Thursday, November 22, 2018

KISAH BALU DAN KASIHAN

Kisah BALU dan "KASIHAN"

Tiap kali perkataan "BALU" terbit dari mulut .. tidak lari satu lagi perkataan akan menyusul selepas itu. Perkataan apa? "KASIHAN" . Oh perkara ini yang saya nak sangattttt jauhkan dari teman teman balu saya sekalian. Jauhkan diri dari terus dikasihani, dari terus dibelas , dari terus mengundang perkara negatif mahupun fitnah. Saya mahu setiap kali perkataan BALU terpacul dari mana mana bibir dan perkataan yang akan menyusul selepas itu ialah "KUAT" "HEBAT' , "KAGUM dan perkataan yang positif sahaja.

Tahukah anda teman balu sekalian..Tiada apa kebaikan yang akan kita terima jika kita terus dipandang dengan rasa KASIHAN dipandang seolah telah HILANG ARAH TUJUAN ataupun insan yang telah BERPUTUS ASA!! Anda rasa ada orang yang mahu terus berkawan dengan kita jika kita terus terusan dengan sikap sebegitu? TIDAK!!! Kesemua mereka akan cuba menjauhkan diri dari kita.. Kenapa? Kerana mereka letih untuk terus mendengar keluh kesah kita yang tiada kesudahan, letih untuk memberi nasihat setiap kali bertemu muka , letih untuk memberi bantuan walaupun kita tidak pernah meminta.

Beberapa hari yang lepas , Mak Dara telah live di FB dan mahu berkongsi tentang topik ini bersama semua teman dan follower Mak Dara. Tak sangkka terdapat beberapa perkongsian yang benar benar menyentuh perasaan Mak Dara. ANtaranya tentang kisah kakak ipar kepada Blogger terkenal Che Mat Gebu di mana Che Mat telah berkonngsi tentang kakak iparnya yang telah menjadi balu apabila abang kepada Che Mat telah pulang ke rahmatuullah semasa kakak iparnya sedang mengandung 2 bulan dan pada masa yang sama mereka mempunyai baby yang baru berumur 10 bulan.

Subhanallah tak dapat Mak Dara bayangkkan bagaimana Kakak ipar Che Mat terpaksa lalui dugaan yang maha hebat itu. Kisah yang amat amat menyentuh perasaan Mak dara. Sehingga membuatkan Mak tak dapat tidur selama berharii hari. Mak hanya mampu melayangkan doa buat kakak ipar Che Mat itu semoga dia terus tabah dan kuat demi anak anaknya itu.

Dan pelbagai topik lagi yang keluar semasa live fb tu. Kalau nak tahu boleh nonton video di bawah ini ya.


Memang mudah berbicara dari melakukan. Namun saya pasti kita boleh.. Kita INSAN YANG TERPILIH. bukan semua orang dipilih oleh ALLAH swt. Maka teruskan hidup jangan sesekali MENGALAH. Allah swt tidak pernah kejam pada hambaNya. Pasti ada pelangi yang menanti kita suatu hari nanti In Syaa Allah.. Dengan izin Allah swt.

Wednesday, November 21, 2018

Kisah Balu & Putus Asa

Pernah ada hari-hari, minggu atau bulan di mana anda merasa seperti letih untuk berjuang dan hanya ingin menyerah?
Kadang-kadang perkara tidak menjadi lebih mudah. Ada hari dan perkara dimana kita amat amat berharap agar pasangan kita tetap ada bersama kita supaya kita dapat selesaikan sesuatu bersama.
Tetapi itu tidak bermakna kita perlu berhenti berusaha bila mereka dah tiada. Ia mungkin memerlukan lima bulan, mungkin juga lima tahun , lima belas tahun ataupun lebih untuk kembali “normal”.. Tetapi kunci adalah untuk tidak pernah berputus asa.
Tetapkan matlamat, buat rancangan, dan teruskan berjalan.

Image may contain: cloud, sky, text, outdoor and nature



Kisah Balu - Foto Dan Kenangan

Sebagai balu.. saya tau 1 perkara WAJIB yang akan dilakukan oleh teman balu sekalian iaitu.... menatap gambar bersama arwah setiap hari.. betul tak??
Walaupun perit tapi kita kena akui, walau ditatap di ratap di kenang pada yang telah tiada.. mereka tetap tidak akan ada lagi bersama kita.. we need to stop being in denial.. kita tak boleh terus hidup dalam bayangan atau kenangan semata mata.. Walau tak menatap gambar mereka setiap masa setiap hari namun mereka tetap ada dalam hati dan jiwa kita . I know its not easy but we can!!
Tiba waktu kita harus bangun dan kuatkan diri untuk mencipta kenangan baru bersama yang masih ada..

Image may contain: cloud and sky, text that says 'Berhenti melihat semua foto lama atau terus mengenang perkara yang telah tiada Mula mencipta foto dan kenangan baru bersama mereka yang masih ada adza Irdawati'

Tuesday, November 20, 2018

Kisah Balu dan Tanggapan Orang Terhadap Balu


Kisah Balu dan Tanggapan Orang Terhadap Balu

Foto Adza Irdawati Adenan.

Menjadi seorang balu seakan secara automatis terlekatnya sebuah magnet pandangan orang ramai terhadap kita.. apa saja kita buat , lakukan , katakan akan diperhati.. Ada yang memandang dengan perasaan tumpang gembira dan lega kerana kita telah dapat harungi dugaan ini dan tidak dinafikan ada juga sebaliknya.. antara contoh pandangan yg kita terima ialah..

1. Bila Balu tunjuk kegembiraan 
positif : alhamdullilah dia dah dapat teruskan kehidupan
negatif : seronok sangat tu mesti dah ada pengganti


2. Bila Balu perpenampilan lebih cantik dari biasa 
posiif: Alhamdullilah. penampilan baru untuk hidup baru
negatif: pakai lawa lawa nak cari jodoh baru le tu.


3. Bila Balu tak jaga penampilan langsung dan semakin tak terurus .
positif: Berikan dia masa nanti dia akan ok
negatif: tak redha dengan kehilangan dan dugaan Allah


4. Bila balu tunjukkan kesedihan
Positif: Doakan semoga dia dapat atasi kesedihannya
negatif: ishh tak move on move on lagi ke?


5. Bila balu dah move on dan dah dapat pengganti 
positif: Alhamdullilah semoga dia dapat kecapi kebahagiaan kembali.
negatif: dah dapat pengganti? dah lupa arwah suami/isteri ke?


Itu hanya sebahagian contoh.. jadi apa yang perlu kita buat bila terdapat pandangan pandangan positif atau negatif terhadap kita? Pada saya cuma dua perkara yang kita boleh lakukan. Pernah dengar ungkapan buang yang keruh ambil yang jernih? Yesss itu yg kita harus lakukan.

1. BUANG YANG KERUH - Abaikan semua pandangan negatif orang pada kita.
Abaikan dan terus berprasangka baik kepada yang memandang negatif kepada kita.. Kita harus faham bahawa mereka tidak alami apa yang kita alami maka mereka tidak akan faham sefaham fahamnya akan apa yang kita harus hadapi day by day.
Namun tak adil untuk kita menyalahkan orang atas pandangan negatif mereka tu.. Semuanya pasti datangnya dari kita sendiri juga. kita juga harus berhenti memaparkan perkara negatif supaya tidak dianggap serong dan dipandang negatif oleh orang ramai.. asyikkkk tunjuk sengsara derita 24/7. Macam mana orang tak tengok kita dengan penuh negativity betul tak? Jadi JANGAN MENGUNDANG tanggapan negatif orang pada kita..

2. AMBIL YANG JERNIH - ambil semua pandangan positif sebagai semangat untuk terus perbaiki diri dan kehidupan
Cuba jangan amalkan . “Masuk telinga kiri keluar telinga kanan” setiap pandangan , nasihat dan kata kata positif yang diberikan kepada kita harus kita kutip satu persatu tanpa meninggalkan satu hama pun dan jadikan semangat dan kekuatan kita untuk teruskan hidup tanpa pasangan.
Mereka yang beri kita nasihat adalah mereka yang ambik berat , yang sayang pada kita. Uols ingat semua pun suka suka ke luang masa untuk nasihat itu ini jika diorang tak sayangkan kita? Lepas dan dengar nasihat tu , pratikkan la mana yang mampu jangan terus buang segala nasihat dan niat baik mereka tu.. Baik diorang buat kerja lain yang lebih bermanfaat dari buang masa mereka jika kita langsung tak dengar nasihat mereka..

Walau apapun pandangan orang terhadap kita , baik atau buruk.. we need to be true to ourselves. Jangan jadi apa yang kita bukan . Dan jangan tidakkan apa sebenarnya diri kita hanya semata mata untuk puaskan hati mereka yang lain .

Apa apapun percayalah bahawa kita adalah insan terpilih. Insyallah ada pelangi menanti kita nanti insyaallah..



Monday, November 5, 2018

Piknik bersama Dominos Pizza - Its All About You

Semalam makan di mana.. makan sama shiapa .. apain aja.. Hahahaha.. 

Assalammualaikum selamat bercuti uolssss.. Apa habaq? Ni saja mak dara nak habaq yang semalam Mak Dara telah berpiknik dan makan bersama anak anak di sebuah padang di setiawangsaa..Lama betul mak tak berpiknik dengan anak anak. Tapi piknik kali ni special sikit sebab menu kami ialah... DOMINOS PIZZA uolssssss.... 

amacam ok tak topi Mak? Boleh ngalah topi Nealofar tak hehe

jangan dibuang plastik tu.. boleh dibuat jadi bib tau hehe

Pizza dari Dominos memang menjadi makanan favorite Mak Dara dan anak anak sejak dari dulu lagi..Dan dalam banyak banyak pizza.. Pepperoni Pizza memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Image may contain: food
Peperoni Pizza


Korang tau tak DOMINOS dah bertapak di Malayisa sejak tahun 1997. Haaa dah lamaaa betul kan? Tau tak apa maknanya tu? Kalau pizza dia tak sedap jangan haraplah nak dapat bertahun setahun pun.. Ni kalau dah masuk dekat 20 tahun maknanya DOMINOS memang terbaekkk dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, betul tak?


Mak Dara bersama anak anak Mak , Adza Haiqal , Adza Danina
Adza Kasih dan Adza Isabella menikmati Dominos Pizza

bukak je kotak semua terus terliur dengan aroma pizza ni hehe

Kini Dominos Pizza boleh diorder ONLINE.. Nak pickup atau delivery mana mana pun boleh. Ikut korang le yang mana lebih menyenangkan. Mak Dara pun order online dan Mak Dara pegi pickup aje pizza mak di Dominos Pizza cawangan wangsa maju belakang Wangsa Walk tu.. Punyaaa la senang order secara online ni.. Bila sampai sampai je  kasi nama pada staff yang bertugas dan terus je ambil pizza .. Tak perlu lagi nak tunggu dan beratur panjang panjang. Memang sangat sangat memudahkan semua pelanggan. Ni yang buatkan Mak Dara bertambah saya pada Dominos ni hehehe...

Antara penarik bagi Dominos Pizza ni sudah tentulah sebab pizzanya yang sedappppp.. Dan yang kedua ialah harganyaaaa.. Mak aiiiii siapa sangka dengan hanya RM3.70 kita dah boleh makan pizza uolssss.. Dah kena pulak le tu .. Hari ni kan hari selasa.. Meh Mak Dara nak habaq kat hangpa tentang promo DOMINOS PIZZA untuk hari selasa.. Are you guys ready???

Image may contain: pizza and food

Image may contain: pizza, food and text
SUPER TUESDAY oleh Dominos Pizza

Dah alang alang Mak Dara kongsi promo SUPER TUESDAY .. Apa kata Mak kongsi lagi satu promo yang lebih bestttt sempena Hari Deepavali hari ni.. Nak tak??

Image may contain: pizza, text and food
DEAL-WALI 

Perghhhhh cukup untuk satu family dengan promo DEAL-WALI niiii.. So apa lagi jom order sekarang!! Mak Dara pun rasa nak repeat lagi piknik bersama anak anak hari ni.. Rugiiiii kallau tak beli dengan harga promo sempena hari selasa dan hari Deepavali ni oiii.. 



JOM DOMINOS!!!!

Untuk info lanjut


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK