Thursday, February 8, 2018

Cawangan Ketiga Asyikin Exclusive Di Setapak Sentral Mall

Melangkah masuk ke sebuah butik yang sungguh eksklusif dan elegan. Membuatkan mata Mak Dara tak dapat fokus kerana hampir semua item yang terdapat di butik itu sungguh cantik dan menarik perhatian Mak. Butik apa? Butik ASYIKIN EXCLUSIVE.

Image may contain: 2 people, people smiling
Mak Dara bersama Puan Nur Asyikin pemilik Asyikin Exclusive

Bertambah kagum apabila disambut oleh senyuman mesra pemilik butik ini iaitu Puan Nur Asyikin. Acara Meet and greet @asyikin_exclusive bersama media dan bloggers wartawan-wartawan media, Majalah Harmoni, Berita Harian, Majalah Wanita, Utusan Online & Majalah Keluarga. Dimulakan dengan kata kata aluan dari Puan Nur Asyikin dan suami Ishak Tang. Semua hadirin mendengar ucapan mereka yang santai dan begitu friendly.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
ucapan oleh Puan Nur Asyikin dan suami Ishak Tang

Puan Nur Asyikin menceritakan bahawa pembukaan ASYIKIN EXCLUSIVE ini merupakan butik ketiganya. 2 buah butik cawagan Asyikin Exclusive terdapat dekat Melaka. Satu di Mahkota Parade dan satu lagi di MITC, Melaka. Mak Dara sempat bertanya kepada Puan Asyikin kenapa dia memilih Setapak Sentral Mall sebagai lokasi cawangan ketiganya. Dia menyatakan bahawa target marketnya iaitu pelancong asing yang banyak tinggal di kawasan ini dan juga pelanggan wanita yang berumur antara 25 hingga 45 banyak datang dan membeli belah di sini membuatkan dia mengambil keputusan untuk mencari rezeki di sini.

ASYIKIN EXCLUSIVE fokus dalam menjual pakaian muslimah kontemporari . Yesss memang fashion pakaian di butik ini sungguh terkini , up to date dan stylo dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dari pelbagai saiz dan peringkat umur. 


Live update Mak Dara di FB

Image may contain: 1 person, smiling  Image may contain: 2 people, stripes

Image may contain: 2 people, people smiling

Dari tudung, shawl , seluar jeans , palazo , jubah , skirt , blouse dan pelbagai lagi terdapat di ASYIKIN EXCLUSIVE .  Dan yang paling menarik apabila Puan Asyikin telah berkolabrasi bersama artis terkemuka seperti Puteri Sarah Liyana, Shila Amzah, dan Sherry Al Hadad. Kata pengasas butik ASYIKIN EXCLUSIVE pertemuannya bersama artis terkemuka seperti Puteri Sarah Liyana, Shila Amzah, dan Sherry Al Hadad adalah seperti dipertemukan dengan bidadari syurga. Nak tahu kenapa ? Jom lihat video di bawah.

Video Review ASYIKIN EXCLUSIVE oleh Mak Dara 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing  Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Puan Asyikin telah berkolabrasi bersama 3 selebriti tersebut dan akhirnya telah mengeluarkan koleksi masing masing. Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada keupayaan masing masing untuk memperkenalkan koleksi Asyikin. 

Rekaan pakaian yang terdapat di ASYIKIN EXCLUSIVE menyamai apa yang terdapat di butik butik terkenal. Ini kerana beliau amat mementingkan kualiti kain yang digunakan untuk menghasikan pakaian yang berkualiti seiring dengan trend terkini , Dan membuatkan butik ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana mereka menjual pakaian mewah mereka dengan harga yang amat berpatutan. Siapa yang tak nak pakaian seperti di butik mewah namun dapat memilikinya dengan harga yang jauh lebih rendah kan?

Semasa acara Meet and greet @asyikin_exclusive bersama media dan bloggers ni rasanya Mak Dara lah antara yang sangatttt eksited. Kenapa? Kerana butik ini di Mall yang berada di bawah condo yang mak dara duduki. Senanglaaaa Mak Dara nak ke butik ni selalu. Dan dalam kesibukkan menginterview dan cover acara ni Mak Dara dah tahu apa yang Mak Dara nak beli untuk pakaian hari raya tahun ni .. Sempat kannnnnn hahaha. Kata orang sambil menyelam minum air sambil datang event sambil recce baju raya gitew..

Mak Dara ingin doakan semoga Puan Nur Asyikin dan suami Ishak Tang dapat terus melebarkan sayap perniagaan mereka dan membuka lebih banyak cawangan butik ASYIKIN EXCLUSIVE di masa akan datang insyaallah.



Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Antara media dan blogger yang hadir

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing

Image may contain: 2 people, people smiling, indoor

Pada anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai ASYIKIN EXCLUSIVE boleh melayari laman sosial facebook dan instagram mereka.

FB ASYIKIN EXCLUSIVE

INSTAGRAM ASYIKIN EXCLUSIVE

TRAILER PROMO REVIEW di INSTAGRAM ADZAIRDAWATI aka MAK DARA



No comments:

Post a Comment

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK