Friday, March 30, 2018

Kenapa Nama Janda Juga Yang Nak Dipetik

Bila mata mula mencari bantal. Tibalah masanya untuk tutup handphone. Selagi tak tutup benda tu selagi tu la otak asyik teringat macam macam nak ditulis dan dibaca di kaca screen tu. Mulalah nanti tangan mula gatal meraba mencari dan scroll menscroll pun bakal berjalan tanpa henti. Habih bila nak tidoq kan? Maka sebelum nak off tiba tiba mata gatal lihat notification yang tertera.. Adehhh kalau tak baca mau tak tenang lena haha. Maka buka lah jua . Ada macam macam jenis message yang masuk dan tiba tiba satu mata terpaku melihat satu gambar yang dihantar di whatsapp..

Image may contain: 1 person, outdoor
gambar credit whatsapp user dan google

Sekali baca mungkin korang akan rasa lucu jugak iklan ni kan. Tapi bila dua tiga kali baca .. korang rasa tak apa yang mak dara rasa.. Hmmmmm memang le tak salah nak beriklan. Kreatif memang kreatif la.. Pasti kalau yang lalu lalang akan terhenti dan pasti akan baca berkali kali. Mau terteleng kepala macam mamat dalam gambar tu. Kira berjayalah iklan tu.. Tapi sayang cuma satuuuuuu sajaaaa..

Kenapa nama JANDA juga yang nak dipetik. Seolah olah status "JANDA" itu membawa satu maksud yang buruk yang menakutkan.. Walaupun Mak Dara seorang Balu dan bukanlah janda tapi Mak mempunyai teman dan saudara yang memegang status ini. Makanya cubit peha belah kanan peha kiri pun terasa juga. Sudah sudahlah nak menjatuhkan status ini. Tak terpikirkah bertapa sukarnya kehidupan wanita yang bergelar janda. Sukar atas kehilangan, sukar untuk meneruskan hidup dan karier , sukar untuk membesarkan keluarga sendirian dan pelbagai lagi kesukaran yang harus dialami mereka yang bergelar JANDA . Maka seharusnya ELAKKAN lah dari terus menggunakan status ini dari dikaitkan dengan segala yang negatif boleh tak? Bersangka baiklah kita sesama manusia tidak mengira status , darjat , bangsa atau agama.. 

Haaaaa sorrylah entry Mak dara kali ni sedikit emo.. Esok esok mak dara mood happy balik ye...


Tuesday, March 27, 2018

LARIAN MASK RUN 2018



Anda minat menyertai acara larian? Haaa ada berita baik untuk anda.. Tidak lama lagi akan berlangsungnya sebuah acara larian amal iaitu MASK RUN iaitu sebuah aktiviti larian yang berkonsepkan larian bertopeng. Bertpoeng?? Yaaa memang Mask Run ni unik daan laain dari acara larian yang lain. Peserta larian ini dikehendaki memakai topeng.. Pakailaha topeng apa sekalipun.. Lagi kreatif topeng yang anda pakai tu maka semakin cerahlah harapan anda untuk memenangi title "Topeng Terbaik" dan bakal membawa pulang hadiah handphone .. Hebat tak??

 Acara larian MASK RUN ini akan berlangsung pada 15hb April 2018. Sepanjang 7 kilometer panjang laluan yang akan dilalui oleh semua peserta . Dan acara akan bermula seawal jam 6 pagi daan melalui jalan Raja Laut menuju ke Bukit Nenas dan kembalii ke Dataran Merdeka melalui kawasan Masjid India.

ROUTE LALUAN MASK RUN

MASK RUN mendapat sokongan dari pihak DBKL. Objektif utama mereka adalah untuk meningkatkan kkesedaran dan memberi motivasi kepada masyarakat menjalani hidup yang lebih sihat.

ANtara aktiviti lain yang menarik terdapat dalam acara Mask Run ini adalah seperti cabutan bertuah dan juga penampilan dan persembahan istimewa dari artis terkenal negara iaitu AIMAN TINO, AZZA ELITE, dan SHASHA SAIDIN . 

Mari Mak kongsikan detail dan syarat penyertaan yang lebih lengkap kepada anda yang minat untuk menyertai MASK RUN ini.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MASK RUN

  1. Prorgam ini terbuka kepada semua golongan dan peringkat usia.
  2. Penyertaan peserta di bawah umur 12 tahun adalah PERCUMA.
  3. Peserta berumur 17 tahun dan ke bawah dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga seperti yang tertera pada borang pendaftaran online dan offline. Borang kebenaran WAJIB ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
  4. Sekiranya peserta menarik diri selepas mendaftar, yuran pendaftaran TIDAK akan dikembalikan.
  5. Sebarang kemalangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas larian adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  6. Peserta perlu mendaftar dan membuat bayaran seperti yang dimaklumkan di bawah bagi mengesahkan penyertaan.
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada tepat jam 12 pagi 6 APRIL 2018. Sebarang rayuan selepas tempoh pendaftaran ini tidak akan dilayan.
  8. Setiap peserta akan mendapat 1 x MEDAL dan T-SHIRT EKSKLUSIF LARIAN MASK RUN 2018
  9. Terdapat juga acara Cabutan Bertuah di mana peserta berpeluang memenangi TV LED 26", barangan elektrik bernilai sehingga RM500 dan wang tunai berjumlah RM600.
  10. Bagi peserta yang membawa mask paling kreatif dan menarik, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai, voucher dari Salon RATU KD dan banyak lagi.
  11. Sebarang keputusan daripada pihak pengadil dan penganjur sepanjang acara adalah muktamat. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kalau kome malas nak baca panjang lebor . Klik jer video di bawah senang.. Biar video je yang jelaskan segalanya hehe. Pada yang minat Aiman Tino tu tunggu diakhir video. Ada ucapan istimewa untuk anda .. Gitew...

Video di Majlis Sidang Media Mask Run 

Pada yang nak joint tu mesti nak tahu berapa yuran penyertaannya kan? Yuran hanya 60 ringgit sahaja. Dan bagi kanak kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Setiap peserta akan mendapat medal penyertaan dan T Shirt larian.  Oklah bagi yang nak tahu lebih lebih lebih lanjut lagi boleh ke :

LAMAN RASMI MASK RUN

FB PAGE MASK RUN

Atau boleh hubungi 013 259 2009 / 019 2010602

Jangan lambat untuk mendaftar kerana tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6hb April 2018. Jadiiiii jangan tunggu lagi jom daftar sekarang!!!!!!


Saturday, March 24, 2018

PRP PLATELET RICH PLASMA RAWATAN DRAKULA UNTUK WAJAH

Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan. Terdapat pelbagai jenis rawatan kecantikkan yang ditawarkan kini. Namun kita harus lah memastikan setiap rawatan yang bakal kita lakukan adalah selamat dan berkesan. Dan sebelum melakukan sebarang rawatan kita harus buat sedikit penyelidikan tentang kaedah rawatan , keberkesanan dan sellidik juga tempat atau klinik yang menawarkan rawatan itu. Bila dah betul betul pasti maka teruskan niat anda untuk mendapatkan rawatan itu. Bagi Mak Dara, Mak telah memilih untuk melakukan RAWARAN PLATELET RICH PLASMA ( PRP ) atau rawatan digelar RAWATAN DRAKULA kerana rawatan ini menggunakan darah . Darah kita sendiri . Dan Mak Dara memilih PREMIER CLINIC untuk menjalani rawatan ini kerana PREMIER CLINIC telah di VOTED kan sebagai TOP 3 BEST AESTHETIC CLINIC di Malaysia !!! Kita harus memilih yang terbaik untuk diri kita . Dan ini pulak untuk kecantikkan wajah, harus lah lebih cerewet dan teliti .. Setuju tak?

PRP atau Platelet Rich Plasma (Dracula Facial) Adalah Perawatan Kecantikan Yang Disamakan Dengan Facelift Tanpa Pembedahan. Rawatan ini dapat membetulkan kedutan, parut, kerosakan akibat sinaran matahari serta hitam di bawah kawasan mata (mata panda). Menarik bukan. Nak tahu lebih lanjut tentang RAWATAN PRP.. Meh Mak kongsikan.

Image may contain: one or more people and people sitting

Sebelum masuk ke babak suntik menyuntik ni.. Moh mak nak flash back balik dan kongsi step dari mula hingga akhir  macam drama sikit ok hehe

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor
konsultasi bersama Dr Jaswine Chew


Sebelum apa apa rawatan dijalankan, anda akan bertemu dengan doktor yang bertugas. Dan pada hari itu saya ditemukan dengan  Dr Jaswine Chew . Kecil molek saja orangnya tapi sangat berpengalaman. Pada sesi ini Dr Jaswine menerangkan presedur PRP. Dia juga menerangkan tentang faedah dan kebaikan rawatan ini. Dan bila dah betul betul faham barulah boleh teruskan dengan rawatan ini.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, text
Harus mengambir gambar before and after


Sebelum melakukan rawatan anda perlu mengambil gambar before and after. Ini supaya anda dapat membezakan hasil dan result sebelum dan selepas menjalani rawatan ini.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor


Wajah harus dicuci terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan. Ini dilakukan agar takde kotoran di bahagian wajah. Lebih mudah kalau anda ke klinik tanpa mengenakan sebarang makeup. Sebab nanti kene buang juga semua makeup tu . Betul tak?

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, text


Krim kebas di letakkan di seluruh wajah .Kalau tak taruk numbing cream ni mau menjeritttt nanti masa kena cucuk hehe. Pakai sekejap je cream ni rasa sejuk saja. Dan dengan sekelip mata anda akan mula rasa kebas. Time ni nak cakap pun dah susah sikit.

Image may contain: 2 people, including Adza Irdawati Adenan
Muka nervous sebelum Dr Jaswine nak ambil darah 


Langkah seterusnya adalah pengambilan darah . Time ni Mak Dara sangat nervous. Nak senyum ke nak nangis pun tak tau lah time ni haha. Tapi tahan aje lah. Nak cantik punya pasal kannnn...

Image may contain: one or more people
Darah diambil dari lengan


 Dr Jaswine Chew mengambil darah lengan. Tak banyak hanya satu bekas je. Teringat lagi time sekolah dulu. Mau lariiii kalau doktor datang kesekolah untuk suntik . Tapi dah tua tua ni relax je . Walaupun dalam hati gelabah .

Image may contain: one or more people and phone
Darah dimasukkan ke dalam mesin pengasingan darah


Step seterusnya ialah darah yang diambil dari lengan akan dimasukkan dalam satu tube silindir . Dan kemudian di masukkan dalam mesin pengasingan darah.

Image may contain: one or more people
Akhirnya darah dapat diasingkan

Image may contain: one or more people, people eating and food
Haaa sekarang masa yang dinanti.. CUCUKKKK TIME!!!


Mula mula nak disuntik tu punyalah takut. Namun setelah cucukan pertama. Legaaa sebab tak rasa sakit langsung. Terima kasih cream kebas!! Memang penyelamat!! Jadi pada yang takut dengan suntikan, jangan takut ok memang tak sakit. I promise..

Image may contain: 1 person
Dr Jaswine suntik bahagian laughing line


Kata Dr Jaswine , dia akan menyuntik di bahagian yang bermasalah saja. Dia pun suntiklah di bahagian laughing line dahulu . 

Image may contain: one or more people
Suntikan untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata


Seterusnya Dr Jaswine cucuk di bahagian lingkaran hitam bawah mata. Haaa pada mereka yang mempunyai "mata panda" terutama orag yang selalu tidur tak cukup. Ini adalah penyelesaian yang terbaik untuk anda. Kemudian Dr Jaswin membuat beberapa lagi cucukan di kawasan wajah Mak Dara yang bermasalah.

Image may contain: 2 people, indoor
akhirnya.... SELESAIIIIIIIIIIIII !!!!


Dalam 15-20 minit . Dan akirnya SIAPPPPPP!!!! Fuhhh time ni rasa macam nak lompat ke langit saja sebab dah selesai dari terus dicucuk tanpa henti.

Image may contain: 1 person
Nampak tak muka happy tak reti nak cover hehe


Yang part paling besttttt ialah bila diberi cermin. Mak aihhhhh INSTANT RESULT !!! Boleh terus nampak perbezaan pada masa tu juga. Mak Dara tak dapat nak kawal ke"happy"an mak tu. Terkekek kekek gelak je bila ngadap cermin. Terdetik lawa jugak aku no.. hahaha Haaaa maka itulah step step dalam menjalani rawatan PRP PLATELET RICH PLASMA. Mudah , Cepat dan AMAT BERKESAN.

Info lanjut mengenai Rawatan PRP
Terapi plasma yang kaya dengan platelet (PRP) melibatkan darah diambil dari badan pesakit, sama seperti melakukan ujian darah. Darah itu dimasukkan ke dalam mesin yang mengasingkan sel darah, platelet dan serum. Unsur-unsur ini kemudiannya disuntik semula ke dalam bahagian badan yang memerlukan rawatan. Proses ini kadangkala digelar terapi ‘Puntianak’ atau ‘Drakula’.
Faktor-faktor pertumbuhan dilepaskan oleh platelet tersebut ke dalam badan, yang berperanan membaiki badan dengan cara mencetuskan sel-sel kulit menghasilkan tisu dan kolagen baru. Ini menyihatkan lagi kulit kerana kulit yang tumbuh semula itu lebih bermaya dan kelihatan lebih berseri, manakala kolagen juga menjadikan kulit lebih halus dan licin.
Bergantung pada pesakit, biasanya 2-3 rawatan disyorkan tetapi ini mungkin berbeza dan doktor akan berbincang dengan anda untuk menentukan bilangan sesi yang sesuai.
HASIL DAN PEMULIHAN
Kulit anda akan menjadi jauh lebih pejal dan licin dalam masa 3 minggu selepas rawatan, dan anda akan nampak hasilnya bertambah baik sepanjang beberapa bulan yang seterusnya. Kesannya bertahan sekitar 18 bulan, maka rawatan tambahan diperlukan untuk memelihara rupa kulit anda. Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi kesan ini ringan dan sementara. Tempoh pemulihannya, jika ada, singkat sahaja dan risiko berlakunya kesan sampingan sangat kecil kerana rawatan serba asli ini menggunakan unsur-unsur yang dihasilkan oleh badan anda sendiri. Itulah sebabnya rawatan ini lebih berkesan dan lebih selamat berbanding dengan banyak teknik awet muda yang lain. Tips penting sebelum mendapatkan rawatan PRP ialah tidur secekupnya. Jangan terlalu stress. Dan kalau boleh janganlah makan makanan yang heavy sebelum rawatan. Dan lepas menjalani rawatan ini pula anda perlulah minum air kosong banyak banyak. Lagi banyak minum bertaambah glow wajah dan kulit jadinya.

Macam mana? And juga nak dapatkan rawatan PRP ini, atau rawatan rawatan yang dalam senarai di atas? Bolehlah terus ke PREMIER CLINIC di cawangan cawangan seperti di bawah ya.


CAWANGAN TTDI:
31, JALAN WAN KADIR 2, TAMAN TUN DR ISMAIL,
60000 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6625453

CAWANGAN BANGSAR:
40, JALAN TELAWI, BANGSAR BARU,
59100 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6624278

CAWANGAN PUCHONG:
G-15, IOI BOULEVARD, JALAN KENARI 5, 
BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 
PUCHONG, SELANGOR.
TEL: 016-7060101


Ok Rasanya Mak Dara dah tulis panjang lebaq mengenai rawatan PRP ni. Pada yang rajin baca baguuslahhhh.. Tapi pada yang malas nak baca panjang panjang, korang klik je video Mak Dara di bawah ni. Semua step dan interview bersama Dr Jaswine ada didalam video ini.

VIDEO REVIEW RAWATAN PRP BERSAMA MAK DARA 

Saturday, March 3, 2018

Losyen Kurus Dan Bakar Lemak EFFENZY MYRACLE LOTION

Anda nak kurus ? Nak slim melim? Nak cantik? Nak bakar Lemak tepu yang degil.. Macam macam dah cuba? bersenam di gym.. Berdiet. tinggalkan semua nikmat makanan berlemak , makan semua jenis ubat untuk kuruskan badan yang tedapat di pasaran tapi semua yang anda lakukan masih tak mendatangkan hasil. Welll jangan putus asa dulu.. Mak Dara nak kenalkan anda dengan sebuah produk EFFENZY MYRACLE LOTION. Ia adalah losyen untuk bakar lemak 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling
EFFENZY MYRACLE LOTION


Sebenarnya Mak Dara pun dah letih dah bila tiap kali jumpa orang asyik cakap gebunya sekarang.. sihatttt nya sekarang. Jadi Mak Dara pun cubalah Myracle lotion dari Effenzy ni.. Part yang paling bestttt lotion ni ialah bila sapu dia sejukkkkkkkkkkkk je.. Sebab sebelum ni Mak dara dah pernah cuba losyen kurus yang panas.. Mau berpijorrr kulit perut mak.. jenuh ambik ais nak kasi sejuk. Dan satu lagi yang best tentang lotion ni ialah ia sangat wangiiiiiii!! Takde lah berbau pelik satu rumah kannnn.. Ok meh Mak Dara kongsikan kebaikan EFFENZY MYRACLE LOTION


FUNGSI-FUNGSI Efeenzee Myracle Lotion👇

🍀Mencairkan lemak dan menjadikan tubuh lebih langsing dengan cara selamat.

🍀Membantu menghilangkan selulit

🍀Membantu melancarkan peredaran darah

🍀Membantu membuang angin dalam badan

🍀Membantu menghilangkan/ memudarkan 'strech mark'

🍀Membantu melawaskan pembuangan

🍀Membantu melegakan sakit kepala

🍀Membantu tidur lebih lena terutama kepada pesakit 'insomnia'

🍀Membantu menstabilkan emosi kanak2 hiperaktif

🍀Membantu menyahkan bau badan

🍀Membantu mengembalikan stamina

🍀Membantu melegakan kesakitan pinggang dan lutut

🎒CIRI-CIRI Effenzee Myracle Lotion👇

💓Mesra Wudhuk
💓Bersifat sejuk dan melegakan
💓Aroma yang wangi
💓Tidak melekit dan berminyak
💓Tidak memedihkan dan merengsakan kulit
💓Sesuai dengan semua peringkat umur
💓Harga yang berpatutan

Haaaa kalau tak tengok video ni korang memanggg rugiiii 
ada something special di hujung video ni cer tengok..

Nak tahu cara nak bakar lemak dengan mudah dengan menggunakan pakai lotion ni ? Sapu pada perut ikut pusingan arah lawan jam sampai kering ndan tepokkan secara perlahan dan cubit cubit sikit kawasan lemak degil tu. Tu teknik untuk kejutkan segala lemak yang sedap tidor hehe

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling

Apa lagi jom lah cuba .. Jom bakar lemak ramai ramai dengan losyen bakar lemak paling berkesan .Untuk keterangan lebih lanjut boleh ke link dibawah ya .. Selamat mencuba...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK