Sunday, February 12, 2017

Tarikh Harijadi Kekasih VS Ibubapa

Tarikh Harijadi Kekasih VS Ibubapa

Tarikh Harijadi kekasih? Hahhh kacang semua celah gigi saja. Jangan kata tarikh harijadi, tarikh pertama kali jumpa , tarikh pertama kali tengok wayang sama sama , tarikh minum kopi kat setarbak , tarikh pertama kali ucap I LOVE YOU , tarikh declare official jadi boyfriend girlfriend KOMPOMMMM semua hangpa hafal habih kan.. Ni mak dara nak habaq.. Baguihhhh .. Memang terbaekkkk laaa hangpa semua ingat semua tarikh tarikh penting si Dia tu.. Kalau tak ingat mampoih menjawab la hangpa dengan si dia tiga hari tiga malam.. Kang ada pulak yang mintak break kannnn... Tapi dalam dok ingat dan dok sambut annyversary semua tarikh tarikh penting bersama si dia tu hangpa ingat tak tarikh harijadi mak pak hangpa???? Haaaa mesti ada yang berenti sat dari baca entry mak ni sambil mata dok lippok lippok pikiaq nak cari surat beranak nak tengok tarikh hari lahir mak pak hampa kannnnnn...



Tarikh hari jadi Mak pak.. Yaaa mak pak yang menyebabkan anda lahir dan dan hidup di dunia ni.. Ingat ka???? Kalau ada yang ingat alhamdullilah!!! Kalau yang tak ingat.. mai mak nak beletiaq sattttt kat hangpa!  

Sedihhhh tauuu kalau anak anak dok kalut ingat tarikh dengan kekasih depa saja.. Tarikh penting mak pak boleh dok buat lupa.. Haaa la ni mungkin tak terasa laaa sebab tak dak anak lagi.. Tunggu bila dah beranak pinak nanti dan bila anak anak buat lagu tu kat kita.. Fuhhhh mesti sayu rasa hati.. Mau nak lari masuk gua macam cerita batu belah batu bertangkup tu kekdahnya..

Hargai kekasih tu tak salah.. Tapi rasanya lebih afdal la kalau kita menghargai ibu bapa kita melebihi yang lain.. Tanpa ibubapa siapalah kita.. betoi dak.. Pahalaaa woiii menggembirakan hati ibu bapa .

Jangan sampai mak pak hangpa ungkit tarikh tarikh penting depa dengan hanpa macam .. tarikh hangpa dok sakat tendang menendang dalam perut mak hangpa tu.. tarikh sakit 38 jam saat nak melahirkan hangpa.. ingat tarikh kena bayaq bil hospital , bil klinik , tarikh beli susu beli pampers , tarikh beli baju sekolah , tarikh bayaq yuran tusyen, tarikh bagi hangpa masuk universiti , tarikh hantaq hangpa sambung belajaq luaq negara.. dan macam macam jenih tarikh yg lain lagi.. Haaa jenuh wei kalau depa nak ungkit tarikh istimewa depa dengan hangpa.. Jadi at least ingatlah tarikh birthday mak pak kita lepas ni naaaaaa...

Adoiii tiba tiba teruih dahaga nak makan ABC siap ada eskrem kat ataih dia tu.. Dahaga rasa bila dok pot pet pot pet kat hangpa haha.. Ok mak pekena abc dulu.. Haa jangan dok sengih lagi cepat plan nak sambut bday mak pak tu lekaihhhh sebelum mak piattt telinga tuuuuu..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK