Sunday, December 31, 2017

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH
Tiba tiba hari ni teringat pula kisah seorang teman kepada sepupu saya yang telah kehilangan suami pada tahun lalu. Bayangkan di sebuah tanah perkuburan sedang majlis pengkebumian berlangsung.. si anak , saudara mara , sahabat , kenalan dan si Balu sedang bersedih mendengar talkin yang sedang dibacakan. Tiba seorang wanita yang tidak pernah dilihat atau dikenali tiba. Kelakuannya amat ganjil. Dia mengaminkan setip doa yang dibacakan dengan penuh kusyuk sambil air mata bercucuran tanpa dapat dibendung. Kelakuannya seoalah dia dan arwah amat saling mengenali. Namun tiada seorang pun yang berada disitu mengenali wanita misteri ini. Kini semua mata memandang kearahnya dan dia mula rasa tidak selesa dan perlahan lahan meninggalkan kubur itu dengan berat hati. Si balu terkesan dengan kehadiran wanita itu. Sepulangnya dia dari kubur. Pertama yang dilakukannya adalah membuka handphone suaminya dan mula membaca semua mesej yang terdapat di dalam telefon itu namun tiada yang meragukan. Tidak puas hati, si Balu membuka pula akaun sosial (Facebook) dan memeriksa semua mesej arwah suaminya.. dan di sana semua sangkaannya benar belaka. Tak perlu saya nyatakan lah rasanya anda juga dapat mengagak.
Memang berat dugaan yang diterima oleh si balu. Mendengarkan kisah ini dari sepupu saya juga membuatkan saya sedih kepadanya. Ya semua manusia tidak sempurna. Pasti ada khilaf yang dilakukan. Memang perasaan ingin tahu akan membuak buak namun apa kebaikan yang akan dia dapat setelah mengetahui "segala galanya" . Dalam hal ini si Balu telah hilang semua kasih , sayang, cinta pada arwah dengan sekelip mata. Perasaan sedih bertukar benci, perasaan sayang berubah kepada sakit dikhianati.
Bagi pendapat saya..Sesungguhnya arwah telah pergi dan takkan kembali. Lebih baik jika kita tidak mencari atau mengorek kisah silamnya. Biar semua kisahnya dibawa bersama. Apa yang perlu kita lakukan setelah ketiadaannya ialah mengenang semua kebaikan, kasih dan cinta yang dipupuk selama bersama. Sentiasa berdoa semoga Allah swt mengampuni segala salah silap selama hayatnya. Ingat dan kenanglah hanya yang baik terhadap arwah...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK