Wednesday, January 10, 2018

Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang

Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang

Tibanya waktu tengah hari kalau tekak tu tekak melayu kompommmm akan cari nasi .. Betul tak? Jarang la kalau tengah hari pegi cari chicken chop , spaghetti, meat ball bagai kan.. Tapi kalau hari hari makan nasi dengan kari, sambal tumis dan lauk pauk yang biasa tekak pun tahu bosan juga. Haaaa apa kata jom cuba NASI DALAI . 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Mak Dara bersama CEO dan pemilik Restoran Sajian d-Hidang

APA ITU NASI DALAI?
Yesss itu juga bermain difikiran Mak Dara tatkala mendengar tentang menu yang unik yang terdapat di Restoran Sajian d-Hidang di seksyen 11 Shah Alam tu.. Ok rupanya NASI DALAI singkatan nama dari "Nasi Masak Lemak Daging Salai. Bila dah dipendekkan jadi lah NASI DALAI. Seringkas ayatnya namun sarat dengan keenakkan!!! Kalau tidak takkan sampai VIRAL kisah tentang NASI DALAI ni.. 

Image may contain: food and text

Hanya dengan RM9.90, anda akan dihidangkan dengan.. 
Nasi Putih Panas 
Masak Lemak Daging Salai Panas
Kerabu Sayur
Ikan Masin Berlada 
dan PERCUMA 1x Gelas Air Teh 'O' Ais 

Perghhh complete nasi lauk dan air . Hebat takkkk.. Hebat takk..?? 
MANA NAK DAPAT NASI LENGKAP DENGAN HARGA MACAM NI? Betul tak?

Kalau Mak Dara nak ceritakan tentang NASI DALAI dan keenakkannya memang tiga hari tiga malam takkan habis.. Mau juling biji mata korang nak membaca. Haaa meh mak dara mudahkan anda. Jom nengok video rancangan BICARA MAK DARA episod pertama yang review tentang Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang ini. Jom layanzzz...


Haaa amacam ada gaya macam hos tak? Hahaha.. Mulai hari ni Mak Dara akan banyakkan video supaya korang senang.. Klik dan nengok je apa yang mak nak review. Haaaa mudakan CEOnya.. Memang nampak karisma dan bertapa dedikasinya dia terhadap perniagaannya itu. Mak Dara memang tabik pada anak anak muda seperti beliau. Video dan semua info dah mak kongsikan dalam video di atas. Meh mak nak kongsikan sedikit gambor yang sempat Mak snap di sana..
Image may contain: car
Image may contain: sky and outdoor
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: food
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: food
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people, people smiling
Terima kasih Halim Nazeri kerana sudi memperkenalkan dan menjemput Mak Dara untuk mencuba Nasi Dalai di Restoran Sajian d-Hidang ni..Eh belum habis lagi.. Sikittt lagi mak khaborkan pada korang.. 

'MAKAN FREE DGN KAD SAJIAN'


Restoran Sajian d-Hidang telah lama beroperasi di Seksyen 11, Shah Alam, dan mereka mempunyai ribuan pelanggan setia . Dengar khabarnya mereka menerima pelanggan yang sama hampir setiap hari, itu bermakna pelanggan mereka amat berpuas hati dan selesa dengan servis serta keadaan sekeliling restoran Sajian d-Hidang ini. Jadi sebagai tanda PENGHARGAAN kpd semua pelanggan setia , maka mereka perkenalkan KAD KESETIAAN SAJIAN.

.
"Apa kelebihan KAD SAJIAN ini?"
.
KAD SAJIAN diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada semua pelanggan setia Restoran Sajian d-Hidang. Dimana kad ini memberi para pelanggan peluang untuk menikmati MAKANAN PERCUMA pada setiap minggu serta memberi peluang kepada yang mempunyai kad ini untuk menyertai CABUTAN BERTUAH yang bakal mereka umumkan pada masa akan datang! Fuhh mana ada restoran lain yang menawarkan makan secara PERCUMA 'MAKAN FREE DGN KAD SAJIAN'
.
Setelah beberapa tahun Restoran Sajian d-Hidang beroperasi di Seksyen 11, Shah Alam, pelbagai lapisan dan jenis pelanggan kami harungi & lalui. Samada memori pahit mahupun manis kami tetap tersenyum memberi yang terbaik kepada semua pelanggan tanpa berbelah bagi.
.
Sering juga yang datang menjadi pelanggan kami adalah orang yang sama pada hari-hari bekerja.dari tahun pertama, kedua dan seterusnya, tetap menjadi pelanggan setia kami. Alhamdulillah bagi kami apabila mendapat pelanggan yang sama walaupun setiap hari, itu bermakna mereka berpuas hati dan selesa dengan servis serta keadaan sekeliling restoran kami
.
Jadi sebagai tanda PENGHARGAAN kpd semua pelanggan setia kami, maka kami perkenalkan buat kali pertama, KAD KESETIAAN SAJIAN.
.
"Apa kelebihan KAD SAJIAN nie?"
.
Okay, KAD SAJIAN diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada semua pelanggan setia Restoran Sajian d-Hidang. Dimana kad ini memberi anda peluang untuk menikmati MAKANAN PERCUMA pada setiap minggu serta memberi peluang kepada yang mempunyai kad ini untuk menyertai CABUTAN BERTUAH yang bakal kita umumkan pada masa akan datang! setiap miggu???? Takdekannnn!! Hanya di Sajian d-Hidang hokayyy...


Restoran Sajian D’Hidang
No. 10, Pusat Dagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam,
Selangor.
No Telefon : 03 – 5511 4015
Whatsapp : 018- 2534 773
Nasi dalai apa ? dah mak terangkan , Review siap dengan video , gambor pun dah belanja, detail harga dah khabo , no telefon link whatsapp alamat.. semua dah mak berikan..Jadi apa lagi?? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba NASI DALAI ini.. Selamat menjamu seleraaaaa..



4 comments:

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK