Thursday, November 23, 2017

Belum Cuti Sekolah Tapi... 

Dari pagi sampai sekarang baru sampai rumah.. Misi mencari pakaian sekolah untuk ketiga tiga puteri saya Adza Danina (tingkatan 5) Adza Kasih (tingkatan 2) dan Adza Isabella (darjah 5) hampir selesai.. fuhhhhhh pening kepalaaaaaa juga nak settlekan kelengkapan sekolah anak anak untuk tahun depan sorang diri ni .. tapi no problem I can do it.. slowly but surely la.. sebab tu la sekolah belum mula bercuti lagi tapiiiiiii... hakak dah mulakan persiapan sekolah utk tahun depan.. gigih betul hakak kannnn.... Itu belum kena siapkan kelengkapan untuk anak bujang saya di U tu... biasa la bila kena jadi ibu dan ayah sekaligus bukanlah semudah yang di sangka tapi saya pasti , saya dan semuaaaaa ibu tunggal yang lain pasti dapat hadapinya.. kerana SINGLE MOTHER IS AWESOME 😎



Kisah Balu - Rindukan Pertolongan Pasangan

Kisah Balu - Rindukan Pertolongan Pasangan


Pagi ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai kisah balu dan "rindukan pertolongan pasangan". Apa kaitan antara kedua ini? Haa baca dulu baru anda akan faham antara dugaan yang harus dihadapi oleh kami. Ya baru baru ini saya mengalami beberapa masalah yang membingungkan. Antara masalah yang saya rasa pening untuk saya selesaikan sendiri ialah apabila paip bocor di sinki rumah, suiz wayar dirumah rosak, tombol pintu rosak dan saya anak beranak terperangkap lama dalam rumah, kereta rosak, dan bila tiba di bengkel dek kerana ceteknya pengetahuan saya mengenai kereta maka pomen nak cekik darah dan macam macam lagilah.. dan terbaru saya ada terbaca seorang teman saya yang juga baru kehilangan suaminya bertanyakan pada teman teman bagaimana cara untuk menjaga anak yang baru lepas bersunat.. Dan teringat juga teman saya , seorang lelaki yang kematian isteri dan terpaksa membesarkan anak anak yang kesemuanya gadis gadis. Teringat lagi dia pernah bercerita bertapa paniknya dia bila anak gadisnya pertama kali datang haid. Paniknya mengalahkan wanita nak bersalin. Ini kerana dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Habis sedara wanita dia call minta tolong dan pendapat. Kelakar juga dengar pengalaman dia bergegas ke 7Eleven nak beli pad haha. 


Maka pada saat saat begini terdetik "jika arwah pasangan masih ada pasti diaorang dapat selesaikan semua masalah ini dengan mudah sekali". Time ni la kita palinggggggg rindukan pertolongan pasangan kita.. Tapi kami sedar bahawa itu tak mungkin berlaku.. Maka we reach for help..

Yaaa pada waktu waktu beginilah kami amat perlukan bantuan dan pendapat . Dalam sesetengah perkara, wanita perlukan pendapat lelaki dan yang lelaki perlukan bantuan dan pendapat wanita. Bukan tak boleh settlekan sendiri tapi kalau ada yang menolong atau sekadar memberi pendapat itupun sudah memadai dan dapat meringankan masaalah yang kami hadapi itu. Bukan mudah untuk memikul dua tanggungjawab sebagai ibu dan ayah atau tanggung jawab sebagai isteri atau suami sekaligus .. it’s not easy.. 

Jadi janganlah pula bila ada mengetahui atau membaca orang orang seperti kami meminta tolong atau meminta pendapat bahawa kami ni semua "manja" / "mengada" . Kalau sudi hulurkan bantuan atau pendapat. Kalau tak sudi hulurkan pendapat jauh sekali pertolongan takpe doakan sahaja agar Allah swt permudahkan urusan kami pun dah syukur alhamdullilah... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK