Thursday, February 9, 2017

Pencarian 5 Calon Hebat Untuk Projek "INSAN TERPILIH"

Pencarian 5 Calon Hebat Untuk Projek "INSAN TERPILIH"


Assalammualaikum..
Adakah anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang telah kematian isteri atau suami? Adakah anda atau mereka bergelar seorang BALU/DUDA akibat dari kematian pasangan hidup? Pertama sekali terimalah ucapan TAKZIAH dari saya untuk anda dan keluarga.. Saya juga merupakan seorang balu yang baru kehilangan arwah suami tiga tahun yang lalu. Jadi saya amat memahami apa yang anda/mereka alami. Sesungguhnya kita adalah "INSAN TERPILIH"

Adakah anda atau mereka mahu berkongsi tentang kisah kehidupan sebagai seorang Balu/Duda? tapi sebelum itu pasti anda tertanya tanya..

KENAPA ANDA HARUS SETAI PROJEK AWARENESS "INSAN TERPILIH" ini?


Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kita hadapi setelah kehilangan insan yang kita cintai.. Yang lebih menyedihkan bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu/duda.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu/duda akibat dari kematian pasangan bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . Terdapat juga balu yang masih tidak dapat move forward dalam kehidupan sehingga membuatkan mereka mengalami masalah depresi yang kronik. Keadaan ini bukan hanya akan menggugat balu/duda itu sahaja, malah ia akan turut dirasai oleh anak anak dan ahli keluarga terdekat mereka.. Jadi adakah kita hanya mahu berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan? Namun bantuan seperti apa yang boleh kita berikan sedangkan kita juga senasib dengan mereka?

Jadi dengan berkongsi kisah anda kepada teman teman yang senasib dengan kita diharapkan dapat memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk meneruskan hidup sebagai seorang BALU/DUDA. Kita harus sering memberi sokongan kepada satu sama lain.. Semoga dengan berkongsi kisah anda juga dapat menyelamatkan teman balu kita di luar sana untuk berjaya .

NOTA: ini adalah projek awareness "INSAN TERPILIH" ini adalah NON PROFITABLE AWARENESS maka tiada sebarang bayaran akan diterima atau diberikan kepada saya atau kepada anda yang decide untuk menyertai projek ini.. jadi tiada paksaan untuk anda menyertai/tidak menyertai awareness ni. Maka yang mahu menyertai projek ini atas dasar ikhlas untuk membantu teman teman balu kita yang lain.


Jika anda dah faham tujuan dan matlamat projek AWARENESS INSAN TERPILIH ini.. Maka boleh teruskan dengan step yang seterusnya..

KRITERIA 
1) Seorang Balu/Duda akibat kematian pasangan
2) Sudi berkongsi kisah anda kepada orang ramai

Jika anda mempunyai kriteria di atas dan dengan rela hati maka anda boleh ke step yang seterusnya iaitu dengan merakam video kurang dari 5 minit dan jawab soalan soalan dibawah
SOALAN SOALAN


1) Perkenalkan diri anda
2) Describe tentang arwah suami anda
3) Saat saat arwah suami anda meninggal dunia

4) Bagaimana kehidupan anda setelah bergelar BALU

5) Apa yang paling anda rindukan tentang suami anda
6) Apakah rintangan yang anda hadapi 
7) Bagaimana anda hadapai dugaan itu
8) Apakah rancangan masa depan anda
9) Apakah pesanan positif anda kepada teman teman balu di luar sana


Setelah selesai. Hantarkan video anda ke email saya mrs_martias@yahoo.com atau PM saya di FB saya @ FB ADZA IRDAWATI ADENAN



Akhir kata.. Terima kasih kerana sudi/tidak sudi untuk menyertai projek awareness ini. Semoga kita dapat membantu teman balu kita di luar sana.. Insyaa Allah.. Dengan izin Allah swt.
Salam sayang
Adza Irdawati Adenan



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK