Sunday, January 7, 2018

BILA BALU BERHIAS

 BILA BALU BERHIAS

Image may contain: 1 person, smiling, text

Si A : Kau tengok balu tu berhias.. bukan main lagi..
Si B : Dulu masa laki dia masih hidup dia selekeh gila.. Kenapa sekarang nak pasang badan pulak
Si C : Nak cari laki baru la tu..

Haaaa rata rata dialog macam dalam drama melayu akan keluar tatkala ada mata melihat si Balu mula menjaga ketrampilan diri setelah kematian sang suami. Tapi takde la semua yang akan berikir macam ni Ada juga yang positif dan bersangka baik terhadap si Balu . Namun situasi begini pasti tak lari lah dari makcik dan pakcik bawang di luar sana.

Kenapa harus bersangka buruk kepada Balu. Habis tu takkan korang nak lihat mereka ni kelihatan "menyedihkan" "depressed" sampai bila bila. Nak tengok si balu selebet, selekeh, buruk ala ala hantu kak limah. Karang keluar pulak dialog. "sampai bila nak jadi macam ni" . "yang pergi dah pergi kita yang hidup kena teruskan hidup" "move forward la.."


bayangkan kalau semua bali di dunia kelihatan macam ni?
Nak ke?

Bagi Mak Dara. Bukan sebab lepas arwah suami meninggal baru nak fikirkan pasal kecantikkan ke ketrampilan secara sengaja. Tapi sesuatu yang harus dilakukan untuk meneruskan kehidupan.

Kenapa "Harus" ? Cuba bayangkan selepas sahaja kehilangan suami, si isteri terpaksa kembali bekerja.. Kalau tak kerja siapa yang akan tanggung kehidupan si balu dan anak anak. Dah tu takkan la nak kembali bekerja kena kelihatan buruk dan selekeh ? Mau terkejut bos , rakan sekerja atau client nanti. Maka mereka haruslah kelihatan presentable . Itu kepada balu yang bekerjaya. Bagi balu yang merupakan suri rumah tangga pulamacam mana? Maka setelah kematian suami dan setelah tamatnya edah selama 4 bulan 10 hari maka si balu harus keluar untuk mencari kerja. Cuba bayangkan kalau si balu pergi interview macam nak pegi pasar? Rasanya adakah syarikat yang mahu mengambil si balu untuk bekerja? Maka sebab itulah Mak Dara rasa harus dan perlunya untuk si balu menjaga ketrampilan diri.

Namun kepada si balu sekalian. Janganlah pula kita TERLEBIH BERHIAS . Dari segi kelakuan, perbuatan , percakapan, penampilan, gaya, pakaian ataupun bermakeup. Jangan pula dulu semasa kita masih menjadi isteri pakaian kita macam biasa, sekarang menjadi semakin sendat dan padat, makeup dulu normal sekarang dah merah menyala sampai 3 batu boleh nampak, Kena "BESEDERHANA" selalu ok.. Kita kena selalu ingat. Balu seperti kita akan selalu diperhatikan dan amat mudah untuk disalah ertikan oleh masyarakat. Biarlah bersederhana dalam segala hal, Semoga teman balu sekalian pandai membawa diri dalam mengharungi hidup sebagai Balu ini..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK