Wednesday, November 15, 2017

Hot Wordless Wednesday 


Rabu Tanpa Kata 


Selamat Hari Jadi Kasih Ku 

Ucapan selamat hari jadi buat Kasih Ku.. yang Amat Ku sayang.. Ku cintai .. Tidak seharipun dapat Ku bayang kan hidup tanpa mu wahai Kasih Ku... Oh Kasih.... ❤️❤️❤️

Haaaaaaa kompom terbuntang bijik mata baca entry Mak Yang jiwang semacam ni kannnn kannn kannn... ohhh relax .. Kasih Yang Mak Dara maksud kan tu bukan lah “KEKASIH” ka boyfriend baru Mak ka, bakal calon ehem ehem Mak ka.. tapi ucapan ni Khas Mak tunjukan pada Anak Mak iaitu Adza Kasih hehe... Semalam 14 hb November maka genaplah umur Anak Dara Mak tu 13 tahun.. Dah besaq panjang pon alhamdullilah.. Tapi di sebab kan Mak tak berapa sihat maka Mak takde buat Birthday party ka atau jemput sesiapapun untuk raikan Birthday Anak Mak Tu.. Even Anak sulung Mak pun tak dapat balik dan raikan adik dia sebab dia sibuk di kolej .. Maka semalam Yang ada cuma Mak dan tiga orang Anak Mak iaitu Adza Danina , Adza Isabella dan Kasih je.. Takpe walaupun takde party meletop atau tetamu namun Mak cuba buat terbaik Yang mungkin untuk Kasih.. Dan alhamdullilah Kasih suka dengan cara sederhana kami rambut semalam. Meh Mak kongsikan dengan korang gambor gambor sekitar sambutan sederhana kami semalam ya 

Alhamdullilah walaupun hanya kami berempat tapi meriahnya macam satu bas gi nengok bola kat stadium kekdahnya hahaha.. Tidak habis di situ.. selesai je potong kek Mak bawa diorang nengok wayang.. 


Cerita apa Yang kami tengok? THOR RAGNORAK!!! Memanggggg besttttt ceritanya.. Yang penting birthday girl suka alhamdullilah..

Buat Anak mama Kasih semoga membesar menjadi Anak Yang solehah , semoga dipanjangkan umur dan Murah rezeki aamin insyaallah.. mama ❤️❤️❤️❤️❤️ you so much ...


 Aps Untuk Update Blog Dari IPhone

Assalam Duhai teman.. dah lama dah Mak Dara bercadang nak cari aps supaya senang Mak update blog kecintaan Mak Dara ni dari IPhone je.. tapi asyik dok bercadang tak buat buat juga haha..


 Maka hari ni dengan gigih Mak Dara bertanya pada teman FB ttg aps yang mana ok untuk Mak gunakan



Alhamdullilah dengan sepantas halilintar teman teman Mak termasuk Tuan Haji Amir aka Denaihati , Pendekar Berkuda dan Atiqah Bukhori come to the rescue dan akhirnya Mak pejam kan mata dan beli lah aps Ini 


Ok kiranya ini adalah post pertama Mak guna dengan aps BLOG MANAGER ni..  meh nak try post semoga berjayalah hendaknya.. macam mana nak tau berjaya ke idok.. kalau korang dapat baca post ni maka berjaya la tuuuu hehe.. 

Bismillah.... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK