Tuesday, January 30, 2018

Aktiviti Zipline Di Chiang Mai 

Salam semua kesayangan. Pada tika dan waktu ni Mak Dara berada di Chiang Mai untuk kali ketiga.. memang besttt ke sini banyakkk aktiviti yang boleh dilakukan. Dan pagi tadi mak Dara dah melakukan aksi lagak ngeri iaitu aktiviti zipline yg sungguh mencabarrrrr 


sebelum nak turun mende ni kena panjat bukit dulu nunnnnnnn tinggiiiiii di atas sana.. disebabkan badan mak Dara Kau yang selimmmmmmm sangat ni maka ambik masa lebih dekat setengah jam juga nak mendaki.. bayangkan kalau my physiotherapist for my Ménière’s disease know yg Mak Dara gi panjat bukit buat zipline mesti dia banggaaaaa dengan mak .. walaupun balance badan hanya tinggal 38% jer dari average orang normal 100% mak masih boleh buat bende adventure ni.. maka setelah mengambil kira berat badan ala model dan body balance yang kelaut maka pendakian mengambil masa hampir 30 min .. org lain rasanya 10-15 dah sampai Puncak kot haha.. kemudian bermula lah adventure zip lining ni.. 


Ini merupakan kali ketiga mak Dara berzipline sebelum ni kat area chiang mai juga and satu lagi kat bukit lawang Indonesia.. Tapi zipline kali ni paling best sebab paling jauhhhh dan paling lama hampir 50 min . Tapi Alhamdullilah selamat juga sampai ke tanah kembali.. tapiiiii... frusttt jugak sebab diorang tak benar kan bawak handphone atau kamera katanya takut jatuh tapi sebenarnya diorang nk tangkap pic n jual kat kita... 😫 . But anyway I had fun...


Wednesday, January 24, 2018

Masih Bujang? 130,000 orang calon jodoh sedang menanti anda di Baituljannah

BILA NAK KAHWIN ? Walaupun hanya 3 patah perkataan dan ditulis dalam sebaris ayat kemudian disambung dan diucapkan dengan hanya sekali lafas namun kesannyaaaa.. Waduhhhhhhh menusukkkkk kalbu.. Mulalah teringat akan bait bait lagu "Sakitnya tuh di sini.. Ini lah antara dilema bagi si Bujang tiap kali nak balik kampung untuk menyambut raya , menghadiri kenduri , bertemu sanak saudara . Bukan di kampung sahaja bahkan di tempat kerja , atau di sebarang keramaian.. Tak banyak satu dua orang pasti akan bertanyakan soalan yang sungguh mengguris hati, limpa, rusuk, jantung, buku lali , siku ini hew hew hew.. Kalau setakat tanya aje takpe lah juga.. Ni kalau dah involve "macik dan pakcik bawang.. Mesti diasaknya segala jenis kata kata pedih .Mau buatkan kau nangis seperti menggigit tiga bakul bawang kekdahnya..

Adoiiii.. Siapalah yang tak nak kahwin kan.. Saya sendiri pun bujang.. Kalau ada jodoh buat saya yang telah ditakdirkan oleh Allah swt siapalah saya untuk menolaknya dan berkahwin sekali lagi kannn.. Tapi bukan senang nak cari calon yang baik yang hormat ibubapa yang serba serbi baiklahhh.. Di masjid kah? Di Kenduri kah? Di Fb Kah, Di tinder kah? Di Instagram, Wechad, snapchat atau di laman sosial yang lain. Tapi boleh percaya ke semua info dan gambar diletakkan dalam media sosial tu benar? Selamatkah kalau kita berkenalan atau mahu berjumpa dengan mereka itu. Takut nanti gambar dan semua detail dan info serta semua yang diupdate di laman sosial seperti ustaj dan ustajah namun realitinya TAK SAMA LANGSUNG.. Uiiii bahaya..

Jadi dimanakah lagi si bujang nak mencari jodoh kalau bukan di tempat tempat seperti di atas. Hmm pening kepala juga kan.. Ok tak payah nak garu kepala yang tak gatal tu dulu..  Daripada banyak banyak tempat untuk cari jodoh tahun 2018 ada satu platform dah disediakan,mencari jodoh seperti BAITULJANNAH .  



BAITULJANNAH  adalah sebuah laman web patuh syariah yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari. Dengar khabor hampir 130,000 orang calon pengantin sedang menanti anda di BAITULJANNAH . BETULKAH !!!!??  Haaaa sekarang mak nak tanya.. Sanggupkah lagi anda menerima kata kata pedas dari makcik dan pakcik bawang ? Cuba layan video pendek ini.. 





Haa kalau tak nak sakit hati dengan spesis bawang bawang itu.. Maka percayalah bahawa.. YA BETUL!!! 139,472 orang yang sudah mendaftar di BAITULJANNAH dan jodoh anda mungkin sedang menanti anda di sana. Fuhhhhhhteruja kan.. Macam mana nak Daftar.. Haa Meh Mak Dara habaq caranya ya..

  1. Buka laman BAITULJANNAH  (klik SINI @ link ini https://baituljannah.co/jodoh/KNNLB-MY)
  2. Lengkapkan profile anda
  3. Sila muatnaik gambar anda .
  4. Tunggu kelulusan admin selama 12jam – 24 jam
  5. Sila buat pengesahan nombor telefon




Haaa mudah jer caranyaaaa.. Dan lepas tu tunggu apalagi.. Anda dah mula mencari jodoh dan mula melihat profile profile bakal calon yang beribu ribu lemon itu.


KENAPA PERLU MENDAFTAR DI BAITULJANNAH



Di BAITULJANNAH ni bukan semua orang je boleh daftar ye.. Setiap aplication dan setiap calon yang mendaftar akan ditapis setapisnya. Bukan itu saja kalau anda dah jumpa calon yang berkenan dah serius mahu ke peringkat seterusnya iaitu sesi taaruf , Maka sesi taaruf anda tu juga akan dipantau.



Ini yang paling ditakuti oleh semua orang. Kalau dah mendaaftar nanti semua orang tahu nombor telefon dan alamat email anda.. Ohh BAITULJANNAH akan menjaga privasi anda. Jadi jangan risau dan takut ok.

BAITULJANNAH  bebas spam. Kalau anda lihat ada sebarang spam.. Report je terus ke pihak BAITULJANNAH  . Biar diorang settlekan.

BAITULJANNAH  Anti SEO. Jadi jangan dok risau lah kalau ada orang google nama anda akan keluar profile anda di BAITULJANNAH   ni... Ok apa tunggu lagi.. Moh le mencari jodoh .. Nanti kalau dah bertemu jodoh jangan lupa jemput Mak Dara makan kenduri pulak tauuuuu hehehe..



Wednesday, January 17, 2018

Bagaimana lahirnya watak MAK DARA dalam Blog bicaramakdara.com


As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah ke hadratNya.. Hari ini 17hb Januari 2018 maka genaplah 7 tahun Mak Dara masuk ke dunai BLOG ini. Maka dengan ulang tahun kelahiran Blog Mak Dara ni maka Mak Dara nak habaq mai kat hangpa semua Bagaimana lahirnya watak MAK DARA dalam Blog bicaramakdara.com



Segala ucapan terima kasih yang teramat sangat harus diucapkan buat arwah suami Mak Dara . Kerana dialah maka wujudnya blog ini, Dan kerana dialah juga wujudnya KARAKTER MAK DARA ni.. Dulu mak tak faham apa maksudnya. Untuk memberi satu karektor atau nafas baru untuk sebuah watak bagi menarik minat orang untuk membaca.. Macam tak masuk akal pun ada bila arwah cakap "build one character" yang totally different from my own personality. Tapi Mak layankan aje lah.. Tapi masa tu mak amat blur, karakter macam mana yang mak nak cipta. Jujurnya Mak adalah seorang yang sangat pemalu. Terus terang mak katakan bahawa mak memang tidak suka berkawan atau bersosial dengan sesiapapun melainkan keluarga Mak Dara. And I guess watak mak dara tu memang agak bosan. Dan pastinya tiada apa yang dapat menarik perhatian sesiapa pun. Maka mak mula mencari karektor yang benar benar bertentangan dengan Mak Dara. Mak cipta sebuah karakter yang lantang bersuara, gila gila senang cerita seorang wanita "MEROYAN".. Dan apabila tiba pada nama untuk karakter ni Mak Dara jadi blur kerana memang tak tahu nak letak nama apa. Takkan nak letak nama mak dara sendiri kerana watak ini bukan watak sebenar mak dara. Maka mak dara teringat akan sebuah karakter yang amat mak dara kagumi iaitu watak Mak Dara dalam filem P. Ramlee ibu mertua ku.. Maka lahirlah "MAK DARA ... BLOGGER MEROYAN.

Sumber Inspirasi Karakter MAK DARA





Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.No automatic alt text available.
antara header header yang pernah digunakan selama 7 tahun berblog


Header blog yang diguna pakai sehingga hari ini

Pada masa karakter dan blog ini ditubuhkan ia sekadar main main pada mak. Mak jadikan blog sebagai sebuah tempat untuk Mak lari dari reality. Sebuah tempat untuk mak melepaskan semua perasaan . Namun demi Allah.. tidak pernah Mak Dara menyangka bahawa "Watak dan tulisan meroyan Mak Dara itu mendapat perhatian dan mendapat pembaca yang ramai. Bertambah terkejut kerana Mak Dara pernah menjadi Top 5 di DiGi WWWOW AWARD selama 2 tahun berturut turut dan bersaing bersama blogger blogger hebat seperti Beautiful Nara , Oh Artis , Sirap Limau dan ramai lagi. 


Video pendek Mak Dara untuk mendapatkan undian hehehe


Video pengumuman Top 5 calon dan Pemenang kategori Top Kay Poh 
(termasuk Blog Mak Dara)


Video pengumuman Pemenang kategori Top Kay Poh 

Walaupun tak menang Mak Dara merasa sangat bangga kerana mendapat pencapaian sebegitu walaupun blog masa itu baru 6 bulan sahaja. Seterusnya Mak Dara telah memenangi sebuah award di majlis MSMW bersama sama Blogger blogger hebat yang lain seperti Denaihati , Fatin Liana dan ramai lagi. And the best part cuba teka Mak Dara join kategori apa??? Antara kategori yang dipertandingkan ialah Blog terbaik, Blogger of the year , Dan semua yang best best belaka. Tapi Mak dara memilih untuk memasuki kategori WORST BLOG OF THE YEAR.. Dan mak dara terkejut apabila Mak Dara telah didatangi oleh beberapa orang kuat MSMW dan menyatakan bahawa markah dan undian yang Mak Dara terima antara tertinggi dan Top 3 antara berbelas pemenang kategori yang lain., Dan yang paling tak dapat dilupakan apabila Tan Sri Utama Dr Rais Yatim telah memberikan ucapan instimewa untuk Mak Dara .. Mak ingat antara bait ucapannya menyatakan bahawa The winner of WORST BLOG OF THE YEAR is eother just playing around or purely genius .. Perghhhhh tak cukup kerusi dibuatnya waktu itu..

Image may contain: one or more people, people standing and suit

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Antara kenangan ralat Mak Dara selama bergelar blogger ialah apabila Mak Dara pernah menolah jemputan oleh blogger otai yang hebat iaitu Tuan Haji AMir untuk menjadi salah sorang daripada panel nya dalam event SBB lupa pulak tahun bila hehe.. Sayang betulll bila fikir balik.. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seperti itu.


Namun alhamdullilah Mak Dara dijemput menjadi salah seorang panelis untuk sebuah acara WOMEN POWERTALK dan membicarakan tentang WANITA DAN MEDIA SOSIAL.


Image may contain: 2 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 2 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, people standing and indoor
Mak Dara bersama YB Kuale YB Mastura

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Getaq lutut juga Mak Dara kerana dijemput menjadi panel untuk sebuah acara yang sungguh besar dan berprestij itu. Menambahkan kegabraan Mak Dara apabila 3 ahli panel yang lain terdiri dari tokoh yang hebat seperti Doktor, Pengacara hebat Sharifah Shahwati , Seorang tokoh jemputan luar negara. Dan tiba tiba Mak Dara terselit di ditu. Terasa sungguh kerdil. Dah tu kena pulak berucap depan menteri Dato Keruak dan Dato Shahrizat.. Perghhhh mau luruh jantung dibuatnya. Namun Mak Dara kuatkan semangat dan alhamdullilah Yb Kuale iaitu YB Mastura tak henti henti beikan kata kata semangat dan sokongan pada Mak. Maka alhamdullilah mak berjaya juga atasi cabaran ini. Lepas ni sapa pun yang jemput mak takkan mak tolak. Tak cuba tak tau , betul tak? hehe. Ohhhh banyak betul kenangan terindah Mak Dara dan Blog ini..

Tahun berganti tahun , kemudian timbulnya "karakter karakter" baru dalam dunia sosial seperti Cikgu Shida, Faiz Dickie dan ramai lagi. Terbaru ialah Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri dan juga Sajat.. Ehh korang jangan ingat mereka memang berkelakuan macam tu 100% ya.. Sebahagian yang ditunjukkan di media sosial adalah "Karakter" yang dicipta mereka. Walaupun ada yang suka , ada yang benci ada yang kecam namun mereka semakin dikenali, Betul tak? Lepas tu baru Mak Dara mula memahami apa yang dimaksudkan oleh suami Mak Dara dengan membina "KARAKTER" itu.. Fuhhh tak sangka arwah suami Mak Dara ni memang fikir jauh ke masa depan. 

Namun sayangnya setelah kematian arwah Mak Dara telah berhenti terus dari dunia blog selama hampir 3 tahun. I quit when im on top (for me lah hahaha perasan jap k). Memang sayangggggg sekaliiiii..  Kini Mak Dara terpaksa start from a scratch, Bermula dari mula. Insyaallah Mak akan lebih aktif berblog selepas ini . Dan buat arwah suami Mak Dara.. Terima kasih atas segala galanya . Akan saya terus perjuangkan penulisan saya dalam skrip drama dan juga blogging in Syaa Allah.. Al fatihah buatmu Bang..


Image may contain: 1 person


Nantikan Mak Dara akan buat COMEBACK!!!!!!!



Thursday, January 11, 2018

Selamat Hari Jadi Adza Isabella

Selamat Hari Jadi Adza Isabella

Hari ni 11hb Jan 2017 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 11 tahun. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga.. Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya.. 

Happy Birthday Adza Isabella!!!



Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella siang tadi.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya kakak kakak dan abangnya.. Tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti nak sambut kat mana agaknya ek hehehehe

Buat Adza Isabella.. Selamat hari jadi buat anak busyuk mama Adza Isabella Martias​ yang ke 11 !!!! Moga menjadi anak yang solehah dan dibawah lindunganNya selalu.. Mama akan buat apa sahaja untuk cuba membuatkan Belle gembira macam dulu.. Mama janji insyaallah dengan izin Allah.. Happy Birthdayyyy busyukkk...


Wednesday, January 10, 2018

Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang

Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang

Tibanya waktu tengah hari kalau tekak tu tekak melayu kompommmm akan cari nasi .. Betul tak? Jarang la kalau tengah hari pegi cari chicken chop , spaghetti, meat ball bagai kan.. Tapi kalau hari hari makan nasi dengan kari, sambal tumis dan lauk pauk yang biasa tekak pun tahu bosan juga. Haaaa apa kata jom cuba NASI DALAI . 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Mak Dara bersama CEO dan pemilik Restoran Sajian d-Hidang

APA ITU NASI DALAI?
Yesss itu juga bermain difikiran Mak Dara tatkala mendengar tentang menu yang unik yang terdapat di Restoran Sajian d-Hidang di seksyen 11 Shah Alam tu.. Ok rupanya NASI DALAI singkatan nama dari "Nasi Masak Lemak Daging Salai. Bila dah dipendekkan jadi lah NASI DALAI. Seringkas ayatnya namun sarat dengan keenakkan!!! Kalau tidak takkan sampai VIRAL kisah tentang NASI DALAI ni.. 

Image may contain: food and text

Hanya dengan RM9.90, anda akan dihidangkan dengan.. 
Nasi Putih Panas 
Masak Lemak Daging Salai Panas
Kerabu Sayur
Ikan Masin Berlada 
dan PERCUMA 1x Gelas Air Teh 'O' Ais 

Perghhh complete nasi lauk dan air . Hebat takkkk.. Hebat takk..?? 
MANA NAK DAPAT NASI LENGKAP DENGAN HARGA MACAM NI? Betul tak?

Kalau Mak Dara nak ceritakan tentang NASI DALAI dan keenakkannya memang tiga hari tiga malam takkan habis.. Mau juling biji mata korang nak membaca. Haaa meh mak dara mudahkan anda. Jom nengok video rancangan BICARA MAK DARA episod pertama yang review tentang Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang ini. Jom layanzzz...


Haaa amacam ada gaya macam hos tak? Hahaha.. Mulai hari ni Mak Dara akan banyakkan video supaya korang senang.. Klik dan nengok je apa yang mak nak review. Haaaa mudakan CEOnya.. Memang nampak karisma dan bertapa dedikasinya dia terhadap perniagaannya itu. Mak Dara memang tabik pada anak anak muda seperti beliau. Video dan semua info dah mak kongsikan dalam video di atas. Meh mak nak kongsikan sedikit gambor yang sempat Mak snap di sana..
Image may contain: car
Image may contain: sky and outdoor
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: food
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: food
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people, people smiling
Terima kasih Halim Nazeri kerana sudi memperkenalkan dan menjemput Mak Dara untuk mencuba Nasi Dalai di Restoran Sajian d-Hidang ni..Eh belum habis lagi.. Sikittt lagi mak khaborkan pada korang.. 

'MAKAN FREE DGN KAD SAJIAN'


Restoran Sajian d-Hidang telah lama beroperasi di Seksyen 11, Shah Alam, dan mereka mempunyai ribuan pelanggan setia . Dengar khabarnya mereka menerima pelanggan yang sama hampir setiap hari, itu bermakna pelanggan mereka amat berpuas hati dan selesa dengan servis serta keadaan sekeliling restoran Sajian d-Hidang ini. Jadi sebagai tanda PENGHARGAAN kpd semua pelanggan setia , maka mereka perkenalkan KAD KESETIAAN SAJIAN.

.
"Apa kelebihan KAD SAJIAN ini?"
.
KAD SAJIAN diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada semua pelanggan setia Restoran Sajian d-Hidang. Dimana kad ini memberi para pelanggan peluang untuk menikmati MAKANAN PERCUMA pada setiap minggu serta memberi peluang kepada yang mempunyai kad ini untuk menyertai CABUTAN BERTUAH yang bakal mereka umumkan pada masa akan datang! Fuhh mana ada restoran lain yang menawarkan makan secara PERCUMA 'MAKAN FREE DGN KAD SAJIAN'
.
Setelah beberapa tahun Restoran Sajian d-Hidang beroperasi di Seksyen 11, Shah Alam, pelbagai lapisan dan jenis pelanggan kami harungi & lalui. Samada memori pahit mahupun manis kami tetap tersenyum memberi yang terbaik kepada semua pelanggan tanpa berbelah bagi.
.
Sering juga yang datang menjadi pelanggan kami adalah orang yang sama pada hari-hari bekerja.dari tahun pertama, kedua dan seterusnya, tetap menjadi pelanggan setia kami. Alhamdulillah bagi kami apabila mendapat pelanggan yang sama walaupun setiap hari, itu bermakna mereka berpuas hati dan selesa dengan servis serta keadaan sekeliling restoran kami
.
Jadi sebagai tanda PENGHARGAAN kpd semua pelanggan setia kami, maka kami perkenalkan buat kali pertama, KAD KESETIAAN SAJIAN.
.
"Apa kelebihan KAD SAJIAN nie?"
.
Okay, KAD SAJIAN diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada semua pelanggan setia Restoran Sajian d-Hidang. Dimana kad ini memberi anda peluang untuk menikmati MAKANAN PERCUMA pada setiap minggu serta memberi peluang kepada yang mempunyai kad ini untuk menyertai CABUTAN BERTUAH yang bakal kita umumkan pada masa akan datang! setiap miggu???? Takdekannnn!! Hanya di Sajian d-Hidang hokayyy...


Restoran Sajian D’Hidang
No. 10, Pusat Dagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam,
Selangor.
No Telefon : 03 – 5511 4015
Whatsapp : 018- 2534 773
Nasi dalai apa ? dah mak terangkan , Review siap dengan video , gambor pun dah belanja, detail harga dah khabo , no telefon link whatsapp alamat.. semua dah mak berikan..Jadi apa lagi?? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba NASI DALAI ini.. Selamat menjamu seleraaaaa..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK