Friday, January 13, 2017

Isabella Adalah......

Isabella adalah.. kisah cinta dua duniaaaa.... Haaa dari lagu itulah maka nama anak bongsu mak dara diberikan menjadi Adza Isabella.. Ni gara gara semasa dalam perjalanan ke hospital untuk bersalin dan lagu ini berkumandang.. Maka dengan kuasa vetonya arwah suami mak kata ok abang dah buat keputusan.. Nama baby kita ni Adza Isabella.. Walau pun agak terkedu kerana sudah pun berbulan lamanya dok mencari nama nama baby dan dah berbuah buku telah mak telah mencari nama yang sesuai.. tup tup dengan mudahnya suami mak dapat idea untuk baby kami ni.. Dek kerana dok menahan kesakitan nak bersalin tak kuaso mak nak lawan cakap arwah suami mak tu .. maka mak iyakan jer maka lahirlah ADZA ISABELLA di klinik bersalin Kampung Subang Selangor..

Dua hari lalu 11hb Jan 2017 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 10 tahun. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..



Happy Birthday Adza Isabella!!!
 
Isabella bersama kakak , makcik dan sepupunya

Haaaa itulah antara gambor semasa majlis harijadi si Adza Isabella dua hari lepas.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti nak tema apa agaknya ek hehehehe
Buat Adza Isabella.. Selamat hari jadi buat anak busyuk mama Adza Isabella Martias​ yang ke 10!!!!! Moga menjadi anak yang solehah dan dibawah lindunganNya selalu.. Mama akan buat apa sahaja untuk cuba membuatkan Belle gembira macam dulu.. Mama janji insyaallah dengan izin Allah.. Happy Birthdayyyy busyukkk...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK