Wednesday, February 28, 2018

Filem Bidong The Boat People Akan Ditayangkan Di Pawagam Mulai Esok 1 Mac 2018

Pernah dengar tentang kisah "Bidong The Boat People"? Kisah tentang pendatang dari Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong, Terengganu di awal era 70-an. Rasanya rata rata kita tidak ingat dan tak kurang juga yang tidak tahu tentang kisah ni. Nekad tidak mahu kisah sejarah ini terus luput ditelan waktu.. Pengarah hebat iaitu Abang Yusof Kelana mengambil keputusan untuk mengadaptasi kisah benar ini dan diangkat menjadi sebuah karya filem terbaru beliau.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing and text
Mak Dara bersama pengarah Filem BIDONG THE BOAT PEOPLE 
Abang Yusof Kelana 

 Video semasa pelancanran Filem BIDONG THE BOAT PEOPLE

Semasa pelancaran filem ini Abang Yusof Kelana sempat menceritakan pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang penggambaran filem ini. Antara yang menarik ialah bagaimana para berlakon mabuk dan muntah ketika tengah shooting babak di atas boat , Kisah krew yang diganggu makhluk halus , kisah campur tangan dari pihak berkuasa Vietnam dan macam macam lagi. 

Tenyata usaha Abang Yusof Kelana dalam memartabatkan kisah sejarah yang pernah berlaku di negara kita suatu masa dahulu dan dijadikan sebuah filem harus dipuji. Katanya lagi dia sedar bahawa filem BIDONG THE BOAT PEOPLE bukan lah sebuah filem komersial namun dia sanggup mengambil risiko ini agar sejarah ini tidak terus pupus begitu sahaja.

Satu perkara yang Mak Dara pujiiiiii ialah pemilihan pelakon. Yaaa rata rata yang membintangi filem ini adalah pelakon baru. Baru tak bermakna tak pernah berlakon sebelum ini tapi baru dalam erti baru untuk memegang sebagai watak utama dalam sebuah filem. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Taufik Hanafi , Irene Wong , Livonia Ricky, Zamree dan ramai lagi. Difahamkan 4 bahasa digunakan dalam filem ini iaitu bahasa malaysia , bahasa cina , bahasa Vietnam dan bahasa Inggeris. Dan kesan khasseperti CGI juga digunakan dalam filem ni.. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan and Taufiq Hanafi, people smiling, people standing
Mak Dara bersama Hero Bidong The Boat People 
Taufik Hanafi

Image may contain: 6 people, including Adza Irdawati Adenan and Man Raja Lawak, people smiling, hat and closeup
Mak Dara bersama Man Rajalawak
Antara watak favvvorite mak dara dalam filem ni. Terbaek man..

Image result for bidong the boat people
barisan pelakon utama - pic by google

Pendapat Mak Dara tentang filem BIDONG THE BOAT PEOPLE ini

SINOPSIS 

Bidong: The Boat People mengisahkan Kien Bi Dong yang dilahirkan di Pulau Bidong kembali semula selepas hampir 40 tahun meninggalkan pulau tersebut bersama ibunya, Hong Yen yang juga merupakan bekas pelarian Vietnam.
Sejarah hitam yang dilalui Hong Yen meninggalkan kesan mendalam kerana kehilangan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun akibat peperangan.
Kien Bi Dong dan Hong Yen yang menetap di Australia menjejakkan kaki ke Pulau Bidong selepas diaturkan oleh seorang kenalan Facebook dikenali sebagai Adib.

Filem Bidong The Boat People Akan Ditayangkan Di Pawagam Mulai Esok 1 Mac 2018 . Jadi jangan tunggu lagi. Jom lah ke pawagam berdekatan dan tonton filem ini. Sokonglah filem tempatan. Kalau bukan kita yang support siapa lagi? Betul tak? Selamat menonton!!!

Nasihat Dari Mufti VS Nasihat Dari Netizen

Kecoh sana sini tentang kisah artis, tudung dan kelab malam.. malas nak ulaskan sebab rata rata satu malaya dah tahu dan SANGAT ARIF tentang kes tu.. Apa pendapat Mak Dara tentang kes yang viral ni???? Bagi mak.. Sokong pun TIDAK apa pun TIDAK.  Honestly mak tak ambil pusing pun akan benda benda viral ni.. Korang boleh scroll semua posting mak dalam blog ni mana ada selit post pasal artis, pasal benda viral .. Takde ye..  Maaf Mak bukan blogger yang nak ambil kesempatan atau "blogger lapar trafik". Tapi kali ni mak terpanggil nak tulis juga post ni.. 
Mak BUKAN nak highlightkan pasal si "DIA" yang telah diviralkan ( maaf mak dara takkan sebutkan nama artis tersebut) sebab post ni bukan pasal artis, pasal kes viral tapi mak nak sentuh pasal NASIHAT.. Dah baca kan? Surat terbuka dari Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ? Kalau belum meh Mak Dara nak kongsikan dengan anda...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SEMOGA (................ ) dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk (................ ) di Zouk, Kuala Lumpur.
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada (................ ) berkenaan hal ini. 
  1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
  2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
  3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
  4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
  5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
  6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
  7. Kami mengenali (................ ) sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada (................ )untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga (................ ) terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. 
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Dah baca? Lihat bahasa dan ayat yang digunakan oleh Mufti.. MUFTI ya.. Lihat cara seorang MUFTI dalam memberikan nasihatnya.. Bertapa berlapiknya setiap bait ayat yang ditulis. 
Dan sekarang bandingkan dengan NASIHAT DARI NETIZEN!
Ok Mak Dara ambik keputusan tidak akan screengrab atau printscreen apa apa nasihat yang telah ditulis oleh para netizen. Kalau tak.. sama je Mak Dara dengan "pemberi pemberi nasihat" itu .. Membuka aib manusia yang lain.. Tapi rasanya korang pun dah baca segala NASIHAT NASIHAT mereka itu kan? Apa pendapat korang tentang Nasihat dari Netizen tu? Setuju? Tak setuju? Honestly.. terpulanglah pada anda nak setuju nak bangkang nak suka nak marah. Bagi mak Dara..Sokong pun TIDAK apa pun TIDAK.  Tapi kalau nak nasihat tu cuba ambil contoh seperti Mufti ni.. Tapi sayangnya cara nasihat para Netizen nasihat seperti diri lebih hebat dari MUFTI. Menjatuhkan hukum itu dan ini.. Allahu.... Alangkah indahnya jika diantara kaum muslimin mengetahui adab-adab dalam bernasihat, saling menasihati dalam kebaikan akan timbul rasa cinta dan ukhuwah yang tinggi.
Tak salah kalau nak tegur dan nasihat. Mak Dara pun ikutkan nak juga tegur, gatalll je tangan nak tinggalkan komen. Tapi bagi Mak Dara if you have nothing good to say better keep it to yourself. Itu prinsip Mak Dara la.. Tapi kalau betul betul nak nasihat..
NASIHAT LAH DENGAN CARA BERKHEMAH.. 
BERIKAN PENDAPAT DAN SOLUSI  BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI KESALAHAN DI MASA HADAPAN

DOAKAN AGAR DIA BERUBAH KEARAH KEBAIKAN
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti kapas. Haaaaa itu nasihat dari Mak Dara laaaaa.... Tapi kalau korang tetap nak nasihat cara korang terpulanglah.... Tepuk dada tanya selera..

Bagi "yang dinasihati" pulak. Nasihat Mak Dara.. yang SALAH TETAP SALAH. yang BETUL TETAP BETUL. Walau salah atau betul terimalah segala nasihat dengan hati yang terbuka . Terimalah nasihat dengan rasa bersyukur kerana masih ada yang sudi mahu membawa kita kearah kebaikkan. Diri ni tak selalunya betul dan sempurna . Sifat sempurna hanya ada padaNya. Dan janganlah dimarah pada mereka yang menasihati . Sebab bila kita dinasihati maka kita dapat mengetahui akan kekurangan diri sendiri, dan bolehlah kita berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan itu. Itulah sebabnya, Umar bin Khattab RA pernah berkata,” aku akan berterima kasih kepada siapa saja yang menghadiahkan (mengingatkan) aib dan kekuranganku kepadaku”. Jadi..... 
Walau cara nasihat yang kita terima tu berbeza (nasihat ikhlas/nasihat kecam) Orang selalunya beri nasihat sebab sayang. Jadi sama samalah kita membaiki diri menjadi hamba yang dikasihiNya aamin. 

Tuesday, February 27, 2018

Khasiat CAROMA Bentong Ginger Tea

Anda suka minuman Teh Halia? Selalunya yang suka minum Teh halia ini bila Badan rasa tak sedap. Rasa angin penuh badan. Perut rasa sebu.. Maka petuanya minumlah teh halia.. Maka terpaksalah engko gigihkan diri yang tak sihat gi cari halia dalam peti ais. lepas tu gi cari pisau, pastu tu kupas kulit halia tu, pastu cari lesung batu, pastu duduk bersila di lantai sambil menumbuk halia sampai lumat. Tak habis di situ bangun dan jerang air sampai masak , cari teko cari teh cari gula dan campur semua sekali dan jadikan teh. Dan akhir sekali barulah masukan halia untuk dijadikan Teh halia untuk cuba mengubati . Jenuhhhh juga proses nak siapkan segelas teh halia. Meh Mak Dara kongsikan dengan korang cara lebih mudah sediakan teh halia dengan CAROMA Bentong Ginger Tea..

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling
CAROMA BENTONG GINGER TEA

Dengan CAROMA Bentong Ginger Tea senang je bukak sachet masuk dalam cawan berisi air panas kacau dan SIAP!!!! Taak payah lagi bersusah payah hehe. Selain dipercayai mampu buang angin badan CAROMA BENTONG GINGER TEA juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan yang lain.

Di antara kelebihan CAROMA BENTONG GINGER TEA ialah:
1. Membuang angin dalam badan, terutamanya bagi mereka yang banyak angin.
2. Mengurangkan stres.
3. Membantu mengurangkan masalah pernafasan yang biasa.
4. Membantu peredaran darah yang normal.
5. Mengurangkan rasa mabuk dalam perjalanan
6. Merawat sakit perut.
7. Meningkatkan sistem imun badan.
8. Mengurangkan keradangan.

Video Kisah Mak Dara , menantu dan CAROMA Bentong Ginger Tea

Dah tengok video di atas.. Macam macam Mak Dara nak dera menantu dia kan..Haaaaa... sekali menantu dia bagi dia minum ayaq CAROMA Bentong Ginger Tea ni.. Dari panaih hati terus cairrrrrr dibuatnya. Boleh terus jadi menantu kesayangan uols hahaha.

ok yang lebih istimewanya kerana CAROMA Bentong Ginger Tea bukan saja boleh jadi menantu kesayangan haha.. ia juga istimewa kerana ia ditanam di ladang halia mereka sendiri. Pengedaran adalah terhad dan hanya terdapat di Village Grocer. Dengar khabarnya ,  CAROMA Bentong Ginger Tea akan turut menyertai acara Health and Wellness yang dianjurkan oleh Village Grocer yang dijadualkan pada 1 hingga 11 Mac, jadi cepat dapatkan cawan CAROMA Bentong Halia Teh di lokasi seperti di bawah.

Lokasi seperti berikut :

1. Bangsar Village , Bangsar
2.Mont Kiara , Mount Kiara
3. Sinway Giza, Kota Damansara
4. Desa Park City , Desa Park
5. My Town , Peel Road Cheras

Sempena acara Health and Wellness yang akan berlangsung pada 1 – 11 mac ini. Caroma akan menyediakan 5 orang gadis promoter yang akan membawa dulang minuman sample dan akan diedarkan kepada para pelanggan di lokasi seperti di atas . Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para bakal pelanggan untuk mencuba minuman ini . Dan jika mereka suka akan minuman ni mereka boleh terus mendapatkan di boot booth yag disediakan di sana. Haaaa apa lagi jom dapatkan CAROMA Bentong Ginger Tea!!!!


Untuk lebih info boleh ke :


Sunday, February 25, 2018

Pakej Perkahwinan Lengkap Putrajaya 2018 Oleh Hanana Group Sdn Bhd

Anda Sedang Mencari Pakej Pakej Perkahwinan Lengkap di Putrajaya?
Jom baca selanjutnya dibawah..

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor

Pakaian pengantiin , kasut , dewan , catering , makanan yang sedap , pelamin , ohhhh macam macam lagi perlu difikirkan oleh bakal pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga bersama. Kadang kadang perkara perkara seperti ini boleh membuatkan pasangan pening dan ditambah pula dengan expectation dari kedua dua buah keluarga yang mahukan majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar dan sempurna. 

Tak perlu nak pening lagi. Kini semua kekusutan dan pening anda boleh diselesaikan. Bagaimana jika Mak Dara nyatakan terdapat Pakej Perkahwinan Lengkap khususnya buat penduduk PUTRAJAYA. Pakej Perkahwinan Lengkap Putrajaya ini disediakan oleh HANANA GROUP SDN BHD . 

Image may contain: indoor

HANANA GROUP SDN BHD menawarkan pakej lengkap dari busana perkahwinan , dewan, catering, majlis nikah dan macam macam lagi. Nak tahu lebih detail? 

PAKEJ PERKAHWINAN EKSKLUSIF HANANA GROUP

=======================================
.
✔️    DEWAN PERKAHWINAN EKSKLUSIF DAN GRAND

Dewan yang sangat cantik dan grand ala ala princess diaries gituu, membuatkan  
anda sebagai raja sehari menjadi perhatian dan tetamu akan selesa 
dgn keselesaan dan kecantikkan dewan.


No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, table, indoor and food

Image may contain: people sitting, table and indoor
.
✔️ DESIGN PELAMIN TERKINI DAN EKSKLUSIF
Pelamin design terbaru 2018 yang germalapan dan luas 
memenuhi ruang dewan perkahwinan anda.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: indoor
.
✔️ BUSANA PENGANTIN TERBARU DAN TRENDING MASA KINI
Baju pengantin yg baru dan ditempah khas ikut warna dan design pilihan anda. 

Image may contain: Adza Haiqal Haji Martias, standing

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, standing, wedding and indoor
.
✔️ KHIDMAT KHAS WEDDING PLANNER / WEDDING COORDINATER
Haaa bagi yang takde idea gempak gempak dan menarik untuk wedding anda. Jangan risau, expert wedding planner dari pihak  HANANA GROUP SDN BHDakan bantu anda. 

Image may contain: indoor
.
✔️ DEKORASI DEWAN YANG LENGKAP
Bukan sahaja kecantikkan dewan menambah seri tapi dekorasi 
khas untuk anda disediakan juga tau.

Image may contain: flower

Image may contain: flower and plant


✔️ SAJIAN MAKANAN YG SANGAT SEDAP DILENGKAPI DEKORASI
Wahhh dah la sedap, ada dekorasi pula tu. 'Test food' turut disediakan 

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people, table, flower, food and indoor

Haaaa macam manaaaaaa... Semua serbi lengkap kan?? Dengan Pakej Perkahwinan Lengkap PutrajayaPakej Perkahwinan Lengkap Putrajaya pasti melancarkan dan memudahkan persiapan perkahwinan anda. Dah tahu semua detail pasti anda nak tahu berapakah "mas kahwin" Harga pakej yang ditawarkan oleh mereka bukan? Ok boleh lihat dibawah..






Haaaaa Macam mana? Selengkap Pakej Perkahwinan Lengkap Putrajaya 2018 Oleh Hanana Group Sdn Bhd.. Selengkap itu juga detail Mak Dara cuba kongsikan dengan anda semua.. 

Ok sebelum Mak Dara mengundurkan diri , moh le Mak nak kongsikan dengan anda acara Meet & Greet Bloggers bersama pemilik HANANA GROUP SDN BHD iaitu Puan Norfazlin Bt Abd Ghafar atau lebih gemar dipanggil Lin sahaja.

Image may contain: Kang Ilham Muzaki
Temubual Mak Dara bersama Puan Norfazlin Bt Abd Ghafar 


VIDEO INTERVIEW MAK DARA BERSAMA Puan Norfazlin Bt Abd Ghafar 

Image may contain: 3 people, people smiling, closeup and indoor 
with my Bff Ellie Toh 

Image may contain: 9 people, people smiling

Image may contain: 14 people, including Saripah Bakar and Adza Haiqal Haji Martias, people smiling
rakan rakan bloggers yang hadir

Ok akhir kata....Jangan tunggu lagi. Jadikan majlis perkahwinan anda dengan gilang gemilang bersama HANANA GROUP SDN BHD . Boleh hubungi mereka di...

No automatic alt text available.
nOMBOR YANG BOLEH DIHUBINGI

FB PAGE

WEBSITE 

INSTAGRAM

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Sunday, February 18, 2018

Shila Amzah Menceburi Perniagaan Fesyen Muslimah Kontemporari Bersama Asyikin Exclusive

Shila Hamzah , satu nama yang telah mengharumkan Malaysia di mata dunia terutama di China dengan bakat dan nyaniannya yang sungguh hebat. Walaupun sedang sibuk dengan single lagu terbaru dan konsert yang bakal diadakannya pada hujung tahun ini, Shila Amzah yang sedang dalam fasa  "darah manis" setelah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Haris Idraki November lalu sempat melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan. 

Terbaru ketika ditemui di majlis MEET & GREET BERSAMA SHILA AMZAH yang bertempat di Butik ASYIKIN EXCLUSIVE Sabtu lalu telah menyatakan bahawa beliau telah mengadakan satu kerjasama dengan Nur Asyikin Rahmat dalam perniagaan fesyen muslimah kotemporari di Asyikin Exclusif selama setahun. Nur Asyikin telah memilih Shila Amzah sebagai rakan strategik untuk mempromosikan koleksi terbaru butik terkenal itu.

Image may contain: 2 people, outdoor and closeupImage may contain: 2 people, outdoor and closeupImage may contain: 2 people, outdoor and closeup
Mak Dara sedang menemuramah Shila Amzah 
di Meet & Greet Shila Amzah

Sesi Meet & Greet bersama Shila Amzah mendapat sambutan yang amat luar biasa kebanyakkan dari para pelanggan chinese yang berasal dari China yang berada di Setapak Mall petang itu. Setelah mengetahui bahawa Shila Amzah bakal hadir dan membuat persembahan , Butik Asyikin dikerumuni dan dipenuhi setiap ruang oleh mereka. Lebih menarik ketika Shila Amzah menyanyikan lagunya yang berbahasa Mandarin , kesemua mereka ikut menyanyi bersamanya. Wowwww sungguh menggagumkan .

Image may contain: 6 people, people standing
para blogger dan media menunggu ketibaan Shila Amzah

Image may contain: 11 people, people standing
Shila Amzah membuat persembahan yang sungguh bertenaga

Image may contain: 13 people
semua hadirin ikut bernyanyi bersama Shila Amzah

Image may contain: 1 person

Ditanya bagaimana Shila boleh membuat kerjasama dengan Nur Asyikin, katanya pakcik Asyikin sebenarnya adalah peminatnya di China. Dari sana mereka bertemu kemudian menjadi kawan sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama dalam bidang perniagaan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, skyscraper and outdoor
Shila Amzah bersama Puan Nur Asyikin

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor
Serasi bersama

Selain Shila Amzah , Sherry AL Hadad dan Puteri Sarah juga telah bersetuju untuk bekerjasama dengan butik Asyikn Exclusive. 

Puan Nur Asyikin menceritakan bahawa pembukaan ASYIKIN EXCLUSIVE ini merupakan butik ketiganya. 2 buah butik cawagan Asyikin Exclusive terdapat dekat Melaka. Satu di Mahkota Parade dan satu lagi di MITC, Melaka. Mak Dara sempat bertanya kepada Puan Asyikin kenapa dia memilih Setapak Sentral Mall sebagai lokasi cawangan ketiganya. Dia menyatakan bahawa target marketnya iaitu pelancong asing yang banyak tinggal di kawasan ini dan juga pelanggan wanita yang berumur antara 25 hingga 45 banyak datang dan membeli belah di sini membuatkan dia mengambil keputusan untuk mencari rezeki di sini.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Puteri Sara turut hadir 

Rekaan pakaian yang terdapat di ASYIKIN EXCLUSIVE menyamai apa yang terdapat di butik butik terkenal. Ini kerana beliau amat mementingkan kualiti kain yang digunakan untuk menghasikan pakaian yang berkualiti seiring dengan trend terkini , Dan membuatkan butik ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana mereka menjual pakaian mewah mereka dengan harga yang amat berpatutan. Siapa yang tak nak pakaian seperti di butik mewah namun dapat memilikinya dengan harga yang jauh lebih rendah kan?

Mak Dara ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Halim Nazeri dan Puan Asyikin kerana sudi menjemput Mak Dara kali kedua ke acara Meet & Greet ini. Semoga tak jemu jemulah menjemput diriku ini ya hehe. Mak Dara juga ingin doakan semoga Puan Nur Asyikin dan suami Ishak Tang dapat terus melebarkan sayap perniagaan mereka dan membuka lebih banyak cawangan butik ASYIKIN EXCLUSIVE di masa akan datang insyaallah. Dan kepada Shila AMzah semoga kolabrasi antara Shila dan Nur Asyikin bakal menempah kejayaan yang luar biasa. Dan ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU in advance dari Mak Dara hehehe semoga kekal hingga ke Jannah hendaknya In Syaa Allah Aamin.

Image may contain: 1 person, phone

Pada anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai ASYIKIN EXCLUSIVE boleh melayari laman sosial facebook dan instagram mereka.

FB ASYIKIN EXCLUSIVE

INSTAGRAM ASYIKIN EXCLUSIVE

Friday, February 16, 2018

Double Park - Hidup Jange Nyusoh Ke Ore

Double park . Pernah kena pada anda? Bila keluar ke arah kereta tup tup nampak kereta anda dah kena block oleh kereta lain.. Perkara ni sering berlaku di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.. Bukan nak salahkan pemandu yang double park tu 💯 %. Dah parking tak mencukupi maka terpaksa la double park kan kereta kan? 

Kejadian ni berlaku pada Mak Dara semalam.. Seriously mak tak kisah pun korang nak double park ke apa.. faham sangat sangat faham .. yang tak faham nape tak kasi hand break tu neutral.. berapa lama mak kene tunggu.. mak keluar dari keta dan cuba untuk tolak keta tu tapi tak dapat.. ada beberapa pejalan kaki cuba nak bantu juga tapi tak boleh. Bila tengok kat tepi tingkap rupanya pemandu yg double park tu tak letakkan gear neutral.. Maka terpaksa la keluarkan juga keta dengan cara Mcgyver dah la tak berapa pandai drive.. punyala lama melakukan aksi tandoori payat kedepan belakang depan belakang keluar.. dari tak marah terus rasa nak bertukor jadi incredible hulk dibuatnya.. Apa lagi dah keje mak penulis kannn maka mak pun mengarangkan lah sebuah nota buat pemandu yang sungguh “bertimbangrasa itu”.. Haaa bayangkan berapa lama keta tu double park sampai sempat aku tulis surat cinta ke dia ... 😡😡😡😡

kan dah keluaq bahasa gannu ke kelantan ke nogori pun tak tau... Mak ni susahhhh nak marah org tauuuuu . Walaupun marahhhhhh yang membara tapi mak bersangka baik je .. kot kot yang mendouble park ni tengah dalam emergency.. bini tengah shopping tetiba nak bersalin di mall tu maka terpaksa double park kottttt... 

Pada anda yang nak Double Park pada masa hadapan.. bertimbang rasa la sikit hendaknya ya..  Hidup Jange Nyusoh Ke Ore


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK