Sunday, September 30, 2018

REVIEW FILEM TANGISAN AKINABALU

Yessss dah lama Mak Dara tak review filem kannnn.. Ok apa kata kali ni Mak Dara nak review sebuah lagi filem tempatan kita yang bertajuk TANGISAN AKINABALU. Sebelum tu meh Mak Dara belanja posternya dulu. Tadaaa....

Tragedi gempa bumi di Ranau jadi inspirasi filem Tangisan Akinabalu

ADAPTASI DARI KISAH BENAR

Walaupun sudah lebih tiga tahun berlalu, namun tragedi gempa bumi yang telah berlaku di Ranau Sabah masih tetap dalam ingatan. Kita telah kehilanggan 18 nyawa yang terdiri daripada beberapa orang pendaki dan juga beberapa "HERO YANG TAK DIDENDANG" (The Unsung Hero) iaitu malim gunung. Dan siapa sangka kisah pilu ini telah memberi ilham kepada Datuk Jurey Rosly untuk mengangkat kisah itu ke layar perak dan diberikan tajuk TANGISAN AKINABALU.

BARISAN PELAKON TANGISAN AKINABALU

Barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Yuri Mejal, Phanthegerow, Yus Waisar, Syaiful Zero, Hosiani Keewon, Marlin Malalin dan Datuk Yusof Haslam . Yang paling menarik dalam filem ini ialah hampir semua pelakon utamanya adalah pelakon baru dan rata ratanya berasal dari Sabah. Dikhabarkan Pengarahnya Datuk Jurey telah memilih mereka dan memberi mereka kelas lakonan .


Image result for Yuri Mejal
Phanthegerow

Image result for Yuri Mejal
Yuri Mejal

Ok pause jap.. Haaa nampak tak HEROIN dan HERO filem ni?? Makkkk aiiii si Heroin persis SELENA GOMEZ.. Dan yang HERO pulak perghhhhh persis pelakon aksi antarabangsa.. Memang satu gandingan hebat antara mereka.. Namun Mak Dara palingggg teruja dengan satu lagi watak dalam filem ini iaitu Syaiful Zero...

Image result for syaiful zero tangisan akinabalu

Aduhhhh lucu betul karakter Syaiful dari kumpulan ZERO ni.. Mak Dara ternanti nanti sahaja babak Syaiful dalam filem ni.. Memang tak menghampakan langsung watak yang dibawakannya.. Dan tak sangka pula Mak Dara bahawa dalam suka ada duka.. Watak Syaiful turut terkorban dalam filem ni.. Scene tu sedih betul bah huhuu.

Pujian harus diberikan kepada Datuk Jurey dan tenaga pengajar di kelas lakonan itu , ini kerana masa Mak Dara tonton filem itu tak nampak langsung bahawa ada antara mereka yang tak pernah berlakon pun. 


BUDGET FILEM TANGISAN AKINABALU

Filem yang telah menelan pembelajaan sebanyak 2.2 juta telah ditayangkan di 32 buah pawagam seluruh negara.

SINOPSIS TANGISAN AKINABALU

Sejak tamat persekolahan, Raymond, Nikki dan Pitrus bertekad dedikasikan hidup sebagai malim gunung meski berdepan tentangan keluarga masing-masing yang mahu mereka mencari pekerjaan lebih selamat.
Perlakuan beberapa pelancong berbogel di puncak kinabalu telah mencetus polemik hingga diperkata masyarakat dunia. Bagi kepercayaan masyarakat Dusun, tindakan tersebut telah mencemar kesucian gunung dan bakal menimbulkan kemarahan Aki (penunggu gunung kinabalu). Isu ini disokong Ginsuan, seorang bekas malim gunung yang dituduh gila kerana sering memperkatakan tentang visinya yang mampu melihat keruntuhan gunung kinabalu dalam masa terdekat.
5 Jun 2015 menjadi titik perubahan yang mengubah keseluruhan landskap. Gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter telah menggoncang struktur gunung kinabalu. Donkey Ears dan Tunku Abdul Rahman yang merupakan mercu ikonik turut musnah. Raymond, Nikki, Pitrus berserta pelancong masing-masing melalui detik hidup mati apabila serpihan besar batu-batu gunung berguling menuju laluan pendakian mereka.
Pusat Kinabalu Park serta-merta dihujani lautan manusia terutama pemberita dan  agensi-agensi keselamatan. Bapa Nikki dan Alma antara yang paling awal tiba bagi mengetahui perkembangan Raymond, Nikki dan Pitrus yang masih terperangkap di puncak gunung. Berita tentang ketiga-tiga mereka masih tidak didengari. Operasi menyelamat diatur bagi membawa turun mangsa. Namun setelah enam jam berlalu, masih tiada sebarang tindakan dilakukan. Keadaan ini menimbulkan perdebatan terutama di kalangan keluarga mangsa yang mendesak operasi menyelamat disegerakan sedangkan pihak agensi keselamatan pula menanggung risiko terhadap tambahan jumlah kematian di kalangan penyelamat sekiranya berlaku lagi gegaran susulan. Selain itu, cuaca buruk turut merencat penerbangan helikopter ke puncak gunung.
Biding berserta sekumpulan malim gunung tidak mampu lagi menunggu. Mereka kemudiannya nekad melanggar protokol keselamatan dan bergegas mendaki bagi melakukan operasi penyelamatan kerana mereka sedar cuaca sejuk akan membunuh semua mangsa yang terperangkap di atas gunung sekiranya operasi menyelamat masih tertangguh. Dilema tersebut hanya mampu disaksikan Ginsuan dengan linangan airmata.
Operasi menyelamat akhirnya dilakukan setelah keadaan cuaca mula stabil untuk penerbangan helikopter ke puncak gunung. Beberapa pasukan dari agensi keselamatan turut mengekori pendakian Biding dan kumpulannya. Nikki dan para pelancong antara kumpulan terawal selamat sampai ke kaki gunung. Linangan airmata Nikki menimbulkan persoalan kerana kelibat Raymond dan Pitrus tidak kelihatan..
OFFICIAL TRAILER FILEM TANGISAN AKINABALU

KESELURUHANNYA

Clap.. Clap.. Clap... Pujian dan salute harus Mak Dara berikan kepada semua pelakon , crew , penerbitan dan semua mereka yang terlibat dalam filem TANGISAN AKINABALU ini dan terutamanya pada Datuk Jurey Rosli.. Ehhhhh tak ramai tau orang yang sanggup mengambil risiko untuk menerbitkan filem di luar dari kebiasaan.. Kebiasaan macam mana? Kebiasaan seperti filem bergenre KOMEDI.. SERAM.. CINTA.. lagi kisah CINTA... kisah CINTA lagi.. Tak habis habisssssss dengan CINTA je laaaaaa yang penuh di pawagam tu! Siapa yang berani mengangkat kisah kemanusian , kisah unsung hero, kisah benar seperti ini??? Betul tak?? Jadi memang salute habis lah pada Datuk Jurey.. Semoga dengan kehadiran filem filem seperti ini akan membakar semangat penerbit penerbit yang lain untuk memaparkan lebih banyak filem yang "out of the box" seperti filem ini.. Apa apapun memang berbaloi Mak pegi nonton hari tu.. Ishhh entah kenapa bila habis je nengok si hero tu terasa bersemangattttt naw nawwww nak mendaki Gunung Kinabalu tu ehhhh hehe..


No comments:

Post a Comment

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK