Monday, May 29, 2017

Perjalanan Menuju Abadi

3 tahun yang lalu pada waktuu hening pagi 29hb Mei 2014, Martias asyik terjaga dari tidurnya mungkin juga kerana sakit selepas operate stensing buah pinggang yang dijalaninya sehari sebelumnya. Nafasnya juga semakin terganggu. Saya meminta nurse memanggilkan doctor namun katanya doctor tak ada maka nurse memberikan oxygen dan menyuruh martias bernafas perlahan lahan. Makin lama makin sesak nafasnya dan semakin saya mendesak nurse mencarikan doctor untuk melihat keadaan suami saya ini. 

Saya masih ingat lagi walauppuun semakin sukar untuk bernafas namun martias menarik oxygen dari mulutnya sambil bibirnya terkumat kamit mengucap. Saya Tarik dan letakkan kembali oxygen ke wajahnya namuun tiap kali saya berbuat begitu tiap kali itu juga pasti dia akan menarik oxygen dari wajahnya dan terus mengucap.. saya kata padanya bang.. pakai oxygen ni.. abang ngucaplah dalam hati pun takpa Allah dengar bang.. Namun dia tetap berdegil dan tetap menarik oxygen dan kelihatan mulutnya terkumat kamiit dalam kesukaran untuk menyebut syahadah.. luluh hati melihat keadaannya saat itu.. begitu cintanya dia pada sang pencipta lebih dari nafasnya. Aku berdoa pada Allah supaya tariklah penyakit suamiku ini tak sanggp melihat dia tersiksa..

Beberapa ketika pernafasannya semakin merosot.. Tiba tiba keluar dari mulutnya "hantar icu" terkejut saya dibuatnya dan terus menjerit memanggil nurse dan tatkala itu juga kedengaran azan subuh berkumandang. Saya kembali ke katil dan memegang tangannya. Kali ini nafasnya semakin sesak dan sukar dan seraya hampir kehujung azan subuh itu seraya itu juga mata martias melihat tepat ke atas dan terus tidak sedarkan diri lagi.. Pada waktu itu rasanya hampi saatu wad itu dapat mendemgar suara saya memanggil suami saya dan pada saat itu barulah doctor datang ..

Kaki saya jadi lemah dan ditarik ketepi oleh nurse. Doktor dan nurse mula kalut cuba menyedarkan kembali martias, mereka sempat memberi cpr dan martias kembali bernafas . Segala kelengkapan pernafasan kini diberikan kepadanya.

Saya berkeras memujuk doctor untuk memasukkan suami saya ke ICU namun kata mereka harus mengikut procedur dan saya harus menunggu. Kini badan martias dipenuhi wayar wayar dan alat membantu pernafasan. Beberapa jam selepas itu barulah mereka membawa suami saya masuk ke ICU

Di ICU barulah doctor menerima laporan ujian yg mereka jalankan dan memaklumkan pada saya bahawa suami saya mengidap Lymphoma tahap 4. Hasil laporan yang martias tunggu hampIr berminggu akhirnya baru dikeluarkan pada saat dia koma.

Pada saat ini doctor memanggil saya ke dalam billik menunggu ICU dan memberitahu keadaan suami saya.. Bagaikan dipanah petir apabilla doctor menyatakan suami saya mungkin tidak dapat survive lebih dari 48 jam... kepala saya terus ingatkan 4 orang anak anak kami dirumah.. Mereka harus jumpa papa mereka..

Kini sanak saudara dan para sahabat semakin memenuhi ruang menunggu. Ramai juga para pelakon yang pernah bekerjasama bersama martias turut hadir . Tak putus putus bacaan yasin dibacakan. Saya merapati ibu mertua saya dan saya mohon agar mak halalkan semua makan minum dan ampunkan dosa dosa martias dan dengan air mata mak mengangguk. Selama saya menjadi isteri kepada Martias dia tak pernah lupakan tangungjawabnya terhadap mak dan arwah abah. Dia memang anak yang baik terhadap mereka.. teringat lagi kata katanya beberapa minggu sebelum itu.. Tahun ni kalau filem abang meletop kita beli rumah di rawang tu dan kita renovate dan jaga mak. ya dia memang sayangkan mak...

Saya dipanggil lagi beberapa kali ke bilik oleh doctor dan setiap kali saya dipanggil setiap kalli itu juga saya disampaikan berita buruk.. Mulanya doctor memaklumkan bahawa organ martias satu persatu tidak berfungsi .. Daan setiap kali berita disampaikan kepala saya hanya terkenangkan anak anak. Teringat lagi saat ini saya bersama adik ipar saya am sama sama berada menerima berita itu. Kaki dan seluruh badan saya tanpa disedari bergetar tanpa dapat dikawal. Saya mohon pada doctor untuk benarkan anak ketiga dan bongsu saya untuk masuk melawat papa mereka. Walaupun undang undang tak benarkan anak bawah 12 tahun untuk masuk namun doctor benarkan. Kini saya bersama semua anak anak berada di sisi buat kali terakhir . Melihat satu persatu anak anak yang membacakan yasin buat papa mereka buatkan hati saya hancur.. Kita memang insaan terpilih nak..

Akhirnya anak anak dipannggill keluar. Kini doctor sampaikan berita bahawa otak martias tidak lagi berfungsi dan dia kini 100 peratus bergantung pada mesin hayat. Kini saya berada dalam mimpi.. Seperti saya selalu menulis di skrip babak ini benar benar telah berlaku pada saya.. Saya kucup dahinya da pegang tangannya yang semakin membekku.. Saya bacakan syahadah padanya sambil seoranng anak saudara saya sedang membacakan yasin di hujung kakinya dan pada saat itu juga kelihatan denyutan nadi semakin merosot doctor meminta saya ketepi buat kedua kali.. Dan kali itu saya tahu bahawa saya telah kehilangan suami saya.. ayah kepada anak anak saya... imam saya...
Martias Mohd Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10:41 malam 29hb Mei 2014





5.10.1968 - 29.5.2014
AL FATIHAH

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK