Sunday, April 1, 2018

KATAKAN TIDAK PADA APRIL FOOL


As salam duhai teman.. Kini rata rata semua umat Islam sudah mengetahui dan menyedari kenapa kita tidak dibenarkan untuk menyambut hari April Fool ni kan.. Pada yang tidak tahu menahu akan hal ini. Mungkin anda akan mendapat penerangan yang lebih terang daripada pihak JAKIM sendiri di laman portal Jakim di entry nya bertajuk Fatwa Dan Hukum Menyambut ‘April Fool’s Day’ @ http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool-s-day

Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Berdasarkan fatwa-fatwa di dalam laman portal itu, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.Maka dengan itu marilah kita bersama sama..


KATAKAN TIDAK 

PADA APRIL FOOL
April fool

1 comment:

  1. Iye betul !! Penipuan yang cukup besar dilakukan mereka terhadap orang Islam. Dan sepatutnya tiap-tiap tahun kita harus diingatkan tentangnya

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK