Wednesday, July 12, 2017

KISAH SEORANG BALU

KISAH SEORANG BALU

Salam duhai teman.. Dah lama kita tak bersiaran. Dah hampir bersarang blog mak dara ni kan hehehe..... Tapi jangan gusar.. Mak Dara masih di sini bersama kalian.. belum masa ntuk mengundur diri dari dunia blog ini.. Insyaallah.. Selagi bernafas.. tulis.. tulis.. dan terus menulis..

Hari ini Mak dra mahu berkongsi dengan anda kisah tentang BALU.. Yup satu perkataan namun beribu makna bagi yang memegang gelaran ini..

Anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang bergelar seorang BALU.. ?" Dan mengalami depresi? Hari ini Mak Dara terpanggil unuk berkongsi KISAH SEORANG BALU.. Kisah kehidupan Mak Dara sendiri yang telah hampir tiga tahun menjadi seorang balu.. 

Tapi bila nak menulis ni agak rumit dan takut tak sampai apa yang nak mak dara nak sampaikan kepada korang.. Jadi.... Mak dengan gigihnya telah merakamkan sebuah video pendek khas untuk anda .. Luangkan sedikit masa untuk menontonnya ya.. Alaaa tak lama patblas jam tujuh belas minit jer.. ehhhh tak laaaa hanya beberappa minit sahaja durasi video ni..


Hmmmm begitulah kisah seorang yang bergelar Balu.. Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kami hadapi.. Yang lebih menyedihkan jika bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . 

Mak Dara redha kerana menjadi salah seorang "hamba pilihaNya" ini bermakna Allah swt amat amat sayangkan Mak dan telah menganugerahi ujian ini untuk mak dan anak anak lalui.. Mak percaya bahaya Allah swt tidak pernah kejam pada umatnya.. Pasti ada pelangi yang menanti mak dan anak anak dipenghujung ujian ini Insyaallah..

Jadi kepada semua teman teman Mak Dara yang bergelar balu atau kepada anda yang mempunyai ahli keluarga atau teman yang bergelar balu.. Berilah sokongan dan support yang tiada henti kepada mereka.. Mereka amat amat memerlukan "bahu untuk menangis" pada ketika ini.. Semoga dengan bantuan dan sokongan anda mereka dapat BANGUN dan meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna dan bahagia insyaallah..

Mohon anda share video ini beramai ramai atau share kepada teman atau kenalan anda yang bergelar balu dan yang senasib seperti mak ya.. terima kasih semuaaaa.. Sayang korang ketat ketat muahhh....

Mak Dara berharap dengan perkongsian mak dara mengenai isu BALU ini dapat membuka mata anda mengenai segala keperitan dan kesukaran yang terpaksa kami alami. Bukan niat untuk meminta simpati jauh sekali untuk mencari perhatian.. Sekadar berkongsi apa yang telah lama terpendam.. Jika anda mengenali seseorang yang bergelar balu.. tiada apa yang lebih baik untuk anda lakukan selain dari support dan sokongan . Itu lebih bermakna dari segala galanya. 



Mohon Dipulihkan Dalam Sujud Terakhir

Assalam duhai teman..Tiba tiba terbuka dan terbaca kembali majalah majalah yang tersusun cantik di atas meja . Dan tersenyum sendiri dek terlihat tentang artikel mak dara yang keluar di majalah MINGGUAN WANITA. Alhamdullilah ada juga wartawan yang sudi untuk interbiu mak untuk di masukkan ke dalam majalah mereka.. Ingatkan kisah ibu tunggal macam mak ni takde yang istimewa untuk dikongsi bersama pembaca tapi siapa sangka Majalah Wanita sudi untuk memasukkan sedikit cebisaan kisah Mak yang bergelar balu dan ibu tunggal ini dalam satu artikel di majalah hebat seperti MINGGUAN WANITA.. Rasa sungguh terharu dan honored.. Terima kasih kepada wartwan Akmar yang telah menghubungi Mak Dara dan menyampaikan hasratnya untuk menemubual Mak di rumah.. Ok mari Mak Dara kongsikan kembali gambor mak di majalah mereka dan sesi disebalik tabir di rumah Mak Dara ye..Kira kiranya macam throwback gitu hehe..




Haa inilah ghopenye Mak Dara di dalam Majalah Mingguan Wanita untuk issue bulan Mei 2016. Antara yang dihighlightkan dalam artikel ni mengenai kerjaya dan penglibatan Mak Dara sebagai penulis skrip drama selama dua puluh tahun, tentang cabaran dan dugaan setelah kehilangan arwah suami Mak Dara Martias Ali kerana sakit Lymphoma (kanser darah stage 4) pada 29hb mei 2014 yang lalu, tentang bagaimana mak dara lalui hari hari sebagai balu dan ibu tunggal dan kisah tentang Mak Dara membesarkan anak anak seorang diri.. 

Hmmm sebenornye memang artikel ini menyentuh perasaan Mak Dara . Kerana selama ini mak sering sahaja mendengar tentang kisah ibu tunggal dan anak anak yatim dan tidak pernah terlintas dikepala Mak bahawa mak juga akan menerima nasib yang sama pada usia mak 37 tahun dua tahun lalu.. Kini menceritakan kisah mak sebagai ibu tunggal amat amat susah untuk diluahkan semasa sesi temuramah bersama wartawan akmar namun mak cuba gagahi walaupun ada beberapa ketika berderai juga air mata di pipi tatkala menceritakan saat saat terakhir arwah suami mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Dan saat saat Allah swt memberikan mak dara "petunjukNya" di sujud mak yang terakhir.. Hmmm panjang kisahnya kalau nak ceritakan di sini.. Tapi kalau ada yang sudi nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan MAJALAH MINGGUAN WANITA keluaran isu mei ye.. Cover depannya ialah Rozita Che Wan dan anaknya yang chomeyyy loteeyyy si ecah tu..

cover untuk isu mei 2016

Ok mari mak kongsikan beberapa keping gambor disebalik tabir semasa sesi interview bersama wartawan Akmar dan jurufotonya dii rumah Mak Dara ya..

sesi interview Mak Dara bersama wartawan Akmar 

Mak tengah dok pikir apa nak jawab hehe

time ni jenuh tahan nafas kasi nampak slim hehe

sesi bergambor di bilik dan juga dimana juga adalah home office mak

tudung tudung dari jenama mak dara iaitu ADORABELLE
yang akan mak dara keluarkan pada bulan puasa nanti


Jutaan terima kasih kepada wartawan Akmar , jurufoto kerana sudi menemubual Mak Dara dan terima kasih tak terhingga kepada MAJALAH MINGGUAN WANITA kerana mengongsikan perjalanan dan kisah hidup Mak Dara ini.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi nanti in syaa allah.. 


Kenapa Wanita Takut Bila Tiba Umur 40 Tahun


Kenapa Wanita Takut Bila Tiba Umur 40 Tahun


Hidup bermula pada umur 40 tahun .. Atau bak kata omputeh Life begins at forty. Selalunya kalau kaum lelaki biarlah umur 40 ke 50 ke 60 ke.. Diorang cool jer kan.. Itu yang dapat mak lihat le.. nak kena tanya kaum lelaki le betul ke idok atau luaran cool tapi dalaman pun risau jugak.. Namun bagi kaum wanita bila nak masuk umur 40 tahun ni.. memang lain macam rasanya.. Macam macam berlegar di kepala bila nak mencecah umur 40 tahun.. KENAPA? Hmmmm mak pun tak tahu nak menjawabnya.. Ini kerana sejak kebelakangan ni mak pun dah mulai merasa penyakit ni.. Yup mak bakal menamatkan zaman bujang ehhhh hehehe tak takkkk.. maksud mak , mak bakal menamatkan zaman berumur 30an dalam masa dua minggu lagi. Ini kerana mak bakal berusia 40 tahun pada 24hb Januari depan.. Uwaaaaaa mak dah tuoooooooooooooo....

Ok mari mak kongsikan apakah antara perkara perkara yang membuatkan para wanita takut bila tiba umur 40 tahun.

1) MENOPAUSE
Menopause atau premenopause boleh bermula apabila seorang wanita menjangkau umur 40 tahun. Yaa ini merupakan perkara paling utama yang amat ditakuti oleh kaum wanita bila masuk umur 40 tahun.  Antara perkara yang terjadi akibat menapause ialah pada segi emosional . Wanita yang mengalami gejala ini amat mudah tersinggung, susah tidur dan gelisah. Ini disebabkan oleh berkurangnya kadar estrogen. Gejala berpeluh pada malam hari menyebabkan gangguan tidur sehingga membuatkan wanita menjadi mudah tersinggung. Jadi berhati hatilah apabila anda bersama dengan wanita berusia 40 tahun dan ke atas .. Sebab mereka ini mudah ter"SENTAP" hehe

2) TAHAP METABOLISME RENDAH
Kebanyakan wanita mengalami kenaikan berat badan sekitar 7 kilogram antara usia 40-55 tahun. Ini kerana tahap metabolisme menjadi semakin rendah. Jadi kena rajin bersenam dan makan makanan seimbang. Bukan senang nak bakar lelemak dalam badan tu bila dah masuk umur 40 tahun ni kak oiii.. 

3) TAHAP STRESS MAKIN MENINGKAT
Di usia 40 tahun ini tahap stres mulai naik, tidak mengira jika wanita itu berstatus bujang sudah berkahwin sudah mempunyai anak atau apa jua.. Pada tahap ini anda cepat merasa stress walaupun masalah yang dihadapi sebenarnya kecil. Tapi cubalah atasinya dengan tidur yang cukup , senaman dan mengambil makanan yang seimbang.. Insyaallah akan dapat mengurangi tahap stress anda..

Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun bererti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga secara umum, tidak akan berubah kelakuan seseseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun.saat sudah menginjak usia 40 tahun . 

Jadi pada mereka yang bakal atau sudahpun berusia 40 tahun dan ke atas Mak Dara doakan semoga anda tabah menjalani hidup dalam usia ini. Hendaklah kita semua meningkatkan rasa syukurnya kepada Allah juga kepada orang tua kita. Selalulah kita memohon kepada-Nya, agar diberi hidayah, taufik, dibantu, dan dikuatkan agar dapat mengharungi sisa sisa kehidupan kita pada masa hadapan.. Insyaallah Aamin 

Sebelum Mak Dara mengundurkan diri Mak nak kongsikan video live FB dari mak . Sebuah video mengenai diri mak yang sedang diambang 40 tahun .. Enjoy...




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK