Monday, May 21, 2018

Buffet Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Genting

Tiap kali tibanya bulan Ramadan pasti anda akan tercari cari buffet untuk berbuka puasa bersama tersayang kan? Berita baik untuk anda... RESORT WORLD GENTING menyediakan Buffet Ramadan di RAJAWALI COFFEE HOUSE di AWANA GENTING!!

Image may contain: night and text

Lebih 100 juadah terdapat dalam buffet ini. Banyak?? Memang sangat banyak. Tak tahu mana nak mula? apakata anda mulakan berbuka puasa dengan gigitan manis dari kurma premium, yang diimport dari lran, Tunisia dan Maghribi. 

Antara makanan yang terdapat di sana ialah Satay , dengan Gerai Satay khas yang menyajikan daging ayam, daging lembu dan Lamb bersama dengan otak otak makanan laut dan pelbagai macam sampingan.

Image may contain: food

Image may contain: one or more people, outdoor and food

Sup Gear Box yang menjadi juadah wajib bagi buffet ini diletakkan di sebuah stall khas. Selain dari Sup Gear Box terdapat juga Sup Lambreta, Sup Perut, Sup Daging dan hidangan lain, yang dihidangkan dengan Roti Banggali . Antara menu lain adalah Spit-roasted Australian Lamb dengan Black Pepper Homemade Sos.

Image may contain: 1 person, sitting, standing, indoor and food

Image may contain: food



Memperkenalkan pilihan daging yang dimasak dengan lazat, termasuk Ayam Percik dengan Sos Percik Merah dan Rojak Ayam. Gerai Ikan Bakar menawarkan pelbagai jenis ikan segar yang popular seperti Kembung, Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Terubuk, Patin, Tongkol, Cencaru dan Tilapia yang dipanggang dengan kesempurnaan rangup yang disedap dicicah dengan sambal Sambal Celup, Sambal Belacan, Sambal Cincaluk , Budu atau Air Assam. 

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Tidak lengkap Buffet tanpa nasi bukan? Maka mereka juga menghidangkan pelbagai jenis juadah nasi seperti Nasi Dagang yang lembut , Nasi Kerabu, Nasi Briyani dan Nasi putih. Terdapat juga hidangan kari dari stesen utama , Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas lkan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempeh dengan Kentang dan Taufo Jepun dengan Resipi Cendawan dari stesen Pulau Pinang, termasuk Kari Kepala Ikan Kambing Masala, Kari Sotong, Ayam Pratha dan Dalca sayur. Nasi juga muncul di stesen Bubur Lambuk, dimakan dengan pelbagai termasuk Serunding Kelapa / Ayam / Udang, udang, Lobak asin, ikan bilis dan Chili Padi .

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: plant and food

Image may contain: people sitting, food and indoor

Tidak dilupa Murtabak, Roti Canai, Chappati, Dhosai dan idli mendapat perhatian di kaunter lpoh, dengan Curry Koay Teow, bersama Sotong Kangkung, manakala gerai laksa yang  menghidangkan laksa Kedah, Laksa johor, Mee Jawa, Mee Bandung dan Mee Rebus. 

Image may contain: 2 people, people sitting, people standing, food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Tidak dilupakan juga terdapat pelbagai ulam segar . Anda boleh memilih daun salad , Tauhu sumbat Mangga, kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Perut lembu, 

No automatic alt text available.

Yang istimewa terdapat pelbagai hidangan Kueh tradisi Melayu dihidangkan. Puding seperti Kueh Talam Badak dan Kueh sago Merah juga ada. Alternatif tradisional, Bubur pengat Raja, Als Batu Campur dan tawaran cendol, Terdapat buah-buahan tempatan yang segar termasuk Nangka, cempedak, Dukong, Langsat, Mata kucing, Manggis dan Rambutan 

Image may contain: food

Image may contain: food

Terdapat pelbagai pilihan Jeruk Nyonya Masdor dan pilihan minuman tradisional Malaysia, termasuk Sirap Bandung, sirap selasih, Susu Kacang, Air Mata Kucing Asam Boi, Teh Tarik dan jus buah segar. 

Apabila masuknya azan menandakan waktu untuk berbuka terdapat staff di sana yang akan melaungkan azan secara live. 

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Sebuah band juga akan menyerikan waktu berbuka anda dengan lagu lagu melayu klasik dan modern. (Hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja) 

Image may contain: 4 people, including AreRiff Lone, people playing musical instruments and people on stage

Berbuka puasa akan lebih bermakna jika kita bersama kenalan , keluarga dan yang tersayang. Mak dara seronok kerana dapat berbuka puasa bersama teman teman blogger Mak Dara seperti Ellie Toh , Adam , Andrian, Kak Hanny dan keluarganya.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, sitting, indoor and closeup

Image may contain: 8 people, including Adza Haiqal Martias and Adza Irdawati Adenan, people smiling, people sitting, indoor and food


Mak Dara sempat bersama dengan orang penting disebalik acara Buffet Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Genting . Nak dengar apa kata mereka tentang Buffet Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Genting.. Boleh tengok video di bawah ye..


Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House bermula dari 18 Mei hingga 13 Jun 2018 diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri Buffet yang boleh didapati secara eksklusif pada 15hb. 16hb. 2018, bufet ini berharga RM110 nett bagi setiap orang (Dewasa) dan RM55 nett bagi setiap orang (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas melebihi 60 tahun). Untuk tempahan awal, nikmati kadar early bird sebanyak RM90 nett bagi setiap orang (Dewasa) bagi yang membuat tempahan sebelum 20 Mei 2018. 

Harga Buffet Ramadhan 

RM110 nett dewasa
RM55 nett kanak-kanak
RM55 nett warga emas

Masa :
6.00 pm hingga 9.30 pm setiap hari

Tarikh :
18 Mei hingga 13 Jun 2018

Hari Raya Aidil Fitri Buffet

Tarikh :
15hb. 16hb. 2018,

Telefon :
03 6436 9000 

website :

Untuk tempahan, sila e-mel 
rajawali@rwgenting.com 

Akhir kata dari Mak Dara.. Selamat berpuasa dan Selamat Hari raya

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, standing


Jom Saksikan Pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning di Resorts World Genting 

Bila dengar saja GENTING HIGHLAND. Sudah pastinya anda akan teringatkan Resorts World Genting dan pelbagai hiburan yang disediakan kepada setiap pengunjungnya bukan?

Terkini sebuah pertunjukan terbaru di SkySymphony, SkyAvenue Ocean Groove With Maestro Ning telah dibawa khusus kepada anda oleh Resorts World Genting sempena cuti sekolah ini

Image may contain: indoor

Encik Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Taman Tema di Resorts World Genting berkata, "Kami di Resorts World Genting sentiasa mahu memberikan pengunjung kami hiburan yang terbaru dan asli ke skrin SkySymphony kami pada cuti sekolah kali ini. Saya pasti persembahan baru ini akan menjadi kejayaan dan akan dinikmati oleh orang-orang dari semua lapisan masyarakat. "

Image may contain: 2 people, people smiling, text
Mr. Brian Machamer, Senior Vice President of Theme Park at Resorts World Genting and Regis Brown, Deputy Managing Director of Genting Studios


Sesi interview Mr. Brian Machamer, Senior Vice President of Theme Park at Resorts World Genting and Regis Brown, Deputy Managing Director of Genting Studios

Pertunjukkan ini dihasilkan lebih dari empat bulan oleh pasukan Genting Studios yang terletak di Los Angeles dan Kuala Lumpur. Acara ini diarahkan oleh Guy Vasilovich (All I Want for Christmas is You, Lego Star Wars) dan eksekutif yang dihasilkan oleh Daniel Regis Brown (Dex Hamilton, Pumpkin Reports) dan Steven Lim Tze Siang (Saladin: The Animated Series, Bola Kampung: The Filem). "Ocean Groove" adalah komposisi asal oleh komposer yang telah memenangi Anugerah Emmy Gigi Meroni.elu

Namun sebelum Pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning dipersembahkan. Terdapat satu persembahan tarian yang sangat ceria dan berwarna warni dipertontonkan kepada para hadirin.



Image may contain: indoor

Pengunjung terutamanya kanak-kanak pasti akan teruja untuk menyaksikan gelagat watak hidupan laut seperti penyu, ikan paus dan kuda laut memainkan pelbagai jenis alat muzik orkestra yang dipancarkan melalui empat skrin LED setinggi empat tingkat di sekeliling pentas.

Image may contain: indoor

Pertunjukan selama lima minit menampilkan Maestro Ning di lautan yang dalam dengan orkestranya memainkan komposisi asli, "Ocean Groove". Terdapat 1001 bola berwarna warni yang akan bergerak mengikut muzik dan akan membentuk menjadi pelbagai bentuk menarik. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing
Mak Dara di pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning

Image may contain: 3 people, including Adza Irdawati Adenan, people smiling, people standing and outdoor
Mak Dara Dan teman blogger Ellie Toh 
di pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning

Persembahan secara langsung itu akan berlangsung pada jam 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam. Pertunjukkan ini adalah percuma dan dijadualkan sepanjang hari, dengan persembahan yang berbeza pada rota dari pukul 10 pagi hingga tengah malam bersama dengan pertunjukan SkySymphony yang lain. 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.

Friday, May 18, 2018

APA ADA DENGAN KASUT BATA

Tiba tiba di sana sini sinun bercakap tentang kasut jenama BATA.. Mak pon heran bin ajaib.. ADA APA DENGAN KASUT BATA. Rupa rupanya semua kemusykilan mak terjawab bila terlihat gambor ini. 


Gambar yang telah dimuat naik di insta story En @azranshah ini telah viral dek kerana Tun memakai kasut jenama BATA ..

Bukan itu saja BATA pun boleh dikatakan mengambil  kesempatan juga dengan terus buat promosi kasut BATA versi yang dipakai oleh TUN itu.. 


Hehe tak kisah la itu mungkin cara dia berniaga . Namun kesimpulan yang mak dapat di sini ialah.. Sehebat hebat Tun pun dia sungguh humble dan bersifat sungguh sederhana.. tak perlu barangan berjenama.. berharga beratus, beribu ataupun beratus ribu seperti "sesetengah orang" itew.. Itu semua hanyalah barangan duniawi.. Tun telah menunjukkan walaupun berkasut BATA dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang PERDANA MENTERI.. Dan yang paling bestttt anak teruna Mak Dara minta belikan dia kasut BATA untuk hari raya nanti.. SAVEEEEE BUDGET mak tahun ni.. Thank You Tun.. Lebiuuu poeber lah... 


Maaf Saya Pekak - Ekoran Layanan Sinis Oleh Pegawai Bank

"MAAF SAYA NI PEKAK" ... pertama kali sejak saya kehilangan pendengaran sebelah kiri saya setelah didiagnosed MENIERE’S DISEASE .. kali ini saya rasa sangat terhina dengan kekurangan saya tu..

 

Semua berlaku masa saya ke sebuah bank kerana mahu membuat aduan mengenai acc bank saya .. pegawai bank berikan saya borang aduan.. bila saya isi ada beberapa perkara dia minta saya tambah.. Dan keadaan dalam bank buatkan saya tak boleh fokus dan saya jadi tak dapat dengar.. beberapa kali jugalah saya kena ulang alik sebab kena betulkan apa yang diminta oleh pegawai tu.. dan akhirnya pegawai tu mungkin dah fedup dengan saya sampai terpacul di mulutnya "LETIHLAH NAK CAKAP ULANG ULANG !" 

Terkejut juga saya . Saya terus mohon maaf dan saya cakap " Maaf cik saya ni pekak sebelah.. saya tak dengar.. and apa reaksinya? Boleh dia pandang saya dengan sinis sekali.. macam tak percaya yang saya ni pekak.. Saya terus explain lagi pada dia.. " saya memang pekak cik tak dengar cik cakap tadi".. Adik saya Rina yg ada dengan saya time tu dah angin sebab sikap pegawai yg sangat sinis tu . Rina pun cakap ya cik Kakak saya ni ada Meniere’s disease dia tak dengar.. ingatkan lepas tu dia nak minta maaf sebab sikap sinisnya pada saya, atau sebab kata kata dia tadi ataupun riaksinya terhadap "kekurangan" saya ni.. langsung TIDAK . rasa macam nak menangis dapat layanan sebegitu. 

Ya walaupun saya ni pekak tapi saya pun ada perasaan.. sebab tu la saya selalu post tentang penyakit Meniere’s di fb saya. BUKAN UNTUK MINTA SIMPATI jauh sekali nak MINTA DIKASIHANI.. Tujuan saya cuma utk beri awareness kepada teman teman tentang penyakit yang rare yg jarang orang tahu supaya mereka yang senasib dengan saya tidak dilayan sebegini..

Pada cik pegawai bank tu diharap dapat lebih peka dan sensitif kepada "pelanggan" mereka yang mempunyai kekurangan macam saya.. kami tak minta layanan VVIP atau rasa hormat dari anda, cukuplah cuma jangan jadi sinis pada mereka yang kurang bernasib baik.. thats all..

#menieres #menieresdiaease #menieresdiseaseawareness #menierespatient


Wednesday, May 16, 2018

Esok Puasaaaaa

*Maaf* sekiranya pernah menyakiti..

*Maaf* sekiranya pernah menghina..

*Maaf* sekiranya pernah terkasar..

*Maaf* sekiranya pernah menyinggung

*Maaf* sekiranya pernah buat semua terasa hati 

Baik disengaja maupun tidak disengaja                     Baik yang terang-terangan maupun yang disembunyikan.

Tolong maafkan ye . Sesungguhnya yang buruk datang dari saya dan yang baik senantiasa datangnye dri Allah SWT

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARI SAYA DAN KELUARGA


Wednesday, May 9, 2018

Pilihanraya PRU 14

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi masih dapat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRU ke 14 pada hari ini.. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing and outdoor

Rasanya pilihanraya kali ni yang paling sengit dalam sejarah.. Nampak juga lebih tinggi peratusan rakyat Malaysia untuk meluar mengundi pada PRU kali ini.. Alhamdulillah.. Teruskan begini pada setiap pilhanraya kan bagusss..

Walau siapa yang anda pangkah dan undi.. walau siapa pun yang menang pada PRU kali ini semoga kita tidak melatah ya.. jangan sampai putus sahabat putus saudara ok.. all the best buat semua rakyat Malaysia. Kita telah menjalankan tanggungjawab kita kini semuanya terletak pada qada dan qadar dariNya .... 


Tuesday, May 8, 2018

Che Su Md Alim Dalam Kenangan Al Fatihah 

Nenek saya, Che Su binti Md. Alim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan telah kembali kerahmatullah pada 4:46 petang tadi di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 97 tahun.

Image may contain: one or more people, people standing and text
CHE SU BT MD ALIM
in loving memory
25 July 1920 - 6 May 2018

Image may contain: people smiling, one or more people and closeup

Thursday, April 19, 2018

Bajiwoa Studio Fotografi Termurah Di Shah Alam

Sejak dua menjak Mak Dara join FIT BOOTCAMP anjuran adik Mak Dara ni terasa badan ni ada selim skit... SIKITTTTT JERRRRR... Nak jadi bawah 60KG tu tak dapek la dik.. walaupun peha Mak Dara masih melimpah ruah ke kiri dan kanan tapi takdelah sampai dihalau dari mana mana pesen show lagi.. Oppsssss hahahaha.. Maka bila badan dah selim sikitttttt ni.. Teringin pulak nak tukor profile pic baru.. Profile picture yang lama tu nampak macam besor peti ais dua pintu.. Kali ni nampak macam peti ais satu pintu je.. Dok pulun dok selfie tapi tak cun.. Suruh anak anak ambik gambor kita.. Tau tau je lah.. Dengan kesan cap jarinya kat lense gambor pun jadi entah apa apa.. 

Satu hari Mak ke Shah alam ke rumah Ibu Mak Dara. Ngadulah kat adik . Dia boleh bantai gelakkan mak.. Hampehhh punya adik. Last sekali dia kata dekat rumah dia tak sampai 5 minit ada studio fotografi. Nama studio BAJIWOA STUDIO. Ahhh sudahhhhh nak shoot kat studio kompom mahal kata mak. Tapi adik Mak cakap studio tu servis TERMURAH di SHAH ALAM . Dan bila mana kau adalah seorang bernama wanita.. Tatkala mendengar perkataan MURAH kompom jiwa raga batin dan tulang rusuk kau bergetor dan meronta ronta nakkkkkkkkk punya... gitewwwww... Makanya terus mak minta adik Mak bawakan mak ke sana.

Sesampainya disana Mak bertemu dengan pemilik studio tu  Su Aziz .  Mak pun tanpa segan silu tanya pasal pakej termurah dia tu.. Mak aiiiii memang murah betullll.. Harga bermula dari RM100 jer uols... Tanpa berlengah mak terus minta dia shoot mak . Nasib baik dia tengah free time tu..Apa lagi terus le mak posing..

Image may contain: 1 person, standing


Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, standingImage may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, standing and shoesImage may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing

Fuhhhh terasa macam model dibuatnya.. Yang bestnya En Su Aziz tidak lokek dengan ilmu. Dia memberi tips tips untuk posing untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik. Siap dia ngajor macam mana nak buat posing kain "terbang" macam yang selalu retis dan model buat tu.. Fuhhhhh best betul .

     


Bila dah settle shoot tu sempat lah bersembang sebentar dengan Encik Su ni.. Walaupun kita datang nak shoot tapi semangat kepochi yang membara dalam diri Mak Dara ni membuak buak . maka akhirnya dia pun terjebak bila mak kata nak interbiew dia.. Ye lah nak tahu jugak kenapa pilih nama BAJIWOA STUDIO tu adakah kerana dia orang jawa ke orang nogori ke.. atau nama gabung gabung ke.. Nak tahu juga pakej pakej yang dia sediakan.. Biasalah orang budget budget wartawan pencen macam mak ni mesti nak banyak soal.. 


video interview Mak Dara bersama Su Aziz permilik Bajiwoa Studio

Memang sporting betul Encik Su Aziz ni boleh dia pun layanzzzkan je peel mak ni.. Dah habis interview baru dapat tahu rupanya studio ni banyak client dari pengusaha produk. Mostly produk pakaian dan produk kecantikkan. Dan lately katanya banyak orang ambik servis untuk shoot graduasi. Kata encik Sue lagi servis dia bukan setakat dalam studio je.. Outdoor pun ada.. untuk wedding ke , untuk nikah, akikah , newborn.. Eh boleh kata semua jenis fofotrafi pun encik Sue ambik lah senang cerita..

Dan akhirnyaaaaaaaa...... Profile pic Mak Dara berubah juaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling

Amacam ok takkkkkkk ok takkkkkkkkkk... Nampak kurussss sikit kan kan kan.. Ala iyakan dan layankannn je lah mak sesekali haha.. Memang bestttla shoot di BAJIWOA STUDIO ni.. DItambah pulak dengan keramahan pemiliknya Mak kasi 4 HA.. hehe ingat aku nora danish ka nak kasi Ha bagai ni kan hehehe.. 

Oklah pada yang nak cari stuio and nak yang murah tu bolehlah korang klik kat bawah

WEBSIDE
https://www.facebook.com/bajiwoastudio/

CALL / WHATSAPP
019426411

ALAMAT
No 40-1F Jalan Setia Perdana AY U13/AY 
Bandar Setia Alam

Shah Alam, Malaysia

EMAIL




PERFUME PUDORE 60KG KE ATAS PUN BOLEH GUNA

Mak Dara adalah sejenis manusia yang setiap kali sebelum keluar rumah (selain dari baca doa keluar rumah), Pastiinya mak akan capai minyak wangi dan spray penuh satu badan. Tambahan kalau ada mesyuarat yang penting.. Lagi balun spray sampai berkabus rumah haha.. Kadang kadang perfume yang mak pakai tu harga mahalllll..(yang mahal selalu dapat hadiah la.. nak beli sendiri idok le haha) Lagi banyak mak guna ..lagi cepat la habis.. Dah satu keje nak kena tunggu birthday tahun depan pulak untuk Mak dapat perfume hadiah harijadi hampehhhh haha

Satu hari Mak keluar dengan adik mak..Masuk je kat dalam kereta dia.. Mak aiiiii wangi dia boleh buat hidung mak luruh haha.. Bila Mak tanya perfume apa. Dia kata perfume murah je. So Mak pun abaikan je lah. Dah kompom kompom kalau perfume murah ni lepas spray je wangi.. Ngko tunggu lah bila dah sejam nanti. Tak yah sejam.. setengah jam pun cukuplah.. Kompom bau hilang. Jadi kami pun terus le jalan cuci mata kat Time Square..


Bila namanya perempuan berjalan 5-6 jam tak terasa.. Nasib baik anak call ingatkan suruh balik. Kalau tak mau bentang tikor tidur kat depan mall tu kekdahnya haha..Time nak balik dan nak  beratur bayar parking dengan adik mak. Mak perasan something. Hmmm bau perfume murah adik mak tu masih kuat baunya. Mak jadi curious.


Dalam kereta . Mak tanya jenama apa adik mak pakai. Dia kata jenama PUDORE. Mak aiii tak pernah dengor pun. Terus teringin. Maka akhirnya berjaya juga Mak Dara dapat PUDORE pertama Mak dengan bauan BOMBSHELL tu..

No automatic alt text available. 
 PUDORE



Haaa inilah ghopernya PUDORE tu.. Dan ini pendapat hakak tentang PUDORE ni ye

BAU

Bau adalah satu perkara subjektif. Kadang ada yang suka bau yang lembut dan soft. Ada yang suka bau keras sampai dua blog bangunan boleh bau hahaha. Terpulang lah.. Tapi bagi Mak Dara bau BOMBSHELL ni memang the bestttt la... soft jer.. takdelah nak menusuk hidung orang haha.. Patutlah jadi bestseller diorang

SAIZ PUDORE FRAGRANCE

Pudore Fragrance ada 2 jenis saiz iaitu botol bersaiz 30ml dan 10ml Yang kecil tu sesuai bagi yang suka bawak dalam handbag. Kecik je jadi muat le nak dibawa ke dalam handbag korang tu. Haa yang besor tu untuk pengguna tegar. Sebab banyak sikit jadi bolehlah spray banyak banyak sikit. Tapi kalau handbag korang jenis yang besor bawak je yang besor ke kecil yang penting anda boleh spray je sentiasa. Mak pilih yang besorrr sebabkan mak pun besorrrr hahahaha

BESTSELLER FOR HER FOR HIM

Semua orang suka certain bau.. Tapi kebanyakkan sukakan bau yang sama.. Dan bau yang paling diminati ramai dan menjadi Antara bestseller Perfume For Her adalah Victoria Secret Bombshell & Avril Lavigne Forbidden Rose . Best Seller Perfume For Him pula adalah Paco Rabanne 1 Million & Invictus. 

Image result for pudore best sellerImage result for pudore best seller

TAHAN BERAPA LAMA?
Jangka waktu pemakaian pun sangat subjektif. Kadang kadang ada yang pakai pagi sampai tengah malam pon masih bau wangi lagi.. Ada yang terlebih lasak kejap je . Tapi bagi mak kurang kurang pun mak pakai PUDORE ni 8 jam jugak dia bertahan

HARGA MINYAK WANGI PUDORE

Dak sembang pot pet pot pet pasal PUDORE lupa nak habaq harga. Untuk 10ml RM22 dan untuk 30ml RM59 sahaja. PUDORE ni jual secara online je.






LAMAN WEB PUDORE


FB PAGE PUDORE


INSTAGRAM PUDORE


Pendek kata waima perfume murah ke mahal ke yang penting kualiti. dan yang paling PENTING!!!!!!!!!!!!!! 

PERFUME PUDORE
60KG KEATAS PUN
BOLEH GUNA!!!!!
Gitewwwwwww hehe!!!!!!!!!!!!
                    

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK