Tuesday, May 22, 2018

Berbuka Puasa Dengan Caroma Bentong Ginger Tea

Dah seminggu kita berpuasa kan.. Macam mana dengan puasa anda setakat hari ni? Ok? Mak Dara alhamdullilah belum lagi "Cuti Puasa" setakat hari ni. Alhamdullilah puasa Mak berjalan lancar. Cuma ada satu je masalah yang mak hadapi.. Iaitu perut asyik rasa sebu dan senak.. Mungkin disebabkan dek mak sepesen manusia yang hanya akan makan simple sama ada dua keping roti atau satu mangkuk quaker oat dan segelas air kosong tiap kali bersahur. Memang tak selera nak makan yang heavy heavy macam nasi tu.. Dan mungkin juga sebab tu perut mak banyak angin kot.

Mak ada beritahu perkara ni pada kawan Mak dan dia sarankan untuk mak minum CAROMA BENTONG GINGER TEA. Sebab katanya teh ni banyak khasiat dan memang sangat sangat bagus untuk membuang angin dalam badan. Jadi tanpa pikir panjang Mak ke Bangsar Village dan dapatkan CAROMA BENTONG GINGER TEA.

Dan petang tu makin menjadi jadi pulak angin dalam badan mak ni. Memag tak tahan dibuatnya. Seusai berbuka saja Mak pun capai CAROMA BENTONG GINGER TEA dan terus bikin. Nasib baik la senang je nak buat . Just masukkan 1 sachet dalam cawan, tuang air panas dan siap!!!!!!!! Dan selseai je berbuka. Mak dan anak anak pun bersiap siap untuk solat terawih. 

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

No automatic alt text available.

Dan bila balik je dari terawih mak pun kemas kemas rumah macam biasa dan baru mak sedar sesuatu.. Rasa senak atau sebu di perut dah makin kurang.. Alhamdullilah berjaya juga mak kurangkan angin dengan minum teh ni.. Dan mulai hari tu. Mak akan pastikan mak akan berbuka puasa bersama Caroma Bentong Ginger Tea untuk mengelak angin di badan. 

Tapi sebenarnya Caroma Bentong Ginger Tea ni banyak kelebihannya . Dan bukanlah hanya untuk mengurangkan angin di badan. Nak tahu? meh mak habaq mai..


Di antara kelebihan CAROMA BENTONG GINGER TEA ialah:
1. Membuang angin dalam badan, terutamanya bagi mereka yang banyak angin.
2. Mengurangkan stres.
3. Membantu mengurangkan masalah pernafasan yang biasa.
4. Membantu peredaran darah yang normal.
5. Mengurangkan rasa mabuk dalam perjalanan
6. Merawat sakit perut.
7. Meningkatkan sistem imun badan.
8. Mengurangkan keradangan.

Banyakkkkkk kan manfaat dan kelebihan teh ni.. Apa yang mak boleh habaq.Teh ni lebih sedap kalau kita minum masa panas. Dan rasanya ada pedas pedas sikit. Haaaa apa tunggu lagi jom dapatkan CAROMA BENTONG GINGER TEA!!!!

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling


Untuk lebih info boleh ke :

Monday, May 21, 2018

Buffet Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Genting

Tiap kali tibanya bulan Ramadan pasti anda akan tercari cari buffet untuk berbuka puasa bersama tersayang kan? Berita baik untuk anda... RESORT WORLD GENTING menyediakan Buffet Ramadan di RAJAWALI COFFEE HOUSE di AWANA GENTING!!

Image may contain: night and text

Lebih 100 juadah terdapat dalam buffet ini. Banyak?? Memang sangat banyak. Tak tahu mana nak mula? apakata anda mulakan berbuka puasa dengan gigitan manis dari kurma premium, yang diimport dari lran, Tunisia dan Maghribi. 

Antara makanan yang terdapat di sana ialah Satay , dengan Gerai Satay khas yang menyajikan daging ayam, daging lembu dan Lamb bersama dengan otak otak makanan laut dan pelbagai macam sampingan.

Image may contain: food

Image may contain: one or more people, outdoor and food

Sup Gear Box yang menjadi juadah wajib bagi buffet ini diletakkan di sebuah stall khas. Selain dari Sup Gear Box terdapat juga Sup Lambreta, Sup Perut, Sup Daging dan hidangan lain, yang dihidangkan dengan Roti Banggali . Antara menu lain adalah Spit-roasted Australian Lamb dengan Black Pepper Homemade Sos.

Image may contain: 1 person, sitting, standing, indoor and food

Image may contain: food



Memperkenalkan pilihan daging yang dimasak dengan lazat, termasuk Ayam Percik dengan Sos Percik Merah dan Rojak Ayam. Gerai Ikan Bakar menawarkan pelbagai jenis ikan segar yang popular seperti Kembung, Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Terubuk, Patin, Tongkol, Cencaru dan Tilapia yang dipanggang dengan kesempurnaan rangup yang disedap dicicah dengan sambal Sambal Celup, Sambal Belacan, Sambal Cincaluk , Budu atau Air Assam. 

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Tidak lengkap Buffet tanpa nasi bukan? Maka mereka juga menghidangkan pelbagai jenis juadah nasi seperti Nasi Dagang yang lembut , Nasi Kerabu, Nasi Briyani dan Nasi putih. Terdapat juga hidangan kari dari stesen utama , Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas lkan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempeh dengan Kentang dan Taufo Jepun dengan Resipi Cendawan dari stesen Pulau Pinang, termasuk Kari Kepala Ikan Kambing Masala, Kari Sotong, Ayam Pratha dan Dalca sayur. Nasi juga muncul di stesen Bubur Lambuk, dimakan dengan pelbagai termasuk Serunding Kelapa / Ayam / Udang, udang, Lobak asin, ikan bilis dan Chili Padi .

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: plant and food

Image may contain: people sitting, food and indoor

Tidak dilupa Murtabak, Roti Canai, Chappati, Dhosai dan idli mendapat perhatian di kaunter lpoh, dengan Curry Koay Teow, bersama Sotong Kangkung, manakala gerai laksa yang  menghidangkan laksa Kedah, Laksa johor, Mee Jawa, Mee Bandung dan Mee Rebus. 

Image may contain: 2 people, people sitting, people standing, food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Tidak dilupakan juga terdapat pelbagai ulam segar . Anda boleh memilih daun salad , Tauhu sumbat Mangga, kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Perut lembu, 

No automatic alt text available.

Yang istimewa terdapat pelbagai hidangan Kueh tradisi Melayu dihidangkan. Puding seperti Kueh Talam Badak dan Kueh sago Merah juga ada. Alternatif tradisional, Bubur pengat Raja, Als Batu Campur dan tawaran cendol, Terdapat buah-buahan tempatan yang segar termasuk Nangka, cempedak, Dukong, Langsat, Mata kucing, Manggis dan Rambutan 

Image may contain: food

Image may contain: food

Terdapat pelbagai pilihan Jeruk Nyonya Masdor dan pilihan minuman tradisional Malaysia, termasuk Sirap Bandung, sirap selasih, Susu Kacang, Air Mata Kucing Asam Boi, Teh Tarik dan jus buah segar. 

Apabila masuknya azan menandakan waktu untuk berbuka terdapat staff di sana yang akan melaungkan azan secara live. 

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Sebuah band juga akan menyerikan waktu berbuka anda dengan lagu lagu melayu klasik dan modern. (Hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja) 

Image may contain: 4 people, including AreRiff Lone, people playing musical instruments and people on stage

Berbuka puasa akan lebih bermakna jika kita bersama kenalan , keluarga dan yang tersayang. Mak dara seronok kerana dapat berbuka puasa bersama teman teman blogger Mak Dara seperti Ellie Toh , Adam , Andrian, Kak Hanny dan keluarganya.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, sitting, indoor and closeup

Image may contain: 8 people, including Adza Haiqal Martias and Adza Irdawati Adenan, people smiling, people sitting, indoor and food


Mak Dara sempat bersama dengan orang penting disebalik acara Buffet Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Genting . Nak dengar apa kata mereka tentang Buffet Berbuka Puasa di Rajawali Coffee House Awana Genting.. Boleh tengok video di bawah ye..


Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House bermula dari 18 Mei hingga 13 Jun 2018 diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri Buffet yang boleh didapati secara eksklusif pada 15hb. 16hb. 2018, bufet ini berharga RM110 nett bagi setiap orang (Dewasa) dan RM55 nett bagi setiap orang (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas melebihi 60 tahun). Untuk tempahan awal, nikmati kadar early bird sebanyak RM90 nett bagi setiap orang (Dewasa) bagi yang membuat tempahan sebelum 20 Mei 2018. 

Harga Buffet Ramadhan 

RM110 nett dewasa
RM55 nett kanak-kanak
RM55 nett warga emas

Masa :
6.00 pm hingga 9.30 pm setiap hari

Tarikh :
18 Mei hingga 13 Jun 2018

Hari Raya Aidil Fitri Buffet

Tarikh :
15hb. 16hb. 2018,

Telefon :
03 6436 9000 

website :

Untuk tempahan, sila e-mel 
rajawali@rwgenting.com 

Akhir kata dari Mak Dara.. Selamat berpuasa dan Selamat Hari raya

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, standing


Jom Saksikan Pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning di Resorts World Genting 

Bila dengar saja GENTING HIGHLAND. Sudah pastinya anda akan teringatkan Resorts World Genting dan pelbagai hiburan yang disediakan kepada setiap pengunjungnya bukan?

Terkini sebuah pertunjukan terbaru di SkySymphony, SkyAvenue Ocean Groove With Maestro Ning telah dibawa khusus kepada anda oleh Resorts World Genting sempena cuti sekolah ini

Image may contain: indoor

Encik Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Taman Tema di Resorts World Genting berkata, "Kami di Resorts World Genting sentiasa mahu memberikan pengunjung kami hiburan yang terbaru dan asli ke skrin SkySymphony kami pada cuti sekolah kali ini. Saya pasti persembahan baru ini akan menjadi kejayaan dan akan dinikmati oleh orang-orang dari semua lapisan masyarakat. "

Image may contain: 2 people, people smiling, text
Mr. Brian Machamer, Senior Vice President of Theme Park at Resorts World Genting and Regis Brown, Deputy Managing Director of Genting Studios


Sesi interview Mr. Brian Machamer, Senior Vice President of Theme Park at Resorts World Genting and Regis Brown, Deputy Managing Director of Genting Studios

Pertunjukkan ini dihasilkan lebih dari empat bulan oleh pasukan Genting Studios yang terletak di Los Angeles dan Kuala Lumpur. Acara ini diarahkan oleh Guy Vasilovich (All I Want for Christmas is You, Lego Star Wars) dan eksekutif yang dihasilkan oleh Daniel Regis Brown (Dex Hamilton, Pumpkin Reports) dan Steven Lim Tze Siang (Saladin: The Animated Series, Bola Kampung: The Filem). "Ocean Groove" adalah komposisi asal oleh komposer yang telah memenangi Anugerah Emmy Gigi Meroni.elu

Namun sebelum Pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning dipersembahkan. Terdapat satu persembahan tarian yang sangat ceria dan berwarna warni dipertontonkan kepada para hadirin.



Image may contain: indoor

Pengunjung terutamanya kanak-kanak pasti akan teruja untuk menyaksikan gelagat watak hidupan laut seperti penyu, ikan paus dan kuda laut memainkan pelbagai jenis alat muzik orkestra yang dipancarkan melalui empat skrin LED setinggi empat tingkat di sekeliling pentas.

Image may contain: indoor

Pertunjukan selama lima minit menampilkan Maestro Ning di lautan yang dalam dengan orkestranya memainkan komposisi asli, "Ocean Groove". Terdapat 1001 bola berwarna warni yang akan bergerak mengikut muzik dan akan membentuk menjadi pelbagai bentuk menarik. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing
Mak Dara di pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning

Image may contain: 3 people, including Adza Irdawati Adenan, people smiling, people standing and outdoor
Mak Dara Dan teman blogger Ellie Toh 
di pertunjukkan Ocean Groove With Maestro Ning

Persembahan secara langsung itu akan berlangsung pada jam 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam. Pertunjukkan ini adalah percuma dan dijadualkan sepanjang hari, dengan persembahan yang berbeza pada rota dari pukul 10 pagi hingga tengah malam bersama dengan pertunjukan SkySymphony yang lain. 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.

Friday, May 18, 2018

APA ADA DENGAN KASUT BATA

Tiba tiba di sana sini sinun bercakap tentang kasut jenama BATA.. Mak pon heran bin ajaib.. ADA APA DENGAN KASUT BATA. Rupa rupanya semua kemusykilan mak terjawab bila terlihat gambor ini. 


Gambar yang telah dimuat naik di insta story En @azranshah ini telah viral dek kerana Tun memakai kasut jenama BATA ..

Bukan itu saja BATA pun boleh dikatakan mengambil  kesempatan juga dengan terus buat promosi kasut BATA versi yang dipakai oleh TUN itu.. 


Hehe tak kisah la itu mungkin cara dia berniaga . Namun kesimpulan yang mak dapat di sini ialah.. Sehebat hebat Tun pun dia sungguh humble dan bersifat sungguh sederhana.. tak perlu barangan berjenama.. berharga beratus, beribu ataupun beratus ribu seperti "sesetengah orang" itew.. Itu semua hanyalah barangan duniawi.. Tun telah menunjukkan walaupun berkasut BATA dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang PERDANA MENTERI.. Dan yang paling bestttt anak teruna Mak Dara minta belikan dia kasut BATA untuk hari raya nanti.. SAVEEEEE BUDGET mak tahun ni.. Thank You Tun.. Lebiuuu poeber lah... 


Maaf Saya Pekak - Ekoran Layanan Sinis Oleh Pegawai Bank

"MAAF SAYA NI PEKAK" ... pertama kali sejak saya kehilangan pendengaran sebelah kiri saya setelah didiagnosed MENIERE’S DISEASE .. kali ini saya rasa sangat terhina dengan kekurangan saya tu..

 

Semua berlaku masa saya ke sebuah bank kerana mahu membuat aduan mengenai acc bank saya .. pegawai bank berikan saya borang aduan.. bila saya isi ada beberapa perkara dia minta saya tambah.. Dan keadaan dalam bank buatkan saya tak boleh fokus dan saya jadi tak dapat dengar.. beberapa kali jugalah saya kena ulang alik sebab kena betulkan apa yang diminta oleh pegawai tu.. dan akhirnya pegawai tu mungkin dah fedup dengan saya sampai terpacul di mulutnya "LETIHLAH NAK CAKAP ULANG ULANG !" 

Terkejut juga saya . Saya terus mohon maaf dan saya cakap " Maaf cik saya ni pekak sebelah.. saya tak dengar.. and apa reaksinya? Boleh dia pandang saya dengan sinis sekali.. macam tak percaya yang saya ni pekak.. Saya terus explain lagi pada dia.. " saya memang pekak cik tak dengar cik cakap tadi".. Adik saya Rina yg ada dengan saya time tu dah angin sebab sikap pegawai yg sangat sinis tu . Rina pun cakap ya cik Kakak saya ni ada Meniere’s disease dia tak dengar.. ingatkan lepas tu dia nak minta maaf sebab sikap sinisnya pada saya, atau sebab kata kata dia tadi ataupun riaksinya terhadap "kekurangan" saya ni.. langsung TIDAK . rasa macam nak menangis dapat layanan sebegitu. 

Ya walaupun saya ni pekak tapi saya pun ada perasaan.. sebab tu la saya selalu post tentang penyakit Meniere’s di fb saya. BUKAN UNTUK MINTA SIMPATI jauh sekali nak MINTA DIKASIHANI.. Tujuan saya cuma utk beri awareness kepada teman teman tentang penyakit yang rare yg jarang orang tahu supaya mereka yang senasib dengan saya tidak dilayan sebegini..

Pada cik pegawai bank tu diharap dapat lebih peka dan sensitif kepada "pelanggan" mereka yang mempunyai kekurangan macam saya.. kami tak minta layanan VVIP atau rasa hormat dari anda, cukuplah cuma jangan jadi sinis pada mereka yang kurang bernasib baik.. thats all..

#menieres #menieresdiaease #menieresdiseaseawareness #menierespatient


Wednesday, May 16, 2018

Esok Puasaaaaa

*Maaf* sekiranya pernah menyakiti..

*Maaf* sekiranya pernah menghina..

*Maaf* sekiranya pernah terkasar..

*Maaf* sekiranya pernah menyinggung

*Maaf* sekiranya pernah buat semua terasa hati 

Baik disengaja maupun tidak disengaja                     Baik yang terang-terangan maupun yang disembunyikan.

Tolong maafkan ye . Sesungguhnya yang buruk datang dari saya dan yang baik senantiasa datangnye dri Allah SWT

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARI SAYA DAN KELUARGA


Wednesday, May 9, 2018

Pilihanraya PRU 14

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi masih dapat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRU ke 14 pada hari ini.. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing and outdoor

Rasanya pilihanraya kali ni yang paling sengit dalam sejarah.. Nampak juga lebih tinggi peratusan rakyat Malaysia untuk meluar mengundi pada PRU kali ini.. Alhamdulillah.. Teruskan begini pada setiap pilhanraya kan bagusss..

Walau siapa yang anda pangkah dan undi.. walau siapa pun yang menang pada PRU kali ini semoga kita tidak melatah ya.. jangan sampai putus sahabat putus saudara ok.. all the best buat semua rakyat Malaysia. Kita telah menjalankan tanggungjawab kita kini semuanya terletak pada qada dan qadar dariNya .... 


Tuesday, May 8, 2018

Che Su Md Alim Dalam Kenangan Al Fatihah 

Nenek saya, Che Su binti Md. Alim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan telah kembali kerahmatullah pada 4:46 petang tadi di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 97 tahun.

Image may contain: one or more people, people standing and text
CHE SU BT MD ALIM
in loving memory
25 July 1920 - 6 May 2018

Image may contain: people smiling, one or more people and closeup

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK