Sunday, September 30, 2018

SINOPSIS FILEM TANGISAN AKINABALU

Sebuah lagi filem tempatan kita yang bertajuk TANGISAN AKINABALU telah mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 27 September 2018. Meh Mak Dara nak kongsikan dengan korang sinopsis filem ini..

Tragedi gempa bumi di Ranau jadi inspirasi filem Tangisan Akinabalu

SINOPSIS TANGISAN AKINABALU

Sejak tamat persekolahan, Raymond, Nikki dan Pitrus bertekad dedikasikan hidup sebagai malim gunung meski berdepan tentangan keluarga masing-masing yang mahu mereka mencari pekerjaan lebih selamat.
Perlakuan beberapa pelancong berbogel di puncak kinabalu telah mencetus polemik hingga diperkata masyarakat dunia. Bagi kepercayaan masyarakat Dusun, tindakan tersebut telah mencemar kesucian gunung dan bakal menimbulkan kemarahan Aki (penunggu gunung kinabalu). Isu ini disokong Ginsuan, seorang bekas malim gunung yang dituduh gila kerana sering memperkatakan tentang visinya yang mampu melihat keruntuhan gunung kinabalu dalam masa terdekat.
5 Jun 2015 menjadi titik perubahan yang mengubah keseluruhan landskap. Gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter telah menggoncang struktur gunung kinabalu. Donkey Ears dan Tunku Abdul Rahman yang merupakan mercu ikonik turut musnah. Raymond, Nikki, Pitrus berserta pelancong masing-masing melalui detik hidup mati apabila serpihan besar batu-batu gunung berguling menuju laluan pendakian mereka.
Pusat Kinabalu Park serta-merta dihujani lautan manusia terutama pemberita dan  agensi-agensi keselamatan. Bapa Nikki dan Alma antara yang paling awal tiba bagi mengetahui perkembangan Raymond, Nikki dan Pitrus yang masih terperangkap di puncak gunung. Berita tentang ketiga-tiga mereka masih tidak didengari. Operasi menyelamat diatur bagi membawa turun mangsa. Namun setelah enam jam berlalu, masih tiada sebarang tindakan dilakukan. Keadaan ini menimbulkan perdebatan terutama di kalangan keluarga mangsa yang mendesak operasi menyelamat disegerakan sedangkan pihak agensi keselamatan pula menanggung risiko terhadap tambahan jumlah kematian di kalangan penyelamat sekiranya berlaku lagi gegaran susulan. Selain itu, cuaca buruk turut merencat penerbangan helikopter ke puncak gunung.
Biding berserta sekumpulan malim gunung tidak mampu lagi menunggu. Mereka kemudiannya nekad melanggar protokol keselamatan dan bergegas mendaki bagi melakukan operasi penyelamatan kerana mereka sedar cuaca sejuk akan membunuh semua mangsa yang terperangkap di atas gunung sekiranya operasi menyelamat masih tertangguh. Dilema tersebut hanya mampu disaksikan Ginsuan dengan linangan airmata.
Operasi menyelamat akhirnya dilakukan setelah keadaan cuaca mula stabil untuk penerbangan helikopter ke puncak gunung. Beberapa pasukan dari agensi keselamatan turut mengekori pendakian Biding dan kumpulannya. Nikki dan para pelancong antara kumpulan terawal selamat sampai ke kaki gunung. Linangan airmata Nikki menimbulkan persoalan kerana kelibat Raymond dan Pitrus tidak kelihatan..
OFFICIAL TRAILER FILEM TANGISAN AKINABALU


1 comment:

  1. Baca sinopsis menarik..
    Nak menonton takde geng plak kita huwaaaa :(

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK