat kepada semua peniaga di luar sana untuk menjadi seorang peniaga jujur seperti adik Safwan ni Insyaallah..

Buat adik Safwan.. Semoga perniagaan adik semakin berkembang maju dan semoga kejujuran adik dalam meniaga mendapat balasan terbaik dari AAllah swt insyaa Allah..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK