Monday, February 6, 2017

Bila Anak Hingusan Menjadi Anak Teruna

Rasanya seperti baru semalam mak dara melahirkan anak sulung mak dara .. menyusukannya.. membesarkannya.. masih lagi bayi dan masih berhingus.. Dan tup tup aje dari anak hingusaan itu anak kesayangan mak Adza Haiqal telah bertukar menjadi seorang anak teruna.. Apa ciri ciri yang membuatkan anak mak ni dah menjadi anak teruna.. Well pertama sekali opkoslah kalau dia berhingus dia dah boleh lap sendiri muahahaha.. tak lah.. 

Adza Haiqal dari anak hingusan

Aloloooooo rindunyaaaa saat saat dia masih lagi baby.. Pegi mana mana mesti nak pegang tangan kita.. Dah sejak dah teruna dan bujang ni kalau jalan nak pimpin tangan mak pun dah segan segan huk huk huk.. 

Dari anak hingusan ke anak Teruna.. Tak mengejutkan bila tup tup tiba tiba aje tak lama lagi anak mak dara ni akan berumahtanga dan lepas tu akan jadi ayah.. Ooohhhhh janganlah cepat sangat membesar wahai anakku.. terasa diriku sungguh kertu kini muahahaha

kini telah menjadi anak teruna.. 

Namun apa pun yang terjadi.. baby ke, bujang ke, teruna ke, laki oraang ke , ayah orang ke.. Kau tetap anak manja mama sampai bila bilaaaaaaaa.. Sayang hingga ke janah.. Insyaallah

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK