Saturday, December 30, 2017

Pertanyaan yang harus DIELAKKAN ditanya kepada balu

Pertanyaan atau ucapan yang jika boleh DIELAKKAN dikatakan kepada BALU ketika kematian suami/isteri

1. Macam mana arwah meninggal?
Si Balu telah melalui trauma menghadapi saat saat pasangannya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lebih baik elakkan dari meminta untuk dia mengingati kembali apa yang baru berlaku. Tanyalah pada keluarga balu yang terdekat)
2. Berapa banyak harta yang arwah tinggalkan?
Tolonggggg lah ELAKKAN dari tanya berapa harta , wang ringgit , rumah , kereta , wang insurans yang telah ditinggalkan oleh arwah kepada balunya. (Soalan ini sering ditanya oleh ahli keluarga yang tak sabar sabar nak mengira berapa wang faraid yang bakal diterima mereka. Memang harta harus dibahagikan tapi kalau boleh carilah masa yang sesuai dan berikan sedikit masa kepada balu yang masih dalam kesedihan.

3. Apa kau nak buat bila arwah dah takde ni?
Ya memang dah pergi takkan kembali dan para Balu sememangnya harus meneruskan hidupnya dengan menanggung segala galanya seorang diri. Namun soalan ini tak perlu ditanya sejurus pemergian arwah. Berikan masa kepada si Balu untuk menenangkan dirinya dahulu kemudian perlahan lahan anda membantu Balu dengan memberi cadangan atau bantuan bagaimana cara terbaik untuk balu tersebut meneruskan hidupnya.
4. Takpe.. Kau muda lagi.. Kau boleh kahwin baru.
Ayat ini JANGAN SEKALI KALI DIKATAKAN. Yang meninggal itu adalah pasangan hidup, seorang insan yang telah sama sama berkongsi suka duka , Kucing kesayangan mati pun kita sedih inikan pula seorang yang amat amat dicintai.Ingat senang ke nak main ganti ganti. Kalau nak tanya pun tunggu lah setahun dua baru tanya soalan macam ni ye. Kalau jodoh si balu tiba awal. Doakan kebahagiaan untuknya dan jangan pula dihina..

5. Arwah banyak buat salah masa hidupnya.
Jangan diungkit akan perkara perkara yang lalu. Walaupun arwah telah banyak melakukan kesalahan masa hidupnya janganlah diceritakan aibnya terutamanya kepada Balunya. Jika dia ada kesalahan kepada anda atau sesiapa saja, maafkanlah dia. Sedangkan Nabi ampunkan umat inikan pula kita manusia biasa. Bayangkan jika anda dah takde nanti, anda nak ke kesalahan anda diungkit ungkit dihadapan balu anda dan mereka tidak memaafkan kesalahan anda?

Banyak lagi Pertanyaan atau ucapan yang jika boleh DIELAKKAN dikatakan kepada BALU ketika kematian suami/isteri. Namun rasanya ini adalah antara perkara yang HARUS DIELAKKAN. Kehilangan suami/isteri adalah salah satu ujian yang maha berat dari Allah swt kepada hambaNya. Jangan membebani mereka dengan kata kata anda yang bakal menambahkan duka di hati mereka.

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK