Monday, January 1, 2018

Ucapan Selamat Tahun Baru Buat Sahabat

As salam duhai teman.. Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan dan ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018 buat semua yang mengenali, yang mengenali dan juga yang mungkin juga tidak mahu mengenali diri Mak yang senget ini hehe.. Mak tak pandai nak bermadah.. Jadi mak kongsikan ucapan selamat Tahun Baru Buat Sahabat 


Tahun baru tiba lagi Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari , hari berganti bulan dan kini.. tahun juga bakal diganti lagi Apa yang telah kau kecapi dan nikmati pada tahun yang lalu Adakah kau belajar dari kesilapan Atau kau semakin berani bersama pengalaman Adakah duka menemanimu selama itu Atau kau lena diulit kebahagian yang tiada berbucu Apakah azammu telah tertunai Atau punah bersama harapan Selamat tinggal duka, sedih , pilu dan cita yang tidak kesampaian Akan ku titipkan segala impian ku di tahun mendatang Semoga menjadi kenyataan Selamat tahun baru sahabat Walau apa yang menanti kita nanti.. harus tabah menghadapi

Mak Doakan semoga tahun 2017 akan membawa lebiih sinar kebahagian untuk kita semua insyaallah...



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK