Tuesday, April 17, 2018

Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Pemenang Face Of Zeeta 2018

Image may contain: 5 people, including Nabila Syifaa and Zakiah Arazak, people smiling, people standing
Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Pemenang Face Of Zeeta 2018 

Assalam duhai teman. Hari ni Mak Dara nak kongsikan satu cerita dengan uols tentang sebuah majlis yang baru Mak Dara hadiri beberapa hari yang lalu iaitu Majlis Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018  . Pernah dengar tentang produk ZEETA? Mestiii pernah kan... Tapi pada yang tak pernah meh mak nak habaq mai..

Zeeta bermula sebagai pengeluar produk kecantikan pertama berasaskan mawar organic pada awal 2010.  Zeeta kini gah berdiri dengan 9 rangkaian produk terbaik iaitu serum muka, garam mandian, krim muka siang dan malam, pencuci muka, skrub badan, pati mandian, pencuci Miss-V wanita, pati mawar dan wangian terapi. Produk signature Zeeta iaitu Rose Face Serum telah mula menguasai pasaran kerana keyakinan pengguna dengan fomulasi baru yang berkesan .

Mak Dara antara pengguna tegar ZEETA ENERGY BOOSTER sejak 2 tahun lalu lagi. Bauan lembut bunga ros memberikan efek ketenangan minda kepada si pemakai. 



 Pelancaran Produk PIBF Dan Finale Face Of Zeeta 2018

Siapa dibelakang Tabir kejayaan kepada produk ZEETA ni? Haaaa dia merupakan salah satu idola Mak Dara. Teringin rasanya nak berjaya macam beliau. Dia tidak lain dan tidak bukan ialah Puan Zaiti Noordin .

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Puan Zaiti Noordin merupakan anak kelahiran Perlis, telah melibatkan diri di dalam dunia keusahawan selama 10 tahun,  Kini sudah10 tahunPuan Zaiti menerajui Zeeta di bawah syarikat pengurusan Richnine Resources Sdn Bhd yang di usahakan bersama suami tercinta. Zeeta kini telah berjaya melebarkan sayapnya ke Indonesia selepas berjaya di Singapura. Menjadi matlamat Puan Zaiti sekarang ini untuk membesarkan Empayar Zeeta ke seluruh Asia Tenggara.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan and Zaiti Noordin, people smiling, closeup
Mak Dara bersama Puan Zaiti Noordin 

Image may contain: 5 people, including Adza Irdawati Adenan, people smiling
Mak Dara bersama blogger blogger meletops
Uyul Kak Hanny dan Ellie Toh..

Bertempat di Hotel Ancasaa KL dan bertemakan Putih dan Ungu suasana kemeriahan dapat dirasakan oleh para tetamu. Mata tertumpu kepada para finalis Face Of Zeeta 2018 Pertandingan ini merupakan pencarian serta mencungkil potensi diri gadis dan wanita yang layak menjadi ikon Zeeta 

Image may contain: 7 people, including Juliewiduri Ibrahim, Mel Lissa and Nurmujahidah Ismail, people standing
finalis Face Of Zeeta 2018

Image may contain: 5 people, people sitting and indoor
Para juri untuk Face Of Zeeta 2018

Dan enam finalis yang telah berjaya ke peringkat akhir pencarian Face Of Zeeta 2018 ialah Puteri Ira , Nur ZubilahMahirah Adam , Iffah SyahirahSyafirah Idris dan Fazeera Jasli . Keenam enam finalis ini bukan sahaja memiliki wajah yang cantik. personalitty yang menarik , mereka juga bijak dan mempunyai bakat dan kelebihan masing masing. Ada antara mereka yang pandai menyanyi , bermain gitar dan banyak lagi. Mak Dara tengok berkerut kerut jugalah wajah juri juri pada petang itu untuk memilih para pemenang hehe..  Dan pemenangnya ialah...

Face Of Zeeta 2018, Finale Face Of Zeeta 2018, Majlis Pelancaran Produk PIBF, pengasas produk Zeeta, PIBF (program insentif Business Founder), Puan Zaiti Noordin, Zeeta, Zeeta Serum Mawar
PEMENANG FACE OF ZEETA 2018 
Tempat Pertama Puteri Ira  , Tempat Kedua Nur Zubilah ,Tempat Ketiga Mahirah Adam


Tahniah kepada semua pemenang dan juga kepada finalis finalis . Semoga dengan kemenangan ini dapat membuka laluan kepada anda untuk lebih maju jaya di masa hadapan insyaallah.. Ok habis bab Face Of Zeeta 2018 . Mak nak cerita pulak tentang Majlis Pelancaran Produk PIBF yang diadakan serentak dengan majlis ini. 

PIBF ialah Program insentif Business Founder kepada pembabitan wanita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kumpulan pertama program ini telah di hadiri oleh 15 orang peserta. Selepas program, para peserta terus dibimbing selama 3 bulan dan 5 orang peserta berjaya melancarkan jenama dan produk mereka hanya selepas 4 bulan.
5 Founder yang menyertai program pibf dan telah berjaya melancarkan produk sendiri iaitu :

Nida Hashim – Pengasas produk jenama LYPSYNC – merupakan lipbalm HOME MADE berasaskan bahan semulajadi.

*Syamira Sabudin – Pengasas produk jenama BAMBALM. Terdapat 9 jenis balm – Happy Tummy, Bugs Off, Kids Chest Rub, Baby Chest Rub, Immunity Booster,Calming, Skin Rub, Focus Balm dan Sweet Sleep.

*Reen Mohamed Noah –  Jenama Reen Dzakrin yang lebih menumpukan kepada pakaian tempahan custom-made dan rekaan khas yang eksklusif, untuk semua majlis dan acara.

*Intan azirah  –  Founder kepada jenama Pure Darling. Mengeluarkan produk sabun penjagaan kulit berasaskan madu kelulut, selamat & bebas bahan kimia berbahaya.

*Diana Mamadil –  Pengasas produk jenama Ann Dee. Ann Dee Sugar Body scrub terdapat dalam 3 jenis iaitu: 1. Slimming , 2. Moisturizing, 3. Relaxing
Image may contain: 5 people, people smiling, text

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor

VIDEO MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIBF & FINALE FACE OF ZEETA oleh Mak Dara 

Akhir kata , Mak Dara nak ucapkan tahniah kepada pemenang FACE OF ZEETA 2018 . Tahniah juga kepada 5 founder produk yang telah berjaya menghasil dan melancarkan produk produk mereka pada majlis ini. Namun setinggi dan sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada Puan Zaiti , suami dan seluruh warga kerja Zeeta kerana telah berjaya menjayakan majlis yang hebat ini. Tahniah.. Tahniah.. Tahniah.. Semoga ZEETA melangkah lebih maju kehadapan insyaallah..



No comments:

Post a Comment

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK