Wednesday, March 1, 2017

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Terkejut tatkala mendapat mesej di whatsapp group sebentar saja tadi dengan berita pulangnya ke rahmatullah sebutir bintang seni negara iaitu Tan Sri Jin Shamsudin. 


Difahamkan bahawa allahyarham telah meninggal dunia di sebuah klinik yang terletak di Taman Melawati. Dan dari sumber Berita harian kematian allahyarham adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat tercekik apabila sedang makan dan minum petang dirumahnya..

Pada mulanya Mak Dara macam tak percaya mendapat berita ini tapi bila baca kenyataan media oleh persatuan seniman dan juga artikel di BH maka benarlah berita itu.. 


Subhanallah kita baru sahaja kehilangan allahyarhamah Erin Malik semalam dan hari ini kita kehilangan sebutir lagi bintang iaitu Tan Sri Jins Shamsudin. 

Mak masih teringat lagi suatu ketika dahulu apabila arwah suami Mak Dara pernah melawat Tan Sri dan sempat menemubualnya . Kata kata nasihat Tan Sri kepada para pelakon pada masa kini amat amat dalam maknanya.. 


Salam takziah Mak Dara ucapkan pada keluarga Tan Sri. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat aamin. 

AL FATIHAH


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK