Thursday, November 16, 2017

15 BLOGGER SPORTING 2017

Assalam duhai teman. Blogger ada bermacam macam .. Ada bloggger otai , ada blogger baru , ada blogger pemalu , ada blogger terlalu baik hati , ada blogger outspoken , ada blogger "kerek" dan ada juga blogger yang sporting. 


Selama bertahun tahun Mak Dara memasuki dunia BLOGGER ni dah bermacam macam jenis Blogger dah Mak Dara jumpa dan boleh dikatakan semuanya yang memang AWESOME. Belum lagilah berjumpa dengan blogger yang kerek Al hamdulillah. Tapi hari ni Mak Dara nak kongsikan dengan anda 15 orang BLOGGER yang sangat sangat SPORTING pada Mak Dara. 
Jom mak kenalkan 15 blogger yang SPORTING habis ni...


Namia Blog

Blog Abang Ensem

Sharing My Ceritera



aizamia3










Blog Sihatimerahjambu

Makna Kecantikan bersama...

Mia - Memories of Mine

♥♥ MAMA MASZULL ♥♥


Itulah senarai 15 BLOGGER SPORTING 2017. Senarai ni adalah dari Mak Dara ye jangan le pulak korang gi search atau google mana mana senarai penerima award untuk kategori ni pulak hehehe. Ok kenapa Mak Dara masukkan dalam list BLOGGER SPORTING . Ini kerana rata rata ramai dah tahu Mak Dara agak menyepikan diri dari dunia blog sejak kematian suami. Hampir 3 tahun lebih lamanya. Dan sejak begitu lama Mak Dara menyepi semalam sengaja je Mak test power hahaha dan sengaja mengadakan macam satu segmen yang simple iaitu meminta para teman Blogger meninggalkan link blog masing masing dan mak akan promotekan blog diorang dalam satu entry yang istimewa hari ni. Mak terfikir dalam hati kompom takde yang nak join segmen blogger sendu macam mak dara ni. Dan tup tup by tengah malam hampir 40 orang Blogger yang sertai segmen ni. Macam nak nangis dibuatnya. Sporting gilaaa kannn.. Makanya memang kesemua mereka layak Mak masukkan dalam list yang mak reka sendiri ni.. Pasti ada yang tertanya yang join segmen mak hampir 40 orang dah kenapa promote 15 blogger je.. jangan risau nanti mak buat satu lagi entry istimewa untuk 40 blogger selebihya...Tungguuuu...Dah alang alang korang dah baca list kat atas tu apa kata korang blogwalking lah sikit.. Boleh tgk blog mereka yang best best tuuuu.. 


Kenali Sifat Orang Yang Gemar Block 

SIFAT ORANG YANG GEMAR BLOCK 


Pernah tak anda di block . Kadang kadang memang anda ada buat salah dan memang patut lah anda di BLOCK . Tapi bila kes ribut takde angin takde tiba tiba anda di BLOCk haaaaa mesti ada sesuatu yang tak kena pada orang yang BLOCK anda itu. Mari kita kenali sifat orang KAKI BLOCK memblock ni ayuhhh

1. Malas untuk berkonfrantasi
Orang macam ni sifatnya malas nak bertemu mata ke mata untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jadi jalan mudah dia block saja orang orang yang tertentu jadi dia tak perlu gaduh gaduh tentang masalah yang timbul.

2. Tidak mahu bertanggungjawab
Sifat orang yang sebegini memang ternyata seorang yang tak tidak baik kerana dia tidak mahu mengambil tanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Dari berusaha untuk menegakkan kebenaran ataupun memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan dia mengambil jalan mudah dan terus BLOCK tanpa memberi sebarang alasan. 

3. Penakut
Sifat orang seperti ini akan menyukarkan banyak pihak. Dia mungkin menjadi key person atau orang penting dalam sesuatu permasalahan. Namun kerana sifatnya yang penakut membuatkan dia mengambil keputusan untuk BLOCK orang yang sedang memerlukan bantuan daripadanya. Ini kerana dia mungkin merasa takut untuk menyakiti mana mana pihak .

4. Batu api
Sifat orang macam ni memang paling bahaya. Mereka akan laga lagakan kedua dua belah pihak. Dan bila pergaduhan menjadi semakin kronik dan besar, mereka akan angkat kaki dan BLOCK kedua dua pihak. Kemungkinan besar motif orang bersifat begini adalah kerana dia iri hati melihat kedua pihak itu berbaik atau bergabung. 

5. Penipu 
Ini sifat yang paling common dalam dunia BLOCK MEMBLOCK ni.. Modus operandi selalunya dalam perniagaan atau perhubungan . Bila dia telah berjaya menipu mangsa jalan untuknya melarikan diri ialah dengan BLOCK. Bukan setakat di WhatsApp, FB saja habis semua media sosialnya dia akan block anda.. Ini untuk menyukarkan anda untuk menjejaknya. Kalau kes dah berat sangat Sila la ke Balai dan buat report.

6. Kantoi 
Orang yang sering kantoi seperti ini pasti CONFIRM akan BLOCK anda dengan serta merta. Maunya tak.. dah kantoi nak bagi alasan pun dah tak boleh, sebab semua bukti dah ada.. Jalan mudah BLOCK saja. 

7. Move forward 
Orang bersifat macam ni seorang Yang optimistik dan selalunya orang yang cool 😎. Oleh kerana malas nak kecoh kecoh maka dia BLOCK je. Malas untuk pening kan kepala kepada isu yang takkan berkesudahan. Maka dia BLOCK dan move forward. Lupa kan yang lama dan buka buku baru. 

8. Tidak tahan tekanan
Orang yang bersifat begini memang tidak akan dapat menerima sebarang tekanan. Jika dia merasakan walau sedikit pun tekanan dia akan mudah stress dan mudah melatah. Jalan mudah ialah dengan BLOCK semua yang memberi sebarang tekanan padanya.

9. Angkuh 
Orang bersifat begini memang dia rasa dia sahaja yang betul orang lain semua salah belaka di matanya. Dan apabila merasakan dirinya betul , hebat, awesome, maka dia akan BLOCK semua yang dirasakan tidak diperlukan dalam hidupnya. 

10. GOBLOK
orang yang bersifat begini memang sifat yang paling PARAH.. dia tidak tahu mana betul mana salah main BLOCK saja menkhinzir buta.. Haaa orang macam ni kalau dia BLOCK anda jangan sesekali anda marah. Sepatutnya anda bersyukur kerana tak perlu lagi ada sebarang kaitan dengan kebodohan mereka. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK