Sunday, February 18, 2018

Shila Amzah Menceburi Perniagaan Fesyen Muslimah Kontemporari Bersama Asyikin Exclusive

Shila Hamzah , satu nama yang telah mengharumkan Malaysia di mata dunia terutama di China dengan bakat dan nyaniannya yang sungguh hebat. Walaupun sedang sibuk dengan single lagu terbaru dan konsert yang bakal diadakannya pada hujung tahun ini, Shila Amzah yang sedang dalam fasa  "darah manis" setelah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Haris Idraki November lalu sempat melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan. 

Terbaru ketika ditemui di majlis MEET & GREET BERSAMA SHILA AMZAH yang bertempat di Butik ASYIKIN EXCLUSIVE Sabtu lalu telah menyatakan bahawa beliau telah mengadakan satu kerjasama dengan Nur Asyikin Rahmat dalam perniagaan fesyen muslimah kotemporari di Asyikin Exclusif selama setahun. Nur Asyikin telah memilih Shila Amzah sebagai rakan strategik untuk mempromosikan koleksi terbaru butik terkenal itu.

Image may contain: 2 people, outdoor and closeupImage may contain: 2 people, outdoor and closeupImage may contain: 2 people, outdoor and closeup
Mak Dara sedang menemuramah Shila Amzah 
di Meet & Greet Shila Amzah

Sesi Meet & Greet bersama Shila Amzah mendapat sambutan yang amat luar biasa kebanyakkan dari para pelanggan chinese yang berasal dari China yang berada di Setapak Mall petang itu. Setelah mengetahui bahawa Shila Amzah bakal hadir dan membuat persembahan , Butik Asyikin dikerumuni dan dipenuhi setiap ruang oleh mereka. Lebih menarik ketika Shila Amzah menyanyikan lagunya yang berbahasa Mandarin , kesemua mereka ikut menyanyi bersamanya. Wowwww sungguh menggagumkan .

Image may contain: 6 people, people standing
para blogger dan media menunggu ketibaan Shila Amzah

Image may contain: 11 people, people standing
Shila Amzah membuat persembahan yang sungguh bertenaga

Image may contain: 13 people
semua hadirin ikut bernyanyi bersama Shila Amzah

Image may contain: 1 person

Ditanya bagaimana Shila boleh membuat kerjasama dengan Nur Asyikin, katanya pakcik Asyikin sebenarnya adalah peminatnya di China. Dari sana mereka bertemu kemudian menjadi kawan sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama dalam bidang perniagaan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, skyscraper and outdoor
Shila Amzah bersama Puan Nur Asyikin

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor
Serasi bersama

Selain Shila Amzah , Sherry AL Hadad dan Puteri Sarah juga telah bersetuju untuk bekerjasama dengan butik Asyikn Exclusive. 

Puan Nur Asyikin menceritakan bahawa pembukaan ASYIKIN EXCLUSIVE ini merupakan butik ketiganya. 2 buah butik cawagan Asyikin Exclusive terdapat dekat Melaka. Satu di Mahkota Parade dan satu lagi di MITC, Melaka. Mak Dara sempat bertanya kepada Puan Asyikin kenapa dia memilih Setapak Sentral Mall sebagai lokasi cawangan ketiganya. Dia menyatakan bahawa target marketnya iaitu pelancong asing yang banyak tinggal di kawasan ini dan juga pelanggan wanita yang berumur antara 25 hingga 45 banyak datang dan membeli belah di sini membuatkan dia mengambil keputusan untuk mencari rezeki di sini.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Puteri Sara turut hadir 

Rekaan pakaian yang terdapat di ASYIKIN EXCLUSIVE menyamai apa yang terdapat di butik butik terkenal. Ini kerana beliau amat mementingkan kualiti kain yang digunakan untuk menghasikan pakaian yang berkualiti seiring dengan trend terkini , Dan membuatkan butik ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana mereka menjual pakaian mewah mereka dengan harga yang amat berpatutan. Siapa yang tak nak pakaian seperti di butik mewah namun dapat memilikinya dengan harga yang jauh lebih rendah kan?

Mak Dara ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Halim Nazeri dan Puan Asyikin kerana sudi menjemput Mak Dara kali kedua ke acara Meet & Greet ini. Semoga tak jemu jemulah menjemput diriku ini ya hehe. Mak Dara juga ingin doakan semoga Puan Nur Asyikin dan suami Ishak Tang dapat terus melebarkan sayap perniagaan mereka dan membuka lebih banyak cawangan butik ASYIKIN EXCLUSIVE di masa akan datang insyaallah. Dan kepada Shila AMzah semoga kolabrasi antara Shila dan Nur Asyikin bakal menempah kejayaan yang luar biasa. Dan ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU in advance dari Mak Dara hehehe semoga kekal hingga ke Jannah hendaknya In Syaa Allah Aamin.

Image may contain: 1 person, phone

Pada anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai ASYIKIN EXCLUSIVE boleh melayari laman sosial facebook dan instagram mereka.

FB ASYIKIN EXCLUSIVE

INSTAGRAM ASYIKIN EXCLUSIVE

4 comments:

  1. suka juga Shila Amzah ni.. semoga makin maju jaya dia. niat baik hati bersih insyallah Allah mudahkan urusan =)

    ReplyDelete
  2. Best jumpa Kak Adza di meet & greet shila amzah semalam...hope dapat jumpa gather lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dearrrrr yesssssss hope to see u again tooooooo hehehe

      Delete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK